Jom Plan Berbuka Puasa Di 'Citarasa Ramadan' Amansari Residence Resort, Bandar Seri Alam, Johor || Hai korangg! Salam Isnin! Pejam celik, pejam celik, minggu ni Ramadan tiba 🤩 Malam hari Rabu nih dah boleh solat suna taraweh! So harini Nona nak share lagi salah satu tempat berbuka puasa yang berharga di bawah RM100 ❤️ Bukan je murah, menu pun not bad, berulang kali makan sampai puas 😃
Berbaloi ke tidak? Nak tahu, kena scroll bagi habis..Nilaikan ye. Bagi aku, semestinya berbaloi. Kalau pergi Bazar kat luar pun, beli sikit itu ini, lelama sampai jugak harga early bird ni kang 😂
Kambing Golek. Makan dengan saucenya.
Sup Gearbox!
Kemain besor gearbox nya ya! Padu beb rasanya! Tak sia sia bayar sebab sedap! Hehee!
Muka terkejut aku ngan
Huda nengok Sup Gear Box 😂
Kami share je semangkuk ni..Besor benar! Makan dengan roti pun ngam!
Ya, kedua dua menu kambing golek dan gearbox ni ada kat luar sebelum masuk ke dalam. Stall ikan bakar pun ada sekali join duduk luar ni 😍
Jom masuk dalam!
Seperti selalu, haruslah ada lauk pauk berserta nasi, ulaman ulaman dan kat sini turut ada menu gulai kawah! Haa..menu gulai semua dalam kawah! Aku suka betul lauk pauk banyak camni! Barulah lebih selera dan nampak apa nak dimakan. Hehe..
Menu Gulai Kawah: Gulai Paru
Favourite betullah! Dagingnya lembut Dan kuahnya secukup rasa 🤩 Banyak banyak tempat I pergi, belum jumpa lagi lauk Masakan paru Gini. Hehe..Selalu jumpa Jenis sambal atau Masak Cili gitu. Huhu.. Terdapat banyak lagi masakan dalam kawah seperti gulai ikan, dan daging. Perghh, mantop!
Seabass Kam Heong Style
Saban tahun mesti ada lauk nih 😃 Of course lah sedap! Lauk lain yang ada ialah prawn butter, sayur sayuran, telur dan banyak lah lagi! Memang perut gembira menelan semuanya 😁
Bang, roti John satu, Murtabak Dua! Hehe.. Tersenyum abam tuh 😃 Berdekatan stall ni, ada jugak stall lain seperti pulut dan ketupat bersama sama rencahnya seperti daging rendang dan serunding. Sedap kata kak Ain that pulut. Maknanya sedap kalau member aku tu cakap sedap! Hihi..
Oh ya, spaghetti dan laksa pun ada! Spaghetti dipadankan dengan kuah bolognese dan carbonara yang mantap rasanya. Macam nak lagi dan lagi! Tapi kang tak merasa food lain pulak. Hahahaa..
Kuih Muih seperti onde onde, kole kacang, desserts seperti kek, puding Dan macam macam jenis ada kat sini tau! Aiskrim, ABC pun ada!
Haaaa, nampak menyelerakan, kan?! Boleh tengok gambar lain kat
Facebook Nona ye.
Alhamdulillah kenyang. Surau pun disediakan. So tak perlu terkejar kejar keluar cari tempat solat kat luar.
Citarasa Ramadan Amansari Residence Resort, Bandar Seri Alam, Johor:
Tarikh: 27 Mac 2023 -20 April 2023
Masa: 6.30pm-10pm
Harga:
Dewasa- RM88
Kanak-kanak - RM48 (6-11 tahun)
TEMPAH SEKARANG.
Beli 10, dapat 2 FREE ticket voucher apabila menempah pada 6hb Februari 2023 sehingga 26hb Mac 2023.
UNTUK PERTANYAAN ATAU TEMPAHAN
www.wasap.my/60127647488/CitaRasaRamadan
https://www.amansarihotels.com/arr/
+6073817070 OR
+6012 - 764 7488
#amansaristyles #amansariresidenceresort #staycation #pasirgudang #serialam #Johor #johorbahru #resort #ramadan2023 #ramadan #bukapuasa
Notahati: Thanks Huda bagi hadiah birthday malamtu 😃
2 Comments
sedapnya sup gearbox dia, memang puas la kalau berbuka dekat sini
ReplyDeleteSedapp kannn! Hehe... Puas tuuuu!
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .