Mengopi kat Rumacabuk, Parit Sakai, Muar

Mengopi kat Rumacabuk, Parit Sakai, Muar

Mengopi kat Rumacabuk, Parit Sakai, Muar || Rumacabuk? Pernah dengar tak?  Rumah siapa ek tu? Yang pasti bukan rumah aku lah.. Haha..  Korang kena datang rumah ni! Eii.. Aku suka tempatnya yang santai Dan kelihatan instagrammable 🤩 Bagi aku, inilah salah satu port healing Dan tempat melepak yang kena dengan jiwa orang muda Dan keluarga. Bersih Dan tenang je. 

Rumacabuk, Parit Sakai, Muar merupakan sebuah rumah berkonsepkan rumah kampung atau tradisional tapi diolah menjadi sebuah kafe yang istimewa 😍 See, ada basikal tergantung situ oi! Teringatlah kampung arwah Atuk kt Negeri Sembilan, camni bentuknya. Rindulah! 

Rumacabuk

Apa yang aku perasan, Rumacabuk dua tingkat ni mempunyai keunikannya tersendiri.. Selain daripada susun atur Dan dekorasinya yang simple tapi cantik, perkataan 'EK' yang digunakan kat sini pun menarik minat aku (Refer gambar terakhir). Apa orang cakap, bahasa orang Johor gituh.. Sapa orang Johor, cuba angkat tangan sikit! Korang guna perkataan 'EK' tak dalam kehidupan korang? HEHE.  Jom tengok apa lagi ada kat sini!

Kopi

Kopi dulu baru kamu! 

Disebabkan kitaorang dah kekenyangan makan rumah wedding Hamsah, jadik kami just order minuman serta kek. Perut masih boleh sumbat dessert lagi. Kami order air Mint Chocolate (RM15), Hazelnut Choc (RM12), Chocolate Chip, Ice Vanilla Latte (RM11), Biscoff Cheese Cake (RM 14) Dan Chocolate Nutella Cake (RM14). Harga ni adalah harga pada hari kejadian la ye.. 

Chocolate Nutella Cake

Mine. Eh sedap semuanya. Lain kali nak try makanan berat pulaklah...Huhu.. 

Rumah Cabuk

With my lovely mom. Yang ni... 'Kamu dulu, baru kopi 😆'

Rumah Cabuk

Pose pandang bawah 

Rumacabuk

Lihat ke luar menunggu awak ~ Ni pose tutup lemak perut namanya 😂


Rumacabuk

Nampak tulisan atas tu? Sila tolak Ek. Ada perkataan 'EK' kat hujung. Perkataan tersebut yang sering dikaitkan dengan orang Johor dalam perbualan harian. Ada lagi ayat kat sini dorang letak perkataan 'Ek' tuh 😁 Menarik! Nampak Johorean.

Aku suka gambar ni sebab time sebulan raya haritu takda bergambar dengan tangga batu rupa begini. Teringin weh.. Hahaa..Dah penghujung Syawal baru ketemu ✅ Tangga ni adalah laluan untuk ke ruangan makan di bahagian atas tu.. Sibuklah aku nak bergambar time orang nak keluar masuk... Kahh!

Alhamdulillah done makan minum and posing bersama mak Dan teman teman. Bersyukur semuanya Selamat ke destinasi yang ingin dituju.

Overall, memang suggested lah Rumacabuk untuk dikunjungi. Korang bolehlah try menu menu atau mengopi kat Rumacabuk, Parit Sakai Muar macam kitaorang ni bebila ada masa Free. Aku kalau tinggal sana, of course selalu menyinggah sini rasanya 😄

Dibuka Dari jam 12pm-10malam. Waze je Rumacabuk, Parit Sakai, Muar. Confirm sampai tempatnya. Selamat mengopi! 





Post a Comment

5 Comments

  1. Jauhnya Rumacabuk nun di JDT.
    Menarik pula dapat berkenalan dengan Rumacabuk. Mana tahu ada rezeki sampai ke sini satu hari nanti.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, Moga ketemu ya..save info...Hehe.. Moga ada Rezeki sampai Dan jejak kaki ke sini..Aamin

      Delete
  2. Saya selalu suka coba trmpat2 kopi, apalagi yg unik macam nih. Sayang aja jauh kak. Kalo nanti ada waktu main kesana, pasti saya datangin ❤️. Unik nih, Krn designnya aja dah terlihat vintage. Berasa homey yaaa

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .