Berbuka Puasa Dengan Kathira Series, Richiamo Coffee

Berbuka Puasa Dengan Kathira Series, Richiamo Coffee

Berbuka Puasa Dengan Kathira Series, Richiamo Coffee || Haritu dah terlambat balik kerja, terus aku singgah Kafe Richiamo Coffee yang berdekatan rumah. Memula nak bungkus tapi masa sampai tu tengok macam tak ramai plus lagi beberapa minit nak azan, why not berbuka terus je kat situ..Kan! Hihi..

This Kathira Series is limited edition, aku pun tak tanya sampai bila.. Mungkin sampai habis Ramadan je... Special lah kan ada benda mengikut musim.. Dan aku haritu actually dapat voucher yang dorang bagi masa beli makanan hari hari sebelum tu.. So now guna terus lah kasik habis..Huhu 😁 Kena buat pembelian lebih RM25. Excited tengok kek flavour Kathira tu sebenarnya 😃 Tak viral tapi sebab perisanya macam lain daripada kek kebiasaan yang lain, of course nak try, kan!

Iced Kathira

Iced Kathira Jagung 😃

Sedap sangat, sepanjang Ramadan, ni Baru minum air Kathira, kat Bazar pun menahan diri daripada menelan air manis. Gituhh!  Then ada jugak Ice Blended Kathira Jagung tau. Itu aku tak try lagi..Hihi!

Kathira cake

With Kathira Cake (RM12)

To me, kek tu tak begitu moist, agak kering tapi combination dengan cream tu sesuai Dan tidaklah tersangat manis rasanya.. Aku expect it moist..Haha..Takpa, habis jugak makan 😆

Kek Kathira

Fish and Chips

Tak nak nasi, tak nak Mee sebab dah ada air manis tu, so try Fish&Chip kat sini for the first time! Rupanya bentuk gitu, bukan empat segi yang selalu aku makan tu..Okaylah rasanya, not bad jugak ek.. Yang pasti, diselitkan cebisan jagung sekali tu.. 

Okaylah, korang dah try menu simple Dan sedap kat Richiamo Coffee ke? Setakat ni pernah try Spaghetti nya few times.. Ehh, sedap jugak 🤩

Syukurlah, Settle Berbuka Puasa Dengan Kathira Series, Richiamo Coffee pada 17 Ramadan haritu! Hihi..

Post a Comment

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .