Makan Asam Pedas Ikan Patin Dan Mayong di Kedai Asam Pedas Ibu, Batu Pahat, Johor

Makan Asam Pedas Ikan Patin Dan Mayong di Kedai Asam Pedas Ibu, Batu Pahat, Johor

Makan Asam Pedas Ikan Patin Dan Mayong di Kedai Asam Pedas Ibu, Batu Pahat, Johor ||  Ini kisah sehari sebelum raya Aidiladha. Makan lunch dulu sebelum pulang ke kampung halaman. Tak nak susahkan nenek Masak bebanyak, kami makan luo lah dulu. Senang je cari kedai ni , boleh nampak Dari tepi jalan Dan lokasinya sama sehala jalan ke tempat yang kami ingin tuju. Terus jer park kereta Dan tengok semua lauk pauk yang disediakan. 

Makan dulu, bayar kemudian. Jadinya, lepas dah siap makan semua sampai kenyang, baru gi kaunter, cerita apa menu yang dimakan. Aku dengan emak je haritu. Mak pun amek Asam Pedas walaupun mak tak nak makan ikan tu sebab saiznya besar Dari yang selalu mak makan.. Takut tak habis.. Tapi mak lupa ker...anak dia ni ada untuk perhabis apa yang tak habis...Hahaa


Ikan Masak Asam Pedas

Asam Pedas Ikan Mayong

ASAM PEDAS IKAN MAYONG

Aku makan nihlah. Jarang makan Asam Pedas Ikan Mayong.

Asam Pedas Ikan Patin

ASAM PEDAS IKAN PATIN

Ini emak punya. Cukup makan saiz besar cenggitu ✅

Asam Pedas

Jemput makan! Nyum! Asam Pedasnya bagi aku.. Bolehlah..Nak cakap sedap sangat, rasanya pernah try yang lagi mantap. Pedasnya tak sangat, sesuai untuk semua orang makan... Masam masam takda..  tapi kuahnya pekat. Tetap licin aku makan 😅 Kicap pun disediakan kat situ kalau nak digaul bersama.

Telur mayong

Terselit telur Mayong sikit dalam Asam Pedas Ikan Mayong.. hehee.. Sedap!


Baru Pahat

Pelbagai Pilihan Menu Asam Pedas Dan jugak beberapa lauk lain seperti sayur kobis, taugeh Dan lelain. Kalau tak makan Asam Pedas, boleh lah makan menu lain yang ada kat sana. Jangan risau! Hehe.. 

Asam Pedas Ibu

Kerepek pun ada. Then dorang sediakan ruangan gula-gula Dan jajan free. Apa lagi, Nona mesti rembat lahh beberapa ketul 😂

Alhamdulillah, done try. Maklong aku yang pernah datang sini, siap sent gambar kat dalam group. Aku jadik teringin jugak nak mencubanya.. Hehe.. 

Kedai Asam Pedas Johor

Keadaan di dalam kedai ✅

Asam Pedas Ibu

Tu...Tepi jalan je dah nampak kedainya. Ramai jugak datang makan walaupun tak penuh meja orang duduk lagi time ni. Ok done makan, barulah pulang ke kampung untuk menyambut Hari Raya Aidiladha 🩷



Notakaki: Tak capai lagi tahap yang diinginkan untuk Julai ni 😅






Post a Comment

2 Comments

  1. jemput2 wahh kena nasi dgn asam pedas memang sedapp. la kan
    ciknur kalu ke Melaka wajib cari

    ReplyDelete
  2. Sedapnya asam pedas tu nona. Kuah pekat memikat. Kalau saya kena tukar ikan sebab tak makan patin.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .