Celebrate Birthday Dan Berbuka Puasa dengan True Arabian Ramadan Buffet by Zaituna di Persada Johor || Hai korang! Salam 13 Ramadan! Tahu tak, baru baru ni Nona ngan member sekerja celebrate birthday sekaligus beriftar together kat sini. Birthday sapa? Birthday Nona ke?? Haha.. Kalau boleh, nak celebrate selalu ek 😂 Not for my birthday ler... Haritu celebrate birthday member, actually harinya at the end of March tapi kitaorang just bagi belon bercoklat je for her on that day. Segala hadiah tunggu time surprise. Jadik aku pun ngajak berbuka dengan Buffet Ramadan Zaituna ni. Ops, bukan di restorannya tapi di dalam hall, Persada Johor.
Ada cerita kelakar aku nak share, jemput scroll sampai habis tau... Memang auto tergelak lah bila dikenang balik 😆 Okay, macam biasa, kalau nak buat surprise, kena ler datang awal daripada orang lain, sebelum sampai masanya...Kan.. Aku pun datang awal sebab nak mintak simpankan kek, belon Dan crown Birthday untuk birthday girl. Berdebar, mana tahu kalau kalau terserempak dengan birthday girl kat parking ker, kat pintu masuk ker time ngangkut segala barang. Haha!
Stall yang meriah dengan pelbagai Hidangan lauk pauk, air minuman, buah buahan Dan manisan 💥 Cantik pulak aku tengok, lapang pun lapang untuk ambil makanan 🤩
Baklava ❤️
Kunafa
Selain daripada Nasi Arab, shawarma, kunafa, hummus Dan makanan Arab lain, terdapat jugak spaghetti, pizza Dan menu bertemakan seafood 🤩 Ini latest info about Zaituna, mereka dah ada Seafood Zaituna ui! Menarik sungguh!
Nasi Arab ada pelbagai jenis kan. One of them Nasi Kabsa..Aku suka betul nasi ni! Makan dengan daging kambing...AAA..Mantap!
Ok, apa yang Kelako sangat haritu adalah time nak buat surprise tu.. ada satu laki Arab ni pergi kantoikan sebelum keluarkan kek... Dia tanya kat meja kami, "Now, can do birthday surprise?" Haa..Blurr aku...Krik Krik.... Pastu halau dia suh gi tempat lain.. 😆
Punyalah aku ngan member lagi sorang plan supaya jadik surprise, rahsia dulu.. Tetiba dia boleh Tanya kat meja kami, depan orang yang disurprise...Adoiiimakkk. Member yang nak disurprise terus tanya..Ehh....Orang tu cakap apa.. birthday ke..Hahaha
Maybe aku silap jugak sebab deal dengan Dua orang yang berbeza..So serabut la kot.. Haha.. Sebab yang kalini, aku deal kat sana je.. Tak deal by WhatsApp untuk keluarkan surprise ke camana...Pastu sebenarnya dah terlambat..aku yang remind sorang ni, barulah dia mintak maaf Dan pergi belakang bawak keluar tentera sekali dengan pedang besor....Haha..
Kemain pakai pedang potong kek 😂
Pak Arab datang nyanyikn birthday song dengan gendang and pedang tu..Kahhhkahh! Member pun apa lagi, katawa mengekek ngekek lah sebab rasa lucu, segan, semua ada perasaannya...Hahahaha.. Sampai keluar air mata si Rabitah tu gelakkan kejadian haritu..Macam nak berguling guling kami kat sana weh🤣
Happy Belated Birthday Fatin! Moga Fatin terus sihat, dipanjangkan usia, Dan Bahagia bersama yang tersayang. Aamin.. Love you!
Oh ya...tak amek gambo before potong keknya. Maka dah terpotong pakai pedang tu !! Hahahahaa...
Us. Tema biru tapi aku dark blue! Layannz!
Alhamdulillah kenyang beriftar bersama mereka. Aku geram je dengan budak kecik Dua orang tuh.. Hahahaa.. Tak sabar nak main kejar kejar nanti 😁
Overall, berbuka sini Masih ngam untuk aku Dan lagi puas hati bila lepas Maghrib, dalam kul 8 lebih gitu, Zaituna bagi kita box Dan plastic untuk bungkus Baki makanan yang ada kat sana 🤩 Teruja memasing termasuklah aku .Tak payah masak sahur besoknya la..tak payah masak berbuka esok..ha.. gituhlahh kedengaran..Kahh! Terbaik, barulah aku rasa sangat sangat berbaloi! Amek spagherting, nasi, kunafa, baklava..Fuhhh memacam...Memang The Best Zaituna!
TRUE ARABIAN BUFFET RAMADAN YANG TERBESAR DI MALAYSIA (ZAITUNA) :
Harganya:
Dewasa RM79
Kids + Senior Citizen (6-12 Years) RM39
Kids below 5 years FREE
Beli 10, Free 1 👍🥳
6PM-9PM only.
25 March - 21April only ✅
#buffetramadanterbesar #buffetramadan2023 #restoranzaituna #buffetramadanzaituna #zaitunabuffet
7 Comments
Alahai, kesian penat2 plan surprise boleh terkantoi pulak kihkih. Takpe janji Pak Arab nyanyikan lagu birthday sambil palu gendang hehe.
ReplyDeleteHaha.. Ya.. Geram pun ada..hahahaha
DeleteTerbaiklah Zaituna!
ReplyDeleteKan..Terbaik! Saya suka bethol! 🤩
DeleteMurah la berbuka kat situ...nampak kunafa dan baklava...aduhaiiii..next pi JB boleh la pi Zaituna tu...ajak En Tunang
ReplyDeleteMurah tuuu..Kena gi Kak..Ajak ajak..hehee
DeleteSelamat berbuka puasa
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .