Singgah Pantai Penyabong, Mersing

Singgah Pantai Penyabong, Mersing

Singgah Pantai Penyabong, Mersing || Haritu lepas balik Dari wedding kat Endau, Mersing, aku singgah Pantai Penyabong, Mersing sekejap. Ya, Pantai Penyabong antara pantai yang cantik Dan dekat dari tempat majlis tu.. Katanya adik pengantin lah. I pun try jela waze ke sini. 

Seumur hidup, tak pernah singgah Pantai Penyabong. Subhanallah! View kat sini memang cantik betullah ek. Baru baru ni viral ada jalan baru area sini tapi aku tak mencari Dan lalu sana. Just ikut jalan yang Waze bagi iaitu jalan yang memang biasa orang lain lalu, senang sikit. Tak meneroka sangat, setakat nak healing sekejapan. Ini one of cara untuk move on. Lakukan apa yang disukai iaitu melihat ciptaan Allah!

Pantai Penyabong

Done jejak ✅

Pantai Penyabong

Luas, cantik, Dan agak bersih Pantai Penyabong ni. Sukanya tengok view indah gini 😍 Rasa nak tatap lama lama. Buang kotak masalah atau keserabutan dalam Laut... Kan best!

Endau, Mersing

Healing....

Move On

Siap bawak buku... Ingat ada masa nak baca buku?? Hahaaha.. Niat je tapi selalunya tak kesampaian nak membaca buku di tepi pantai. Ada je aktiviti lain ui 😂 Kalau ke sini, aktiviti bergambar sudah pasti menjadi keutamaanku. Ambil gambar dan video buat pengubat rindu. Jauh jugak dari Pasir Gudang  ke Mersing! Makan masa hampir tiga jam ui.

Pantai Penyabong

Nak turun bawah tu pun boleh 😍

Pantai Penyabong

Satu gambar tuan blog sebagai kenangan. Actually banyak, tapi gambar ni je dia suka.. I love to be here, Pantai Penyabong. Korang kalau rasa nak Jalan jalan atau lalu berhampiran sini, jangan lupa singgah Pantai Penyabong, Mersing ye! Waze je..Nanti keluar tempatnya.. Moga selamat sampai untuk berkelah atau saja saja 'healing' macam aku. 





Notakaki: Masa update ni, tengah bercuti gi healing jugak 😁








Post a Comment

9 Comments

  1. Birunya air kat belakang tu. Tetiba rindu dengan pantai Tg Batu di hometown saya huhu...

    ReplyDelete
  2. Cantik!
    Nampak bersih sangat pantainya...

    ReplyDelete
  3. Kalau nak beriadah dan menginap ada banyak chalet kat sana

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. Takm... Bsru balik weeding..Masih kenyang time ni... HEHEHE

      Delete
  5. cantikkkk pantai dan lautnyaaa... hujung minggu mesti ramai orang kan kat sini

    ReplyDelete
  6. Air laut nan membiru!
    Langit pun biru!

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .