Puas Hati dengan Keenakan Menu dalam 'Sajian Tradisi Ramadan Iftar Buffet', Renaissance Hotel, JB || Salah satu perkara best pada Bulan Ramadan ialah waktu berbuka puasa. Happy nak makan macam macam yang menyelerakan, betul tak? So kalini Nona nak share kat mana antara tempat berbuka yang banyak pilihan, menyelerakan dan berbaloi baloi dengan harga yang ditawarkan. Sini.. Renaissance Hotel jawapannya ✅ Aku dah try, ternyata benar, sungguh memuaskan! Member tanya berapa bintang boleh bagi. Jujur, nak bagi semua bintang yang ada di langit untuk kesedapan menu yang ada kat sini! Ewah!
Apa yang special Bufet Ramadan tahun 2023 ni?
Kalini Renaissance team bawakan pelbagai menu warisan Dan Tradisi Dari tiga etnik utama Malaysia iaitu Melayu, Cina Dan India. Haa..semua kaum bolehlah datang makan berbuka puasa atau makan Malam kat sini nampaknya 😍 Lagi best sebab semua menu yang dihidangkan menggunakan herba Tradisi Dan ramuan tempatan untuk mengekalkan keasliannya.
Walaubagaimanapun, menu berlainan mengikut hari hari tertentu. Kalau harini ada lauk dalam kawah, hari lain tak semestinya ada.. ha gitu.. Ada la certain menu yang bukan ada di setiap hari. Boleh tanya jadual menu pada dorang ya..
Ketupat nasi, ketupat palas dan lemang. Berjenis jenis ek! Menarik tu siap ada jagung.. Datangnya Ramadan mendatangkan mood nak Syawal pulak. So aku suka ada menu camni 😍 Ketupat pulut hitam tu kalau kat luar, aku makan camtu je tanpa lauk lain. Sedap!
Whole Lamb & 40kg Whole Beef Leg. Sedap isinya! Makan dengan sauce yang disediakan. Baru ummpph!
Murtabak. Semestinya aku mencari murtabak time berbuka. Ini one of my favourite. Siapa sama macam saya?? Hehe... Tak sah kalau dalam sebulan puasa, then tak sentuh murtabak. Rasa lain macam. Itu aku lah 😂 Otak Otak, botok botok pepes pun ada nanti! Eii, bestnya tengok ni semua ada!
Next ialah menu dalam kawah. Menarik kalini sebab ada lauk pauk dan sup dalam kawah macam dalam gambar di bawah. Fuhlamak, terus dengan kuali diletak situ.. Nampak berselera terus aku tengok lauk pauk di dalamnya 😍
Masa menaip ni pun aku dah terliur balik!! Teringat ingat kesedapannya sampai harini! Ada Sotong Sambal Petai, Udang Masak Lemak Nenas, Daging Dendeng, Asam Pedas Berempah Ekor Sapi, Kambing Masak Kandar, dan banyak lagi! Pergh, bolehlah dimakan bersama ketupat kat atas tu atau Nasi Kabsah yang disediakan berhampiran dengan lauk lauk dalam kawah ni..
Ops.. sebelum tu... Signature Gulai Kawah ni cuma ada pada hari Isnin, Rabu dan Jumaat sahaja ye. Jangan kang ada yang tak jumpa hari lain, marah aku pulak.. Haha.. Aku bagitau awal awal nih tau 😬 Lauk lain yang boleh dicuba kat sini ialah Ikan Sambal Berlado Hijau, "Perchik Chicken", Wok Fried Beef with Mala Sauce Dan banyak lagi.. Sebut je nak apa.. sotong, udang, ikan, Ayam, daging...semua pun ada! HAHA..Complete!
Sup Gear Box Tulang Merah! Padu memang padu!
Kat sini, selain sup sup, bubur lambuk, bubur kacang dan pengat pisang pun ada.. Kalau rasa nak ulam ulam, sini pun ada nanti!! Sayur mayur macam ulam raja, timun and so on didatangkan bersama sama sambal belacan, sambal gesek, sambal tempoyak, dan pelbagai jenis sambal lagi 😍Ehh, tak lupa jugak budu dan cincaluk! Betul betul ikut selera semua negeri nampaknya ye! Bertambah tambah la kalau makan sedap gini 😄
Jap, tekak teringin nak masam masam? Cuba aja kerabu mangga, kerabu tempe, atau pelbagai jenis jeruk seperti jeruk mangga berkulit, jeruk betik madu dan macam macam jeruk lain. Pastu, ada lagi tambahan acar buah, acar telur masin, acah rampai dan lelain. Saya nak Pasembuq. Ada dak?? Uish, ada haih! Kena try pasembur dan gado gado Indonesia kat sini jugak👍
Mackerel fillet.
Kat sini ada ruangan BBQ. Aku first time makan ikan mackerel camni. Selalu setakat beli yang dalam tin (mackerel dicincang halus tu, disapu dengan roti.. 😄
Lepastu kan, sate pun ada awak! Dari dalam sampai luar cafe memang penuh ruangan dengan makanan sedap sedap belaka!! Tidak dilupakan, dim sum steam dan dim sum goreng! Sedap betol!! Aku rasa macam nak bungkus bawak balik dim sum goreng tu! Kahh!
Pulut panggang
My favourite too! Suka pulak tengok dihidang berpotongan camni. Hehe..
Pulut Serawa Durian. Rindu durian, so haruslah ditelan sekali. Selain tu, durian roll goreng pun ada. Memang tak ketinggalan menu durian kalau datang sini sebab jarang jumpa. Nak buat sendiri pun entah bila.. Hahahaa.. Desserts kat sini memang banyak ye.. Kek lapis pun ada sis! Kuih raya, aiskrim, ABC dan kalau nak mengopi pun dipersilakan. Menyelerakan semuanya 🤩
Jackfruits! Nangka ni sedap, manis! Sampaikan dah habis, aku korek keluar dari buahnya yang besor gedabak tuu 😂 Sini buah buahan seperti tembikai, nanas, dan buah naga pun ada selain daripada kurma. Biasanya sebelum makan makanan berat, kena makan buah buahan segar terlebih dahulu. Lebih sunat makan kurma. So mesti kena ada buah buahan time berbuka.
Meriah, meriah! Segalanya meriah! Sambil makan, dihiburkan pula dengan persembahan nyanyian. Lebih terasa Ramadan dan Syawal vibes gituh! Overall, i love all the food that i've tried here 😄
Kalau korang nak tahu apa lagi menu yang aku try, boleh pergi ke latest post aku dalam
Facebook tau 👍 Ada aku post sana gambar lain.. Semuanya menggiurkan yaaa!!!
Hehe..tunggu apa lagi, jom try book dan berbuka puasa atau makan malam kat Cafe BLD, Renaissance Johor tahun 2023 ni. I tell you, Puas Hati dengan Keenakan Menu dalam 'Sajian Tradisi Ramadan Iftar Buffet', Renaissance Hotel, JB! Grab harga early bird! Confirm tak mengecewakan ya!
🗓 23 Mac - 21 April 2023
🕰 6.30pm - 10.00pm
🏷 RM188 nett per Dewasa
🏷 RM94 nett per Kids (6 - 12 tahun)
Early Bird (pembelian voucher sehingga 21 Mac 2023)
Beli 10 PERCUMA 3 (Dinner dari 23 Mac - 28 Mac 2023)
Beli 10 PERCUMA 1 (Dinner dari 23 Mac - 21 April 2023)
𝐎𝐑
15% discount for Club Renaissance Johor Bahru member
𝐎𝐑
10% discount for Maybank & Standard Chartered Malaysia card holder
𝐎𝐑
10% discount for Marriott Bonvoy member
Untuk Tempahan Bergroup:
2 pilihan set banquet berbuka puasa
RM108 nett seorang (Minimum RM30)
Email: rosliza.lazim@renaissancehotels.com
Or evelyn.soh@renaissancehotels.com
Untuk Berbuka Puasa di Wan Li Chinese Restaurant:
2 pilihan set menu (Blessed Set Menu @ Prosperity Set Menu)
Bermula Dari RM1188 per nett for 6 people.
Email: henry.lee@renaissancehotels.com
WA: wa.me/60127719056
Lain lain info about Buffet Ramadan ni, boleh contact:
📲 wa.me/60177713327
🔗 bit.ly/TableAppCafeBLD
🌐 www.cafebld.com
4 Comments
uihhhh sedap sedap belaka ni! boleh tersandar kekenyangan kalau mkn kat sini
ReplyDeleteMemang tersandar! Fuhhh! Kenyang betul
Delete.sambung lagi.. lepas Maghrib pulak.. Hahaha
Ramainya juadah sesedap
ReplyDeleteserius letak atas tong. hehehe. menarik dia punya deko makanan.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .