Menu Berbuka 16 Ramadan bersama Laksa Sarawak Special

Menu Berbuka 16 Ramadan bersama Laksa Sarawak Special

Menu Berbuka 16 Ramadan bersama Laksa Sarawak Special || Mengidam! Maklong aku yang lakinya orang Sarawak tu tunjuk dalam group, bubur pedas Sarawak gitu lah lebih kurang, Dan dengan tetiba aku teringat pulak laksa Sarawak yang pedas Dan sedap dia pernah buat 🤩 Tapi Maklong kat Baru Pahat, pes laksa pun takda lagi ni... Aku dah teringin benar nak makan time berbuka puasa semalam. Laju PM cik Sun mana yang sedap kat area JB nih, dia bagitau, area Hutan Bandar, JB nun. Alamak, macam jauh gak tu nak menempuh jalan ke sana, maka terus bukak Facebook, tengok siapa ada menjualnya kat area berdekatan tempat kerja Dan rumah. Gigih kan..Haha.. Bukan apa, dah pernah pergi beberapa Bazar Ramadan tapi tak jumpa laksa Sarawak pun.. Kalau Mee Kolok memang ada jual kat Bazar Ramadan haritu.. I like it!

Scroll punya scroll, terjumpalah satu kedai makan kat Taman Cahaya Masai yang menyajikan makanan Sarawak seperti Mee Kolok Dan laksa Sarawak ni. Apa lagi, teruja aku! 😁 Order sesiap, bagitau nak amek time balik kerja nanti. Huhu ~ Alhamdulillah.. Nama kedainya Pacific Borneo ❣️

Laksa Sarawak Special

Special punya! Nampak sedap tak? Sesungguhnya, memang sedap! Suka dengan rasa pedas pada kuahnya 😍 Mengancam padu beb! Puas perut Dan tekak aku!

Kalau tak special, maybe takda Ayam goreng kot.. Sebelumni beli kat tempat lain, laksa Sarawak biasa je sebab nak mencuba.. Itu akda Ayam goreng besar tapi ayam carik carik ada. Kalini sempena Ramadan, amek jenis special punya lah 🤩

Laksa Sarawak

Siap udang, aaaa...Saya suka! Bolehlah datang lagi, aku tak pernah tahu kewujudannya 😂 Sedap bagi tekakku, tak sure kalau bebetul orang Sarawak, sedap ke tak ek.. Kamek kena ajak orang Sarawak lah try nampak gayanya.. Hihi.. 

Pacific Borneo

Bersebelahan dobi Dan hotel 👍





Notakaki: Tak sabar nak dapat pes laksa Sarawak next week! Hihi!!!


Post a Comment

10 Comments

  1. Ooo...yg specialnya ada ayam goreng ye. Puaslah makan berbanding ayam carik laksa Sarawak yang biasa tu.

    ReplyDelete
  2. wah wah gigih nona gi cari laksa sarawak ye... kita plak tingin nak makan mi kolok goreng macam kat kuching tp ssh nya nak jumpa yg goreng hehehe... tp nnt nak cari kat Dapur Sarawak kat KL ni.. harap2 dapat le :p

    ReplyDelete
  3. Dapat juga akhirnya apa dicari ye

    ReplyDelete
  4. Wah, pandai makan laksa sarawak ye. Bila nak pergi ke Kuching boleh try Mom's Laksa kat sana, sedapp

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah sebab dah pernah try sebelumni..Serasi dengan tekak, tu yang mencarinya... Huhu

      Delete
  5. Alhamdulillah hilang kempunan.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .