7 Cara Self-Healing, Point Nombor 6 Paling Disukai!

7 Cara Self-Healing, Point Nombor 6 Paling Disukai!

7 Cara Self-Healing, Point Nombor 6 Paling Disukai!|| Healing bererti Penyembuhan. Penyembuhan daripada sebuah kesakitan, kesedihan, kekecewaan mahupun tekanan. Selalu dengar perkataan 'Healing'.. Kan.. Ada orang snap gambo tepi laut, captionnya: Healing~ Lepastu ambil gambar makanan sedap-sedap.. Captionnya pun healing... Sesungguhnya, kehidupan kita tak pernah lari dari pelbagai ujian dan tekanan. Bila otak dah terbeban sangat dan emosi terlalu down, we need to go rest and healing. Terpulang lah sama ada nak pergi healing berama-ramai, berdua atau seorang diri asalkan mental kembali stabil. Untuk harini, Nona nak fokus kepada cara self-healing yang selalu dikongsi beberapa orang yang Nona kenal dan Nona pun try melakukannya sendiri. Selagi ia bermanfaat, kita share bersama.
Aktiviti Self-healing tidak semestinya memerlukan banyak tenaga atau kos yang tinggi cuma masa yang diutamakan. Ketepikan perkara lain dan ambil masa untuk lakukan self-healing terlebih dahulu sebelum meneruskan kehidupan. Ini penting untuk emosi, mental dan badan kita agar berada dalam keadaan stabil semula walaupun mungkin untuk seketika. Semakin kerap tekanan datang, i need to self-healing banyak kali tau!  Jangan tidak peduli dengan diri yang sedang beremosi dan tertekan. Jangan dibiarkan ianya berlarutan sampai merosak jiwa.

Cara Self-Healing

Cara Self-Healing Pertama: Bercakap dengan Diri Sendiri

Tanyakan pada diri sendiri, apa yang diinginkan dalam hati di lubuk yang paling dalam. Jujur kepada diri sendiri, dan jangan pendam keinginan kita. Ini hidup kita. Kita kena cuba selami hati sendiri dan berulang kali tanya, 'Apa aku nak sebenarnya'. ''Ini ke yang aku nak?' Ini ke pilihanku? Aku perlu buat apa yang bersesuaian keinginan aku? Ya, cuba jujur dan ikhlas dengan diri kita sendiri. Apa yang menyesakkan jiwa, luahkan dan bertanya diri sendiri. Jika perlu memandang diri pada cermin, lakukan. Berdiri depan cermin, dan bercakaplah jujur dengan kamu yang di dalam cermin tersebut.

Cara Self-Healing Kedua: Pejam Mata dan Tarik Turun Nafas (Berdamai dengan Keadaan)


Pejam Mata dan tarik turun nafas kita secara perlahan-lahan. Bila marah time berdiri, digalakkan untuk duduk, dan kalau marah sewaktu dalam keadaan duduk, kita digalakkan membaringkan diri. Pejamkan mata seketika, hembuskan nafas slow-slow dan bolehlah mulakan cara self-healing yang pertama tadi. Kita memang lelah dengan sesuatu keadaan tapi fikir semula, jika kita terus menyalahkan keadaan yang telah pun berlaku, apa kita akan dapat? Semua yang terjadi sudah pun terjadi Dan ditakdirkan. 

Iklan: Kalau ikut tips ni, Nona selalunya tertidur terus. Salah satu cara healing jugak 😂

Cara Self-Healing Ketiga: Melihat Kebesaran Pencipta


Banyak sangat kebesaran Dan kekuasaanNya yang jelas terlihat. Betul tak, ramai orang selalu ambil gambar atau video tentang kebesaranNya  dan kadang kadang post bersama caption 'healing'. Melihat laut yang luas, langit membiru, pokok pokok teguh berdiri, pasir pantai yang indah dan banyak lagi kebesaran Pencipta kita, ianya dapat membuatkan hati seseorang tu healing. Ya.. Apabila melihat kehebatan ciptaanNya yang sangat hebat, kita pasti akan kembali tenang dan sedar, kehidupan ini semua adalah milikNya dan kita hanya hambaNya yang perlu akur dengan rancangan Dia. Pasrah setelah berusaha sedaya mungkin untuk menjalani kehidupan. Teruslah memandang kebesaran Dan segala nikmat lain yang dikurniakan buat kita. 

Long Beach, Pulau Perhentian, Terengganu

View di Long Beach, Pulau Perhentian, Terengganu. Gambar haritu pergi bercuti. Subhanallah!

Cara Self Healing Ketempat: Bercuti Dan Berehat.


Menarik cara ni. Bagi melakukan aktiviti aktiviti yang disebut di atas, bolehlah sambung  melakukannya semasa percutian. Sebaiknya bercuti di tempat yang jauh sikit Dari tempat tinggal asal Dan tempat bekerja. Pilihlah destinasi menarik yang bersesuaian dengan jiwa masing masing. Ada orang suka tempat sunyi serta santai seperti kampung, pulau atau kawasan hutan Dan ada jugak yang suka kawasan yang meriah serta banyak hiburan. Tak kisahlah apa pun, yang penting, pergi bercuti, rehatkan otak Dan badan. 

Bercuti ke tempat tempat best atau tempat orang lain pun merupakan salah satu cara healing yang berkesan. Kita mungkin akan nampak sesuatu yang lain, benda baru atau unik yang memberi semangat serta panduan buat diri. Bak kata pepatah, jauh perjalanan, luas permandangan ✅  Namun begitu, kalau nak save budget, bolehlah duduk saja berehat di rumah tanpa membuat apa apa yang mendatangkan tekanan. Hanya makan, tidur, dan solat sampai healing ~

Iklan: Kalau nak gi healing naik kuda, bolehlah ke Pantai Klebang, Melaka


Cara Self Healing Kelima: Berselawat, Berzikir Dan Berdoa


Ini Dari sudut kerohanian. Bagi orang Islam, digalakkan perbanyakkan selawat Dan mengucap 'Astaghfirullah'. Teruskan sampai hati menjadi betul betul tenang semula. Ini diri kita. Berdoalah kepadaNya agar diberi ketenangan hati. Berbual dengan Pencipta. Saatnya kita memohon Dan merayu kepadaNya. 

Menangislah Dan luahkan apa yang terbuku di hati terutamanya selepas mendirikan solat. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar rintihan hati kita yang paling dalam. Kembali Sujud, kembali mengingatiNya. 

Cara Self-Healing Keenam: Menyanyi atau Membuat Pergerakan Aktif


Balik dari kerja, stress... Apa lagi, dalam kereta terus bukak radio, bernyanyilah lagu mengikut rentak irama yang kita sukai. Bukan untuk merosakkan jiwa tapi untuk menghiburkan hati yang lara. Terpulanglah sama ada mendengar lagu yang tenang seperti nasyid atau lagu slow rock, Balada, ataupun lagu rancak seperti lagu Dangdut Dan Hip Hop, asalkan kita rasa terhibur sekejap. Enjoy the music! Kadang kadang ada orang sampai pergi konsert hiburan sebab nak menikmati lagu tu bersama penyanyi kegemaran.

Selain tu, jikalau berrminat dengan aktiviti menari, berzumba atau Bersenam, dipersilakan lakukannya. Jogging satu Taman, Dan tengok alam persekitaran. Sambil tu lompat lompat, regangkan otot serta lenguh lenguh badan. Aktiviti hiking juga turut membantu sebab kita seperti seakan akan bersatu dengan alam flora Dan fauna. Bunyi kicauan burung dalam hutan tu menenangkan. Sihat mental dapat, fizikal pun turut sihat sekali 🍀

Cara Self-Healing Keenam: Makan Makanan Kegemaran Dan Beli Barang Favourite 


Benda paling senang adalah makan Dan shopping. Sebab semuanya di hujung jari. Beli atau Masak makanan kegemaran dan shopping barang favourite. Nikmatilah semua yang menjadi Hobi atau kesukaanmu untuk healing. Kita akan terasa, this is life... And kita masih ada benda lain yang perlu dinikmati. Bukan tekanan berpanjangan. Cukup makan Aiskrim sesimple tu and boleh menghealingkan. Ada orang nak makan banyak makanan favourite sebab terlalu stress. Boleh, cuma sehari tu jela.. Takut penyakit lain pulak datang. Shopping pun boleh melalui online atau window shopping. Hal ini seronok bila ada duit. Takda duit, boleh sambung murung nanti. Tapi takda masalah kalau setakat window shopping, saja nak tengok tengok untuk dapatkan semangat. 

Self-Healing

My favourite drinks ❤️

Cara Self-Healing Ketujuh: Menonton Movie Dan Membaca Buku


Berhenti memikirkan masalah seketika Dan stop melayan perasaan. Tonton movie yang banyak dipertontonkan di website website seperti Netflix, Viu Dan macam macam lagi. Fokus pada cerita yang ditonton. Hanya ada diri sendiri Dan movie itu sahaja tanpa gangguan lain. Itu pun boleh buat healing. Kalau rajin Dan berani, pergi me time ke panggung wayang. Seronok sebenarnya aktiviti Menonton ni. Ada satu vibes lain bila tengok sesuatu movie yang menarik. Pemikiran kita dah terlari Dan terfokus ke arah jalan cerita movie tersebut ✅

Selain itu, membaca buku pun dapat membantu dalam proses healing kerana ianya membawa kita ke sesuatu ilmu atau pengetahuan yang memberi banyak tauladan. Sebagai contoh, membaca buku inspirasi, ilmiah, kaunseling atau positive quotes, ianya cukup bermanfaat untuk minda Dan emosi kita agar kembali berada di tahap yang baik.

 
KONKLUSI

Healing kan diri sememangnya wajar dilaksanakan agar diri kekal stabil, mental Dan fizikal tetap sihat, semangat berterusan Dan jiwa terisi. Kita memang pasti akan penat diuji Dan diberi tekanan, tapi tidak boleh membiarkannya berlarutan sehingga membawa kepada kemudaratan terhadap diri sendiri. Berjuanglah demi kehidupan yang masih berbaki ini sampai betul betul ditarik nyawa. Laksanakan tanggungjawab yang Masih perlu dibuat. Ingat ni: Di sebalik kesusahan, pasti ada kesenangan. Di sebalik kesedihan, pasti ada kegembiraan. Di sebalik tekanan, pasti ada jalan mengurangkan serta mengatasinya. Buka hati, buka minda, then barulah feeling better ❤️

Jangan lupa tau.. Cuba lah buat salah satu daripada 7 Cara Healing, Point Nombor 6 Paling Disukai! Kan? Setuju tak? Angkat tangan! 💥 Korang pulak, apa cara healing yang korang selalu buat? Share ler! 



Notakaki: Sedang Plan untuk Pergi Healing

Post a Comment

11 Comments

  1. Eh Cuya prasan cara healing keenam ada dua point la.. ke typo? Hehe

    Tapi Cuya suka juga dengar muzik,
    Kadang2 Cuya tulis lirik sambil nyanyi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, memang letak dua point terus..Hahaa..Sebab pendek pendek je huraiannya..

      Wow..terror awak..siap tulis lirik.. Nice!

      Delete
  2. Cara ke-6 tu paling akak suka tapi paling bahaya utk diet! 😂 asben pulak suka cara yg ke-4 (suka pergi camping).

    ReplyDelete
  3. makan makanan sedap di cafe/resto yg cantik....rasa best jer..

    ReplyDelete
  4. cara healing Mrs. A simple aje menonton movie ke drama ke expecially Kdrama heheee...

    ReplyDelete
  5. Saya suka cakap dengan diri sendiri masa drive. Masa tu saya akan pertimbangkan apa2 yang perlu pertimbangan dalam buat keputusan. haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow! Time drive leh fokus ek 😃 Take care Kak.. Baguslah dapat buat pertimbangan yang sewajarnya time tu ❣️

      Delete
  6. Kalau Ustaz Abu Samad kata, healing ni untuk orang yang sakit jiwa hehehehe.. selagi kita solat, zikir dan buat ibadah, kita tak perlu healing.. katanyaaaa.. ada videonya di TT ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Baik Cikgu...Hahaa.. Ya..jiwa ni kadang tersakiti sis.. Dah berzikir..nak hiburan lain pulak..Haha... Emosi lebih

      Delete
  7. Kadang suka mengemas rumah juga...hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bagusnya! Mengemas pun boleh buat healing kan...lupakan gundah or masalah seketika ✅

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .