Beli Baju Raya Kedua kat Butik Jamilah, Plaza Angsana, Johor Bahru

Beli Baju Raya Kedua kat Butik Jamilah, Plaza Angsana, Johor Bahru

Beli Baju Raya Kedua kat Butik Jamilah, Plaza Angsana, Johor Bahru || Hai semua! Selamat Berpuasa ye.. Moga dipermudahkan sampai hari Raya nanti. Sebut pasal raya, korang dah ada baju raya ke? Colour apa tahun ni? Nona dah settle sebelum Ramadan lagi. Excited nampak, kan? 😃 Sudah tentulah! Sebab bukan selalu beli baju kurung kecuali time raya atau ada event tertentu je. Selain tu, risau warna dan design yang diinginkan tu kehabisan size. Boleh murung sekejap. Mau nengok? Beli dekat Butik Jamilah haritu!

Ok, jom! Nona nak reveal (pecahkan rahsia) baju raya untuk hari raya kedua nanti! Maksimum baju raya mesti Dua atau tiga pasang yang baru.. Korang berapa pasang baju raya tahun ni? Sunat memakai baju baru di pagi raya pertama tau. Pahala tuh! Hihi.. Nona punya warna yang ceria untuk raya kedua ni 👇

Kurung Vionna

Kurung VIONNA nama diberi. Material Italian printed! Cerah berseri, kan.. Nampak sesuai dengan saya!! Actually, tak pernah ada baju kurung warna gini tau! Sekali pandang, tergoda! Colour shawl or tudung akan ikut pada warna corak yang ada. Situ kaler hitam atau biru. Kawan cakap, warna cream pun sesuai tapi Nona yang kurang confident warna camtu, so kita ikut warna corak je senang! 😁 Lawa ke Lawa?? Hahaa!

Simple je, tak sarat sangat pun coraknya. Yang penting, material kainnya sejuk (ikut trend terkini), ironless, Dan selesa nak pakai sepanjang hari raya nanti! Ya, Nona pentingkan benda benda macamtu dalam pemilihan pakaian terutamanya untuk hari Raya. Bukan apa, nanti sekejap sekejap tolong cuci pinggan kat dapur, then cuaca panas ting ting lagi menyinggah rumah ke rumah… Perghh, memang kena pakai pakaian yang selesa ler tapi dalam masa yang sama, nampak manis, helok dan ceria.

Kalau nak advance lagi, yang ada poket siap. Baju kurung ni, takda poket tapi nursing friendly ye, ada puff kat bahu dan kain belah depan. Opps, peluh pun tak nampak. Kalau nak tahu, masa beli tu dah berlipat lipat masuk plastic tapi bila test pakai kat rumah ni, tak perlu beria iron sebab tak kedut mana

 
Butik Jamilah

Sebelum membeli ni, Nona survey la baju baju kurung lain yang ada kat sini. Ehem, rambang mata jugak lah. Design pun not bad. Ikut trend. Ada yang penuh bercorak, plain, lace Dan bersulam. Pelbagai saiz Dan warna disediakan. Kalau awak orangnya suka minimalis design, kat sini pun banyak macamtu. Simple but looks exclusive dan elegant!


Baju Kurung Raya 2023
Cantik jugak Kurung Adalea ni ek. Maybe sebab warna favouriteku! 
Lace kat tangan tu cantiknya🤩

Lagi menarik bila jumpa pulak baju Melayu (brand Kacax) Dan baju Kanak Kanak sedondon dengan baju ibu! Ehhhhh, senang kerja camni. Jenis kain memang sedap, lembut, tak kejung Dan selesa untuk dipakai sekeluarga. Kejap, sini ada baju Melayu jugak? Ha ah betul, ada baju Melayu sekali brand Kacax tapi lagi banyak dalam Butik Kacax tu sendiri. Berdekatan je dengan Butik Jamilah ni.


Baju raya 2023

Baju raya budak 2023

Haaaa, simple tapi nampak elegant dan tenang melihatnya. Comel pulak padankan dengan baju budak tu ek 😍 Aku geram tengok baju budak budak kat sini. Alahai, comel comel.. Kalau aku ada anak ni, memang matchy matchy semua baju lah! HAHA! 

Butik Jamilah

Inilah yang sedondon sekeluarga tu. Kurung Adriana memiliki poket comel terletak di bahagian hadapan baju kurung, baju melayu bapak dan anak. Ada design Dan warna lain jugak untuk sedondon sekeluarga di hari raya. Barulah orang cam, awak anak beranak sapa. Gituh! 

Baju Jamilah

Kalau tak nak sama corak, just warna background colour je match, boleh try camni.. Ambil baju anak bercorak, mak pak pakai plain. Ikut lah Citarasa memasing ❤️ Aku suka jugak lah baju Kurung Cotton Thalea ni! Sejenis kurung Pahang yang selesa giler kainnya Dan of course terletak elok pada badan si pemakai. Nampak slim aku try haritu! Terasa nak beli berhelai helai lah kat sini, tengoklah bebila ajak mak jalan jalan sini.

Kurung Sulam

Kurung Sulam Adana memikat hati

Baju raya 2023

Pelbagai design dan warna!

Busana Jamilah
Kasik test sikit! Dari kiri Kurung Cotton Thalea (warna hijau), Kurung Maya, Kurung Vionna

Puas hati sungguh datang sini, bukan setakat baju raya cantik cantik, tapi staff pun mesra je layankan aku kejap nak saiz tu, kejap nak baju lain pulak (Tengok gambo atas tu, duk tukar tukar outfit) .Tak masam muka, senyum maniss je... Tu yang beberapa hari aku datang lagi, nak beli something else kat Plaza Angsana Mall nI tapi menyinggah sini beli blaus pulak~ Blaus tu offer, lawo pulak nengok beralun gitu, terus beli ikut saiz... HAHA.

Korang pun aku suggest sangat datang sini okayh. Berbaloi harga dengan kualiti kain. Beli macam aku punya pun ngam, kain sedap, senang nanti dah duduk lelama pun tak kedut teruk, pastu dalam gambar nampak ONZ selalu..kikiki… Barulah enjoy raya! Kan!!


Butik Jamilah

Settle Beli Baju Raya Kedua kat Butik Jamilah, Plaza Angsana, Johor Bahru! Ok, tak yah fikir dah pasal baju raya lagi. 



Lokasi Butik Jamilah Dan Butik Kacax (Baju Melayu):
Waze: Plaza Angsana, Johor Bahru, Johor

▶️ Butik JAMILAH Level 3

▶️ Booth JAMILAH Level 2 (berhadapan AR RAHNU, Depan Butik KACAX level 2)



Tik Tok HQ - Kacax & Jamilah : https://www.tiktok.com/@midanixhq

▶️Butik KACAX ,Level 3

▶️Booth KACAX Level 3 (kt kedai kain Langsir HL, JAMU )

▶️ Booth KACAX Level 2 (Depan Secret Resepi) 

▶️ Butik KACAX Level 2 (sebelah Emmer Zecna,Sederet BATA)




 







Post a Comment

10 Comments

  1. Lama tak menyoping kat Angsana. Kat situ best klu nak cari baju / tudung raya.

    ReplyDelete
  2. sama la dah settle sebelum puasa lagi :)

    ReplyDelete
  3. Ok gak tu non padankan dengan tudung royal blue, cantikkk 👍🏻👍🏻

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, bunganya tu kaler royal blue..saja test...naik seri ka tak..hehe

      Delete
  4. berapa helai lah agaknya baju dia ni nanti hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenggg jeng jengg..Memula nak Dua je....Sekali..ehhh ...tambah

      Delete
  5. Baju sulam dia cantik-cantikk kann.. ingat nak beli juga sepasang nanti..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Beli lah sis...Memang cecantik 🤩 Saya gerammm!

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .