5 Kebaikan Coklat Yang Perlu Anda Tahu|| Coklat terhasil dari pokok koko iaitu sejenis tumbuhan yang berasal dari benua Amerika Selatan. Ianya diperolehi dalam pod buah koko yang mengandungi bijian koko dan disalut dengan isi gebu seakan akan baldu yang manis.
Sepertimana yang kita semua tahu, selain daripada diproses menjadi makan siap sedia untuk dimakan, ianya jugak dijadikan bahan dalam masakan seperti pembuatan kek, cookies ataupun lain lain dessert. Bukan itu sahaja malah ianya jugak diproses menjadi sebagai sejenis minuman yang sedap!
Coklat selalu dikaitkan dengan beberapa isu Dan masalah kesihatan tapi sebenarnya kalau diselidik dan betul cara pengambilannya, ia tetap mempunyai kelebihan Dan manfaat tersendiri. Sebelumtu, jom ketahui tiga jenis coklat yang sering berada di pasaran:
1. Coklat Susu (Milk Choc)
Milk chocolate is a form of solid chocolate containing cocoa, sugar and milk. Mostly at outside, consumed this type of chocolate, and used in a wide diversity of bars, tablets and others.
2. Coklat Putih (White Choc)
White chocolate is a confectionery typically made of sugar, milk, and cocoa butter, but no cocoa solids. It is pale ivory in color, and lacks many of the compounds found in milk, dark, and other chocolates.
3. Dark Chocolate
Dark chocolate is a form of chocolate containing cocoa butter and cocoa solids without the milk or butter found in milk chocolate. Dark chocolate without added sweetener is called as bitter chocolate or unsweetened chocolate.
Lima Kebaikan Coklat Yang Kita Perlu Tahu:
1. Dapat Mengekalkan Sistem Saraf
Terdapat satu kajian membuktikan bahawa epicatechin dan flavonoid, sebatian yang hadir di dalam dark chocolate, dapat membantu melindungi otak daripada terkena serangan strok. Sebatian ini didapati dapat membantu menurunkan risiko gangguan saraf, seperti penyakit Alzheimer 💥
2. Dapat Merawat Batuk dan Selesema
Koko, kerana vitamin-C, alkaloid, dan flavonoid yang terdapat di dalamnya, memberikan kelegaan daripada batuk dan selesema. Asid lemak seperti asid stearat, asid palmitik, dan asid oleik di dalamnya memberikan kelegaan daripada sakit tekak, batuk berterusan dan selesema.
3. Dapat Mengurangkan Risiko Penyakit Jantung
Pengambilan coklat mengurangkan risiko kardiovaskular. Ya, kandungan Asid stearat di dalamnya walaupun menjadi asid lemak tepu yang terdapat dalam koko, ianya tidak menyumbang kepada paras kolesterol. Ia dapat mengurangkan kemungkinan serangan jantung dan aterosklerosis yang disebabkan oleh arteri yang membengkak.
Selain itu, koko juga dikenali untuk mengurangkan tahap LDL (kolesterol buruk Dan jahat) serta meningkatkan tahap HDL (kolesterol baik) . Sifat antioksidan flavonoid juga dapat melindungi jantung daripada kerosakan yang disebabkan oleh radikal bebas.
4. Dapat meningkatkan tahap tenaga serta kecerdasan
Asid lemak seperti asid stearik dan asid palmitik (kedua-duanya tepu) serta asid oleik (tak tepu) dapat membantu mengurangkan berat badan serta memberikan tenaga, tanpa risiko pengumpulan kolesterol, seperti koko tulen. Sewaktu koko menjadi coklat, jumlah kolesterol yang kita dapat sebenarnya bergantung kepada jenis susu (tona, semi-tona atau krim penuh) serta produk susu (mentega, pepejal susu) yang digunakan di dalam pembuatannya dan bergantung jugak kepada senaman atau kekerapan pergerakan yang kita lakukan. Ya, gula dalam coklat tu lah yang memberi tenaga kepada tubuh manakala Flavonoid di dalamnya dapat meningkatkan aliran darah kita ke otak.
5. Dapat Mengurangkan Tekanan
Di dalam koko, terdapat tryptophan, asid amino yang mempunyai kesan yang menenangkan. Betul, serba sikit ada kesan menenangkan dan menyegarkan dalam hal hal berkaitan ketegangan dan tekanan jika memakan koko atau coklat.
Selain itu, koko juga mengandungi kafein yang merupakan theobromine, alkaloid, dan phenylethylamine (amine, sering dikenali sebagai antidepresan). Kesemuanya adalah sejenis perangsang. Mereka adalah ejen pengawalan mood yang sangat berkesan dan antidepresan ✅
Overall, coklat mempunyai kebaikannya terutama coklat gelap (dark choc). Bagi coklat lain, tak salah untuk kita makan namun perlulah berpada pada jua. Janganlah setiap masa makan coklat tanpa henti, mudarat jadiknya. Kan! 😬 And yang mungkin ada alahan terhadap kandungan dalam coklat, be careful ya. By the way, do not hate chocolate, nikmati ia selagi boleh, okay!
14 Comments
Samalah kita, peminat coklat!
ReplyDeleteYahoooo! Sep sikit!!!!
DeletePeminat dark choc hadir!!
ReplyDeletesama la..MA pun... choc love and my fav pun..dark choc...dappp
ReplyDeleteKannn 😋 Terus ada mood gitu 😄
Deletesaya tak tahu pasal coklat boleh Merawat Batuk dan Selesema. .hhehe. tapi coklat memang boleh membantu seseorang yang berada dalam tekanan.
ReplyDeleteNo 5 tu saya setuju ahahaha
ReplyDeleteSaya tak lah terlalu suka, tapi sesekali masih makan 😄. Dan kalo balik dari manis2 traveling, pasti beli oleh2 nya coklat 😄👍. Cuma coklat putih yg saya tak nak kak. Maniiiiis sangaaaat, tak kuat gigi 🤣🤣
ReplyDeleteSama ler...Yang putih paling last lah Kalau nak dicuba..Manis gilak kannn ...huhu..
Deleteciknur peminat coklat jga tp suka brand cadbury
ReplyDeletememangg ketagihh kena control he hee
Sedapnyaa
ReplyDeletesukanya makan coklat, tapi sekarang ada diabetis. boleh makan dark chocolate aje.
ReplyDeletekalau ikut saranan pakar, dark coklat laa yg terbaik utk di makan...tp harganya... fuhhh... hehehe...
ReplyDeleteMrs. A kalau nak training netball 2 k3 3 jam sebelum mesti nak makan coklat
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .