Masak Laksa Sarawak dengan Pes Hj Manan

Masak Laksa Sarawak dengan Pes Hj Manan

Masak Laksa Sarawak dengan Pes Hj Manan || Hai!! Harini cuti sempena Hari Yang Dipertuan Agong, so kemana korang? Nona tak kemana, menanti emak, adik Dan adik ipar pulang Dari Batu Pahat. Alang alang cuti, memang dah berniat dari last week, nanti Isnin nak Masak laksa Sarawak. Ya, saya pencinta laksa Sarawak Tau! 🤩 Meskipun aku orang Johor, tapi aku lebih suka laksa negeri orang lain 😂 

Saja saja nak try masak laksa Sarawak ni, tapi tak berapa lengkap sebab tak buat sambalnya sekali. Haha.. Haritu order pes Hj Manan ni daripada blogger cik Sun yang sememangnya anak kelahiran Sarawak. Ya, all the way original terbang jejauh dari Sarawak ui! Beli dua packets je dulu sebab nak mencuba terlebih dahulu. Kalau sedap, ke Shoppee la kita weh! Mana mungkin suruh cik Sun terbang balik sana amek stock 😄

Pes Laksa Sarawak Hj Manan

Pes Laksa Sarawak Hj Manan

Senang ada pes. Beli beberapa bahan tambahan je seperti santan, daun ketumbat Dan kiub Ayam. Settle! Agak termasin memula tu tapi boleh adjust. Don't worry! Hihi.. 

Laksa Sarawak

Bersama bahan bahan lain. Di belakang packagingnya ada list bahan bahan yang perlu ditambah Dan resepi penuh menggunakan pes ni. Mudah Dan cepat! 

Laksa Sarawak

Abah cakap bolehlah sedap! Tapi tuhla memula, agak termasin...Haha.. Aku tambahkan air sikit.. Okay, done! Alhamdulillah ya Rabb! Sedap betul lunch harini ye (Angkat bakul 😆) Next time kena buat jugak sambal laksa Sarawak, barulah ada ummpphh lagik! ✅ Kalau rajin Dan mood baik, aku nak Masak lagi ler.. Mudah sangat untuk orang macam aku yang tak begitu rajin...Bahahaha.. Cuma part carik carik telur Dan Ayam tu pun aku malas..tapi nak Cuba jugak lah.. Barulah orang kata, ikut hukum! 😄 Yang penting, dah siap, perut kenyang!

Korang pernah try ke masak Laksa Sarawak dengan Pes Laksa Sarawak Hj Manan nih? Confirm puas hati beb! Tak carik lain! Hihi ~






Notahati: Tengah keliru ~






Post a Comment

15 Comments

  1. Wak tak pandang laksa lain selain laksa jdt

    ReplyDelete
  2. Ibu pun cuti tak kemana duduk rumah saja. Nampak sedap laksa tu ibu tak pernah lagi makan laksa Sarawak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap laksa Sarawak, itu pada tekak saya ler... Nanti cuba cuba la ea 🤩

      Delete
  3. sedap kan. dulu saya selalu masak esp if hari raya ke 2 ke 3. skrg dh malas masak, sebab remeh. mkn duk kat kedai je senang. hehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap ui!!! Suka..saya pencintanya..Hehe.. Ye..ada beli Laksa Sarawak kat kedai masa bulan Ramadan..Teringin nau berbuka dengan Laksa Sarawak 😄

      Delete
  4. Wahhh.... berjaya dah tu... cuma kalau ada limau kasturi dan sambal belacan tu lg mantapppp... kami hari tu melaksa pada 1 jun sempena gawai... hihihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kannn..Tuhlah tuuu..Sebab takda sambal belacan rumah ni..Hahaa..Malas nak g keluar balik...Rupanya takda kat rumah bendanya 😆

      Delete
  5. Tak pernah cuba lagi. Mudah dan ringkas guna pes aje kan nak-nak bila dah tuhu pes mana yang sedap

    ReplyDelete
  6. Uish rajinnya dia. Sebenarnya nak buat sambal dia tu senang je. Kalau saya, wajib pakai belacan Bintulu hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I see!!! Okay okay...Baiklahhhh..Kena carik ni 😂

      Delete
  7. Amboi kerana suka sanggup buat sendiri! Belum pernah buat. Saya semua laksa suka.

    ReplyDelete
  8. Kemarin saya met up dengan kak carneyz, dikasih Pes laksa Serawak ini kak 😍😍. Planning esok nak masak. Dah beli udang, tauge santan untuk pelengkap 😄. Tak sabar nak rasa. Jadi kalo terlalu Masin, tinggal tambah air lah ya .. noted . Kliatan sedap memang ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Woww, mantap!! Yaaa..tinggal tambah air ajeee ❤️❤️❤️ All the best yaaa

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .