Menunggang Kuda di Pantai Klebang, Melaka || Korang pernah pergi Pantai Klebang, Melaka tak? Salah satu pantai yang menjadi tarikan ramai kat Melaka ialah Pantai Klebang. Zaman study dulu, para student suka duduk melepak sini, kadang kadang sampai 2-3 pagi tau. Pantainya cantik tapi tak dibenarkan untuk bermandi manda ya. Just untuk tatapan mata Dan tempat merehatkan diri je. Masuk adalah Percuma.
Harini nak throwback sikit kisah bulan September 2022 tentang aku Dan emak berjalan jalan ke Melaka. Saja bonding time with my syurga iaitu my mom. Antara aktiviti percutian kat sana ialah menyinggah ke Pantai Klebang, Melaka. Tujuan sebenar ke sini ialah sebab teringin nak tunggang kuda Dan berjalan jalan dengannya kat tepi pantai tu! Hihi.. Serious, lama sangat mengidam ek! Mungkin sebab dulu pernah belajar ambil Diploma kat Melaka, tu terasa nak pergi lagi.
Aktiviti berkaitan kuda ni kebiasaannya dibuka pada hujung Minggu atau public day je.. Orang yang bertugas menjaga kuda tu bagitahu.. Aku pun baru tahu ye, mujurlah time aku pergi tu cuti Public , so kudanya ada kat situ lagi ✅

15 Comments
Banyaknya aktiviti dan meriah sungguh Pantai Kelebang ni ye ... Akk belum pernah sampai sini.
ReplyDeleteIye.. Try ler nanti...Meriah! Syok!
DeleteMeriahnya suasana di Pantai Klebang. Bestnya dapat naik kuda. Last sekali tunggang kuda masa join kelab ekuestrian di uni hehe.
ReplyDeleteMeriah! Meriah! Hehe..Ooo...Dah pernah lah tunggang eh... Bolehlah Cuba kat sini pulak..
DeletePernah ke Pantai Klebang tapi waktu malam, makan goreng-gorengan seafood.
ReplyDeleteTak berkesempatan lagi beraktiviti di sini.
Bestnya dapat naik kuda!
Ooo.. Nice makan makan ek..
DeleteHaaa..Boleh try nanti beraktiviti sini! 😍
ada bayaran kan..berapa? tak pernah naik..teringin nak naik tapi takott.
ReplyDeleteTak habis-habis ko dengan kuda ekkk hahahahaha
ReplyDeleteDuluuu kan memang tak habis habis. Haha.. Sekarang dah tak ngidam 😅
DeleteAkak ingat nak staycation ngan Dania kat Melaka la sebelum akak kawen...thanks Nona share entry ni...belh gak layan aktiviti ni nanti...asyik makannnnn je kan
ReplyDeleteGo Kak..go! Hehe..
DeleteYa, bolehlah beraktiviti camni ❤️
Hahaha..Makan itu perlu!
hari tu gi sana, Ian & Iris naik ATV.. suka diaorang.
ReplyDeleteIris mula2 nak naik kuda, but bila sampai dekat..dia takut plak
Pulak! ATV pun best kan 🤩
DeleteMeriahnya Pantai Klebang. Sejak pantai Klebang meriah dan jem sentiasa ramai orang, dah tak jejak sini dah. Suka pantai yang tenang tenang je. Tapi macam best pulak tarikan kat sini.
ReplyDeleteBanyak juga aktiviti yg boleh di buat di pantai klebang ni . Aihh teringin juga nak naik kuda tue . Next time kalau holiday sini nk cuba laaa
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .