5 Amalan Wanita Haid untuk Rebut Pahala Di Bulan Ramadan

5 Amalan Wanita Haid untuk Rebut Pahala Di Bulan Ramadan

5 Amalan Wanita Haid Bagi Merebut Pahala Di Bulan Ramadan || Wanita dengan haid memang tak dapat dielakkan melainkan atas sebab tertentu seperti pregnant, atau hormon atau isu dalaman yang lain. Jadi pada bulan Ramadan, sudah tentu terpaksa jugak 'bercuti' daripada berpuasa. Lebih sedih bila dah hampir time berbuka, tetiba datang bulan. Haha..  Ada jugak awal awal Ramadan dah tak dapat berpuasa, maka bersabarlah.

Apa pun, tolong kekalkan mood dan vibes Ramadan tu dengan mengamalkan beberapa amalan lain yang boleh dilakukan sewaktu datang bulan (haid). Kita boleh kumpul pahala pada bulan mulia ni dengan cara lain. Jangan risau dan sedih ya! Ingat, cuti puasa bukan bererti cuti amalan lain pada bulan Ramadan. 

Amalan yang tak boleh dilakukan semasa didatangi haid adalah seperi membaca al-Quran, dan berpuasa. Jadi kepada muslimah yang didatangi haid time Ramadan, jom buat sama-sama antara 5 amalan wanita haid untuk rebut pahala Ramadan ni:

1. Tetap Bangun Bersahur Walaupun Tidak Berpuasa 

Dari Anas bin Malik, Rasulullah bersabda, ''Bersahurlah kerana di dalamnya terdapat keberkatan''. Hadis riwayat Bukhari

Ya, biasa mak mak atau yang masak sahur tu walaupun datang bulan, tetaplah kena bangun. Kan. Syukurlah dapat pahala tu, yang takdaa pada bulan lain. 

2. Perbanyakkan Berzikir, Berselawat dan Berdoa.

Ini sememangnya perlu diamalkan meskipun bukan bulan berpuasa. Betul tak? Tapi pada bulan Ramadan ni amat digalakkan untuk melebihkan lagi amalan ni. Kalau selalunya lepas solat sahaja kita berzikir dan berselawat, apa kata time Ramadan ni, lebihkan amalan tu sewaktu drive atau berjalan pergi tempat kerja, lepas sahur dan lain lain. Gituh! 

Jangan melepaskan pahala Ramadan dengan berkata perkara yang sia-sia dan perkataan yang tidak elok. Biasakan lidah dengan menyebut lafaz zikir serta selawat terutamanya time sahur. Macam macam alunan Zikir Dan selawat yang ada sekarang untuk menarik minat orang berzikir sama...  😍

Wanita haid

Berdoalah banyak banyak pada bulan mulia ini. Kita pun tak tahu doa mana yang akan dimakbulkan terlebih dahulu.

3. Perbanyakkan Sedekah
Ganjaran hebat bagi yang suka bersedekah terutamanya pada bulan Ramadan seperti mana sabda Rasulullah: 

''Sedekah paling utama adalah sedekah pada bulan Ramadan''.

Time nihlah, baju lama lama tapi masih elok boleh disedekahkan kepada yang memerlukan. Bagi lah apa pun kepada mereka yang betul betul memerlukan bantuan anda. Duit mahupun Harta benda. Tengok orang yang hidupnya lebih susah tersenyum melihat sedekah yang diterima. Allahuakbar.. Sebabtu ramai jugak buat aktiviti bersedekah kepada anak anak yatim time Ramadan kan...


4. Membantu dan Mendorong Orang Lain untuk Melakukan Amalan Kebaikan.

Ya, sebagai contoh: Mengingatkan orang lain agar pergi ke solat sunat Taraweh, membantu kejutkan dia bersahur, atau memberi semangat serta galakan kepada mereka yang sedang berusaha melatih diri untuk berpuasa. Hal melatih berpuasa ni bukan sahaja kepada kanak kanak, ada jugak yang selama hidupnya tak pernah berpuasa penuh, suka ponteng puasa, haaa..kita bantu dia Dan bagi kata kata semangat. Jika dia berjaya melepasinya, pahala jua buat kita . 

5. Menyediakan Juadah Berbuka Puasa.

Zaman study dulu aku suka singgah surau tempat belajar sebab nanti ada je makanan time berbuka puasa. Bestlah sebab dapat aku berjimat cermat... Dan dalam masa yang sama, orang yang dihidangkan dengan juadah berbuka puasa pun turut mendoakan mereka yang terlibat dalam pemberian serta penyediaan juadah berbuka puasa tu.

Dari Zaid bin Khalid Al-Juhani, Rasulullah bersabda:
'' Barangsiapa memberikan makanan untuk berbuka kepada yang berpuasa, maka ia mendapat pahala orang yang berpuasa itu sedikit pun'' - Hadis riwayat Tarmizi.

Kesimpulannya, terus lakukan Dan sebarkan kebaikan sepanjang Ramadan ni...Meskipun para muslimah didatangi haid, Dan membataskan diri untuk berpuasa, itu bukan alasan untuk kita lagha (lalai) tentang merebut pahala pada bulan mulia ini 🌹 Moga Amalan kita semua diterima Dan pahala mengalir selalu buat kita .. Aamin..



Post a Comment

8 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .