Panduan Dan Cara Mengerjakan Solat Sunat Istikharah

Panduan Dan Cara Mengerjakan Solat Sunat Istikharah

Panduan Dan Cara Mengerjakan Solat Sunat Istikharah || Solat Sunat Istikharah merupakan salah satu solat Sunat yang dilaksanakan bertujuan untuk memohon petunjuk Allah sebelum membuat sesuatu pilihan atau keputusan. Lebih lebih lagi bila berada dalam kekeliruan ataupun kebuntuan untuk memilih yang mana satu terbaik. Sama ada keputusan itu adalah sebuah tindakan yang besar mahupun sekecil kecil benda. Percaya Dan yakinlah dengan jawapanNya. 

Sebagai contoh, seseorang yang belum berkahwin Dan masih ragu ragu Dan confuse untuk memilih calon suaminya maka disarankan melakukan solat Sunat Istikharah. Ataupun Dari segi pekerjaan. Jika dalam masa yang sama dapat banyak offer pekerjaan datang serentak, boleh tunaikan solat Sunat ini bagi mendapatkan petunjuk daripadaNya. InshaAllah. Allah Maha Mengetahui yang hambaNya tidak ketahui.

Istikharah

Waktu Sesuai Tunaikan Solat Sunat Istikharah:

⏩ Pada bila bila masa sahaja namun masa yang terbaik adalah di sepertiga malam. Lebih elok lagi time Qiyammullail, lakukan sekali solat Sunat ini. 


Walaubagaimanapun, sebelum mendirikannya, kita perlu mengosongkan fikiran Dan tidak berat sebelah untuk sesuatu keputusan tersebut. Dirikan solat sepenuh hati, Dan jiwa dalam keadaan betul betul mengharapkan Dia, serahkan segalanya kepadaNya untuk menentukan yang terbaik buat kita. 

Berapa Rakaat?

2 Rakaat atau sehingga 12 Rakaat.

Niat solat Sunat Istikharah:

Niat solat Sunat Istikharah

"Sahaja aku solat Sunat Istikharah Dua Rakaat kerana Allah Taala"

RAKAAT PERTAMA:

1. Mulai dengan niat Dan takbir
2. Membaca Doa Iftitah
3. Membaca Surah Al-Fatihah
4. Membaca surah lain (disarankan membaca surah Al-Ikhlas)
5. Rukuk Dan Iktidal
6. Sujud, Duduk antara Dua Sujud Dan Sujud kali kedua

RAKAAT KEDUA:

1. Mulai dengan lafaz takbir pada permulaan Rakaat kedua
2. Membaca Surah Al-Fatihah
3. Membaca surah lain (disarankan membaca surah Al-Kafirun)
4. Rukuk Dan Iktidal
5. Sujud, Duduk antara Dua Sujud Dan Sujud kali kedua
6.Membaca doa Istikharah ketika dalam Sujud Akhir:


Solat Sunat Istikharah

"Maha Suci Engkau, tiada pengetahuan bagi kami kecuali apa yang telah Engkau ajarkan kepada kami. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"

7. Duduk Tahiyat Akhir
8. Memberi Salam
9. Membaca Surah Al Fatihah Dan Berwirid. Perbanyakkan istighfar Dan memohon keampunan Allah S.W.T


Doa Selepas Solat Sunat Istikharah:

Doa Sunat Istikharah

"Ya Allah, aku memohon agar memilih mana yang baik menurut Engkau ya Allah.

Aku juga memohon diberikan kepastian dengan ketentuanMu dan aku memohon dengan kemurahanMu Tuhan yang Maha Agung.

Sesungguhnya Engkau Tuhan yang Berkuasa, sedangkan aku tidak tahu. Engkau Tuhan yang amat mengetahui segala sesuatu yang masih tersembunyi.

Ya Allah! Jika menurut pendapatMu urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi kebaikan bagiku untuk agamaku, kehidupanku, dan pekerjaanku, maka takdirkanlah ia bagiku dan berkatilah ia padaku.

Jika menurut pengetahuanMu bahawa urusan ini (sebutkan perkara tersebut) memberi keburukan bagiku untuk agamaku, kehidupanku dan pekerjaanku, maka ku mohon agar Engkau jauhkan ia daripadaku dan kurniakanlah bagiku hanya kebaikan di mana sahaja aku berada. Jadilah aku orang yang redha atas anugerahMu.”

Aamin!

Konklusi: 

Lakukanlah solat Sunat Istikharah sehingga mendapat jawapan yang diperlukan. Jika datang mimpi berterusan atau hati yang tenang dengan jawapan yang diberikan, maka itulah bantuan yang Allah berikan untuk kita meneruskan langkah kehidupan seterusnya. Semoga yang baik baik buat kita semua. Ketahuilah, Allah sediakan yang terbaik buat kita meskipun di awalnya kita merasakan perkara itu bukanlah yang terbaik tapi dengan ketentuanNya, itulah yang terbaik buat kita.  Semua bersebab Dan atas izinNya.  InshaAllah! 






Post a Comment

6 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .