Pengalaman Mencabar Dan Menyeronokkan di EnerG X Park, Sunway Big Box, Johor Bahru

Pengalaman Mencabar Dan Menyeronokkan di EnerG X Park, Sunway Big Box, Johor Bahru

Pengalaman Mencabar Dan Menyeronokkan di EnerG X Park, Sunway Big Box, Johor Bahru || Hai! Cuti sekolah dah pun tiba!! Bestnya tak payah pergi school! Haha.. Apa plan mak bapak sekalian? Ataupun plan anak anak untuk aktiviti percutian kalini? Balik kampung? Melancong ke sana sini or stay at home dengan tenang??

Ok, ni Nona nak share salah satu tempat best (indoor) yang boleh disinggah untuk mencabar diri Dan berseronok dalam satu masa!! Walaupun indoor, berpeluh jugak buat aktiviti dalamni tau 😬

Actually kan.. entri pasal tempat ni dah tersimpan lama dalam draft, ada dalam setahun lebih gitu. Bulan Oktober 2021 dulu aku pergi sini dengan adik time hari bekerja. Al-maklumlah aku masih dalam jadual kerja yang berselang seli dengan cuti so kit enjoy! Hehe...

Takda orang lain masa sampai tuh kecuali penjaga perempuan kat sana. Anyone suka aktiviti yang extreme atau mencabar? Boleh try yok!

Bagi orang yang dah selalu main sukan extreme, ini mungkin biasa tapi to me, agak mencabar weh! Masa aku sampai sana, go kart kat dalamtu belum dibuka untuk pelanggan. So aku dengan adik try benda lain yang dorang open pada hari tersebut.  

EnerG X Park

EnerG X Park

Kalau takda stokin antislip, mereka akan suruh beli Dan pakai kat dalam. Ternyata memang kena beli, sebab ada permukaan yang agak licin Dan memerlukan kita untuk memakai stokin Jenis antislip ye. 

Party

Suuway Big Box

First, enjoy betul kitaorang lompat lompat atas lantai berkain jaring hitam yang kat dalam kotak petak petak tuh!  Di bawahnya tu ada diletakkan spring kot yang buat kita terenjut enjut kalau kita try start lompatkan badan! Auto rasa nak terus terus melompat, sampaikan aku risau terlebih lompat kang terbolos masuk ke dalam kain hitam tuh..HAHA.. Berejam kat sini, aktiviti melompat adalah yang paling utama. 

Trampoline

Trampoline Wipe Out

Aku suka alat ni walaupun cepat benor mengah bila main! (Faktor berat Dan umur). Kena lompat halangan (palang jalur hitam kuning) tu, dan satu lagi kena tunduk di bawah halangan tersebut. Opsss, jangan sangka aku takleh lompat yer! Hehehe~ Tak cuba, tak tahu. Ye tak? I can jump but sekejap je dah kepenatan guys! Tak cukup napas rasa 😂

Basketball

Basketball Shootout

Tak reti main basketball tapi setakat campak masuk jaring, bolehlah Sedikit 😂 Selain ni, kat kawasan sekitar tu ada ruang untuk main futsal. Buat rasa rasa.. Hehe..

Tower jump

Tower Jump

Ini mencabar ye. Aku fikir just lompat Dan jatuhkan diri saja saja dalam timbunan bongkah tu, pastu lepas ambil gambar kenangan,  senang lah nak keluar dari situ.. Rupanya susah weh!! Confirm kalau datang lagi, tak nak try ni dah. Benda alah bongkah tu sejenis foam, bila aku cuba tarik kaki keluar dari situ, Terasa sangatlah payah. Berpeluh peluh, rasa nak give up pun ada time kaki tersangkut situ. Last-last, mintak tolong adik aku hulur tangan. Aku tak dapat angkat badan sendiri, kaki aku tak dapat nak injak ke atas time pijak bongkah tu...Adoi.. Susah nak explain, kena try sendiri ehh!

Next, cuba game kat bawah pulak. Not me, only my sister 🤗

Tower Jump

Steady ah my sister!

Extreme

Namanya kulupa tapi yang pasti kalau nak naik ni, berat 76-80kg dan keatas tidak dibenarkan tau. So aku tak dapatlah main benda alah ni, hanya adik aku lepas. Pergh tengok perjalanan atas tu agak panjang dan mencabar. Ada part yang tak pasti nak kena langkah macam mana untuk melepasinya sampaikan aku asyik panggil penjaga mainan tu camana nak kasik lepas. HAHAH.. Seram weh! Akak yang tengok dari bawah ni dah risauuu je tengok adik aku bertenang melalui satu persatu liku yang ada. Ketaq lutut kita wak! Yes, It's challenging I tell you!

Spiderman

Spider-Man

Game ni, pemain kena pakai suit yang ditampal kat dinding tu, then berlari ke dinding tu semula,  lompatkan badan sikit dan lekatkan badan pada dinding tersebut. Agak kelakar aku tengok adik aku semangat lari dan lompat. For ladies, better lekatkan bahagian belakang badan. Nanti tak memasal sakit tang tutt kalau lekatkan bahagian depan. Hahahaaha.. Berat maksimum ialah 100kg sementara untuk ketinggian, maksimum ialah 180cm. 

Flying Fox

Flying Fox Zipline

Ini pun ada had berat yang dilimitkan. Lamanya tak berflying fox 😍

Zipline

Gelongsor

Tubby Ride.

Memula aku tengok Dari bawah, macam rendah je..tapi bila dah naik, nampak curam gitu, Terasa ngilu lah nak try..Hahahaha. Dah semangat bayar, tapi aku tak nak main pulak ek! Sabo jela.. So adik aku je merasa Tubby Ride ni.. Hehe..

Honestly, fun Dan enjoy kalau bawak anak anak yang sukakan aktiviti mencabar camni. Segala peraturan permainan telah disediakan. Safety terjaga, don't worry  😃 Memang puas hati aktiviti indoor camni. Kitaorang siap solat Zuhur dulu then sambung lagi melompat kat dalam tau 😂 Lagi best kalau datang ramai ramai, confirm meriah!! Sekejap menjerit takut, terkejut, teruja! Ada yang bergaduh sebab member takut takutkan 😂 Haa, sebabtu lah tetap berpeluh walaupun duduk di bawah bumbung dan beraircond.
 
EnerG X Park

Kamera dulu dulu, biasa lah kabur kabur gambar kami yang ni 😂 Syukurlah, settle dengan Selamat aktiviti kami pada haritu. Okaylah, jom ajak anak anak rasai pengalaman mencabar Dan menyeronokkan di EnerG X Park, Sunway Big Box, Johor Bahru ❣️Bila cari IG nya, baru tahu terdapat banyak Cawangan EnerG X Park ni rupanya ek..  termasuklah kat KL sana 🤗 Amazing!! 

Info lain boleh terjah website EnerG X Park https://www.energx.my/ ✅






Post a Comment

7 Comments

  1. Wah seronok ni kalau ajak member main2 sini. Cuya ada perasan tempat mcm ni kt tiktok tapi lupa kat mana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hehe..Betul, mmg ada...Adik dulu aktif Dan selalu tengok benda apa menarik kt Tik Tok tu... Tuh yang akak dia Baru tahu gak..hahhaa

      Delete
  2. confirm penuh time cuti sekolah dah mula ni..

    ReplyDelete
  3. oooo ni mcm kat shah alam tu. sy x penah pegi lg tp mmg tahu tmpt mcm ni pemes dan selalu sesak esp weekends. cuti sekolah pn sama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo..ye kan..sana memang famous..

      Ha ah, tahu takpa.. sesak Kalau cuti sekolahhh...Kan

      Delete
  4. confirm ramai org kalau cuti sekolah ni.. lama tak main

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .