Citarasa Dua Benua Dinner Buffet @ Seasonal Tastes, The Westin Desaru Cost, Johor || Hi, kembali kita ke segmen food preview dinner buffet sempena bulan puasa yang bakal tiba soon! Meriah Buffet Ramadan 2023 sekitar Johor 👍 Kalini Nona nak bawak korang ke satu tempat yang menyajikan masakan dua benua gitu dan lokasinya yang menarik, di tepi pantai nan indah! Angin kuat menyapa kami sewaktu sampai sini. Best woo! Terasa healing betul aku tengok view sambil ditiup angin! Haha!! (Gambo di akhir entri)
Bukti Hadir ✅
Bukan tempat je menarik, makanan pun menarik jugak, not bad!! Terdapat beberapa pilihan mengikut citarasa rakyat Malaysia dan few Mediterranean dishes 👍 Semuanya air tangan daripada Chef Jaffery and his team kat sana 😍 Nak tahu apa? Jom scroll gambar di bawah dan selebihnya ada kat Facebook Nona. Tak terletak semua gambo kat dalamni tapi Nona suka highlights beberapa menu yang Nona rasa Okay dan korang kena try sekiranya datang berbuka kat sini.
Marinated Harissa Carcass of Lamb
Bake Fish Sambal!
Alahai, lembut isi ikan ni. Terliur semula kita!
Udang Galah Lemak Cili Padi
Chicken Hariyali Tikka
Aku paling suka lauk ayam hijau ni dengan udang galah tu! Sedapnya kat tekak aku. Kalaulah ada orang nak belanja Ramadan pergi sini, aku pasti repeat berkali kali makan! Hahaha..
Segalanya ada. Ketupat nasi, palas, lemang atau burasak?? Pilih je! Dimakan bersama serunding Dan lauk pauk lain.. Cuma Burasak haritu macam terlembik sikit tapi still boleh dimakan 🤩
Dim Sum Shedap!
Baklava pun ado! Aku suka baklava! Mana boleh tak ngap, kena ambil ngap walaupun dah kekenyangan masa tu... Huhu!
Kuih muih Dan kuih raya pun disediakan. Aiskrim stall pun ada. Aku suka sebab Dua Jenis favorite ice cream aku haritu ada sekali. Nice one, mesti kids pun happy datang makan sini 🤩
Susun atur kerusi meja i bahagian luar. Syok duduk luar sebab angin kuat menyapa muka. Gituhh!
Damai.
Sebelum tiba waktu makan, aku turun sini melihat keindahan ciptaan yang Esa! Cantik sangat view membiru camni. Berulang kali memuji kekuasaan-Nya ❤️
Info seperti tertera di bawah:
Featuring Malaysian favourites and a select number of Mediterranean dishes, there is something for everyone.
Harga Early Bird (pembelian Dari 1-26 March 2023):
RM 98 per adult
RM49 per Kanak kanak (4-12 tahun)
Harga Biasa:
RM128 per adult.
RM64 per kids (4-12 years)
Beli 10 Percuma 1 untuk kedua Dua harga ❤️
Parking RM5, surau turut disediakan. Suraunya bersih Dan cantik tau!
3 Comments
Sana sini Ramadhan preview...seronok la tengok...tapi tu la..perut berbunyi je la..insyaallah ada plan nak berbuka puasa kat JB nanti...boleh la SA balik sana...
ReplyDeleteHehe..Whoaa..nice...Booking ler awal awal. Harga early bird muroh 😃
DeleteWahh nampakk menyelerakan
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .