Buffet Ramadan Bawah RM50: Taste of Johor di Dewan Pekaka, Taman Perling, Johor

Buffet Ramadan Bawah RM50: Taste of Johor di Dewan Pekaka, Taman Perling, Johor

Buffet Ramadan Bawah RM50: Taste of Johor di Dewan Pekaka, Taman Perling, Johor || Hi, berbuka apa harini? Masak ker beli? Nona? Kami kalau bulan Ramadan selalu beli.. Sebab rumah ni cuma dua orang, kadang kadang tiga orang. Selera lelain, beli lah sejenis dua je kat bazar tuh, ataupun, makan buffet la apa lagi! Terus mood makan meluap luap... Kahhhhh! 

So harini aku nak share kat mana lagi ada buffet murah terlajak murah, harganya di bawah RM50 sekitar JB!!! Ye ke tak Nona nih?? Boleh percaya ke?? Ehhhh, iye ler awaknya! Kita tak tipu tau bulan Ramadan ni 😂 Nah, terus aku bagitau harganya awal awal, senang! 

Buffet Ramadan Taste of Johor

Dewasa: RM45

60 tahun Dan keatas: RM35

6 tahun Dan Keatas: RM25

5 tahun Dan ke bawah: FREE

Ok, jom tengok antara menu yang ada ialah:

Buffet Ramadan

Sedap kan nampakk 😆 Comel anak Kak Suzie 🤩

Sup Gearbox

Sup Gearbox berserta roti tapi sebab aku nak makan nasi Dan yang lain, maka aku tak telan dengan roti la.. Huhu... 

Ikan Bakar

Terpaling wajib kalau buffet dengan 'Taste of Johor', mesti ada Ikan Bakar Tradisi Sand Village. Bukan ikan bakar je, Ayam bakar pun ada!! Nyumm!

Sedap dan padu yer! Benda first kalau ke sini, harus amek ni sesiap tau! Ada jugak sate tapi kalau korang lambat amek, habis terus ye... Takda topap dah lepastu..Kat sini, ada menu yang bila habis, akan ditop up, ada jugak yang tak..  Jadi amek cepat sekaligus yang diinginkan sebelum waktu berbuka puasa...Hihi..

Asam Pedas Tetel

Asam Pedas Tetel. 

Asam pedas ikan pun ada jugak. Secukup rasa. Terdapat beberapa lauk lain seperti taugeh, Ayam Masak Lemak, Pucuk Ubi Masak Lemak, Ayam Goreng Berempah, Ayam Kari Dan lain lain lagi. Oh ya, sebagai permulaan, try bubur Lambuk terlebih dahulu. 

Selain itu, nugget, sosej Dan fries pun disediakan kat sana. Bebudak memang laju la Kalau nampak menu bergoreng tu. Huhu.. 

Ulam ulaman

Ulam ulaman, sayur sayuran Dan Rojak pun ada.

Laksa Johor

Laksa Johor ❣️

Spaghetti

Spaghetti 

Buah naga

Taste of Johor

Buah buahan, kek Dan pelbagai jenis kuih muih. Mak aku suka kuih tu!! 

Taste of Johor

Sambil berbuka puasa, terselit hiburan nanti. Maka berkumandanglah lagu sempena Ramadan Dan Syawal 😁  Oh ya! Gambar banyak banyak dalam Facebook Nona okayy! 

Buka puasa

Boolat ye cik Nona! 😌

Alhamdulillah, tidak terlalu banyak menu, tapi cukup. Ya, cukup mengenyangkan ✅ Bawak family, semua puas hati. Dorang pun kenyang betullah.. Hehe.. Cuma untuk parking, di sebabkan situ berdekatan kawasan perumahan Dan kedai kedai, gerai gerai gitu maka pepandai lah cari parking kat area sana.. Aku haritu park sampai tepi gerai makanan..  


⏩ Buffet Ramadan Taste of Johor 

Lokasi: Dewan Pekaka berhampiran hotel Amerin Taman Perling)
Tarikh: 25 March ~ 20 April 2023
Masa: 6.30pm ~ 10pm

RM45 Dewasa
RM35 Warga Emas >60 tahun
RM25 Kanak-kanak (6~12thn)

Utk tempahan Dan pertanyaan, sila hubungi
☎️ +6013-752 9277
☎️ +6019-565 6831

⏩ Toilet Dan Ruang solat disediakan






Post a Comment

8 Comments

  1. Wah...menarik walau tak banyak sangat pilihan tapi kalau banyak pun,bila dah kena segelas minuman..yang lain dah pandang sangat kan...
    Kira murah la dengan konsep buffet kan..👍

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, murahhh murahhh tuu..Betul, cepat je kenyangnya...hehe

      Delete
  2. Bagua juha bila ada sesetengah hotel yg menawarkan menu bufet ramadhan serendah rm50 ni . Wlwpun menu tak banyak . Tpi bagi ccl banyak jugak tue .. Berbaloi ngn harga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yesszza, berbaloi baloi 🌹🤩 Cukup untuk perut ✅

      Delete
  3. Geram je aku nengok Laksa Johor tuuuu

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .