Tiga Cara Hidayah Menyapa Kita || Dalam kehidupan kita, petunjuk Dari Allah sentiasa kita harapkan. Bila hatinya dalam kebuntuan, susah hati, sedih, marah Dan macam macam lagi lah, kita digalakkan meminta padaNya agar ditunjukkan Jalan Dan dipermudahkan urusan ❤️ Namun begitu, ada masanya kita pun tak sedar yang kita memerlukan hidayah daripadaNya semasa kita cuba berbuat sesuka hati.
Seringkali jugak kita melihat di media sosial atau dalam kalangan kita yang perangainya tak semenggah atau diri sendiri perangai tak elok, kita mesti cakap..bila lah hidayah nak sampai kat ngko ek.. Hidayah bererti petunjuk..Bukan orang yang namanya Hidayah sampai 😂
Tiga Cara Hidayah Menyapa Kita:
1. Melalui Sesuatu yang Didengari dengan Telinganya.
2. Melalui Sesuatu yang Dilihat dengan Matanya
3. Melalui Sesuatu yang Difahami atau Terjentik dengan Hatinya.
Apa pun, semoga kita semua mendapat hidayah daripadaNya untuk teruskan kehidupan yang masih berbaki. InshaAllah. Sentiasalah beringat tiga cara hidayah menyapa kita ni okay 🩷
Notakaki: Aku memang tak baik tapi aku Cuba sampaikan yang baik baik. Cuba.
3 Comments
Semoga kita sentiasa mendapat hidayah-Nya
ReplyDeleteSelagi kita masih mau untuk memikirkan kebaikan, masih mau merasa simpati terhadap kesedihan orang lain, saya yakin masih ada hidayah untuk orang tersebut. Menyampaikan yg baik seperti ini pun, bisa jadi orang lain yg membaca jadi tersadar dari keburukan kak ❤️
ReplyDeleteMungkin sebab tu kita dianjurkan untuk saling mengingati sebab dengan cara tu hidayah akan sampai dekat seseorang.
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .