Raikan Cinta dengan Pakej Lengkap Pertunangan Dan Pernikahan di GBW Hotel

Raikan Cinta dengan Pakej Lengkap Pertunangan Dan Pernikahan di GBW Hotel

Raikan Cinta dengan Pakej Lengkap Pertunangan Dan Pernikahan di GBW Hotel  || Majlis Pertunangan Dan Pernikahan merupakan salah satu majlis keraian yang cukup penting dan bermakna bagi pasangan pasangan bakal mempelai yang bakal bertunang serta berkahwin. Oleh sebab itu, persiapan lengkap harus dilakukan agar majlis berjalan dengan lancar serta teratur. Bagi korang yang berhasrat mengadakah majlis dalam suasana hotel, tempat yang selesa, mungkin jugak tak nak rumah bersepah-sepah atau bersesak-sesak, Dan tak nak terlalu pening kepala menguruskan majlis, entri perkongsian harini sesuai untuk kalian! Jom! Raikan cinta dengan Pakej Lengkap Pertunangan Dan Pernikahan di GBW Hotel! Pakej keraian yang disediakan boleh dikatakan cukup lengkap perkara basicnya mengikut apa yang diperlukan dalam sesebuah majlis. Buat perbincangan untuk  memastikan majlis impian terlaksana! Nak pelamin macam mana, make up macam mana, menu apa dan sebagainya! 

Kena survey awal-awal. Ya, aku suka singgah preview majlis keraian camni, saja lah survey.. Mana tahu tetiba jodoh datang, kita ajak kawen sini terus, ye tak 😂  Korang yang masih single atau mempunyai anak yang belum berkahwin dan bakal mendirikan rumah tangga, bolehlah tengok tengok pakej lengkap tunang dan pernikahan kat sini! Mudah Dan selesa!

Pakej Keraian

There are so many interested things with Majlis Keraian. Gembira menghadiri majlis keraian.


Pakej Lengkap Majlis Pertunangan Dan Perkahwinan

Murah tak murah? Serendah RM50 nett tuh dapat pelbagai kelebihan, then berkahwin atau bertunang dalam suasana hotel! Wow! Berpatutan harganya sekarang!

Pakej Lengkap Pertunangan Dan Pernikahan: RM4200 (Untuk minima 70 orang). Boleh dapat apa?

💌 Set Mini Pelamin Mewah berserta Dewan Berhawa Dingin
💌 Pelbagai Pilihan Jenis Makanan Melayu & Antarabangsa
💌 Tempat Letak Kereta Bertutup untuk Tetamu
💌 Set Lengkap Kerusi & Meja untuk Tetamu
💌 Meja Hantaran (Lelaki Dan Perempuan)
💌 Perkhidmatan Pelayan Disediakan 
💌 Set Meja Nikah berserta Hiasan. 
💌Dewan Makanan Berhawa Dingin
💌Aksesori & Dekorasi Dewan
💌 Meja Sambut Tetamu
💌 PA Sistem              

Pakej Perkahwinan RM50 nett (Minimum for 250 pax). Boleh dapat apa?

KELENGKAPAN MAJLIS:
  • Dewan dan Ruang Makan 
  • Pentas 16ft X 16ft (Stage Pelamin)
  • Pembesar Suara (Basic PA System)
  • Meja Tetamu ( Termasuk Sarung Meja & Sarung Kerusi)
  • 2 Meja VIP (Dome) un tuk 20 orang tetamu. TAMBAHAN RM100/MEJA
  • Meja Buffet
  • Meja Kek
  • Meja Hadiah

DEKORASI (HOTEL)
  • Hiasan Dekorasi
  • Dekorasi Bunga pada Pintu Gerbang Dewan
  • Pilihan Permaidani pada Laluan Masuk (biru/merah)
  • Enam Gubahan Bunga Sepanjang Laluan Masuk ke Pelamin

MEJA PENGANTIN
  • Meja mempelai dengan dekorasi (basic)
  • 2 Kerusi Mempelai
  • Sajian Set Istimewa dari GBW Hotel untuk Makan Beradab

KELENGKAPAN TAMBAHAN (HOTEL)
  • Penggunaan Bilik (Day use) untuk Pre-wed Photoshoot dan Penggunaan Sekitar Hotel
  • Pemberian Kek Buah atau Tiga Keping Coklat kepada Setiap Tetamu (Door Gift)
  • Doorgift Istimewa kepada VIP (20 PAX)
  • Tempat Letak Kereta Percuma untuk Pasangan Mempelai
  • Penginapan 3 Hari 2 Malam di 'Bridal Suite' dengan Sarapan Pagi & Makan Malam / Tengahari serta Sebakul Buah-buahan.
  • Percuma Satu Bilik 'Family Suite' untuk Persiapan Majlis Berlangsung.
  • Kadar Bilik Istimewa untuk Tempahan Bilik Tetamu
  • Kek Perkahwinan Lima Tingkat (Dummy Cake)
  • Pelanggan diberi Peluang untuk Mencuba Masakan Seramai Enam Orang selepas Pengesahan Tempahan & Pembayaran 50% Deposit dari Jumlah Keseluruhan.

*Pelayan Disediakan Sepanjang Majlis
         

Majlis Pernikahan

Set Mini Pelamin Mewah Dan Set Meja Nikah berserta Hiasan khusus buat para mempelai. Mini pelamin pun nampak cantik betul hiasannya, dan kelihatan mewah! Sambil melihat tok kadi bersalaman dengan pengantin lelaki, pengantin wanita pasti sedang berdebar debar menanti upacara akad nikah selesai depan mata sambil melirik ke arah bakal imamnya. Syahdu ya perasaan tu! Kita yang tengok pun sebak Dan Bersyukur ❤️

Majlis Perkahwinan

Sekali dengan Emcee ker? Ya! Kalau nak guna emcee luar pun takda masalah, kalau nak guna perkhidmatan emcee kat sini pun boleh.            

Pengantin

Senyuman kebahagiaan. Dua Jiwa Satu Hati.

Aku suka pepatah yang mengatakan: 
"Jika wanita menjadi tulang rusuk lelaki, manakala lelaki pula menjadi tulang belakang wanita. Complete each other"

MENU MENU YANG DISEDIAKAN

Pelbagai set menu yang boleh dipilih. Nak menu ala-ala kampung, atau mix dengan menu western? Pilih, pilih! Sewaktu kami datang preview tu, menu ala-ala kampung disajikan. Betul betul rasa macam pergi kenduri wedding kat kampung dengan tag nama menu bertemakan majlis perkahwinan. Menarik!

GBW Hotel

MENU A. Belum tengok menu B dan C lagi.
Kalau ikut tekak Nona, i suka makanan ala-ala kampung. Feel majlis kawen tu lebih terasa ler tapi apa pun, kita sebagai tetamu menikmati saja apa jua menu yang disajikan. Dah dijemput, semua aku telan dan nak cuba selalunya! Kalau ada 10 menu, semua kena try takut teringat ingat.. Haha.. 


MENU B 

Dalam set ni, makanan utama, jenis sup dan menu kat stall je yang berbeza. Lain-lain tetap sama seperti dalam MENU A:

💥 Roasted Chicken with Blackpepper Sauce
💥 Lamb Siew with Spring Vegetable
💥 Grilled Fish with Cream Capers Sauce
💥 Sherperd Pie
💥 Prawn Oats with Curry Leaf
💥 Grilled Butter Vegetable
💥 Steamed Rice

⏩ Sup: Cream of Wild Mushroom Soup (served with soft roll)
⏩ Stall: Pasta Bolognese Carbonara

MENU C

Dalam preview event haritu, antara menu yang kami cuba adalah dari MENU C seperti di bawah:

Kambing Masak Hitam

Terpaling favourite ✅ Kambing Masak Hitam Kompang Dipalu!

Masakan di atas antara menu yang paling digemari ramai. Maksu aku celebrate birthday lunch kat sini, dia pun reply story aku haritu, sedap katanya yang ni. Haa, memang sedap dan kena ada menu ni dalam majlis wedding nanti tau! Daging Kambing tu lembut, tak liat Dan rasa Masak Hitam tu mantap! 

Ayam Masak Merah

Menu Utama, Sup dan menu di stall dalam list MENU C:

💥 Nasi Putih dan Nasi Beriani Raja Sehari
💥 Ayam Masak Merah Kerisek Bunga Manggar
💥 Daging Beriani Silat Pulut
💥 Dalcha Daging Cekak Musang
💥 Sayur Goreng Jawa Walimatulurus

⏩ Sup: Sup Kambing Berempah
⏩ Stall: Laksa Johor with condiments



GBW HOTEL

Terdapat jugak gado-gado dengan kuah kacang, pulut serawa durian, dan beraneka jenis kuih, buah-buahan serta dessert yang enak belaka! Air minuman pun mestilah ada. Haritu minum Iced Mocha. Eh, sedap rupanya! 

Pakej Pertunangan Dan Pakej Perkahwinan

Pasangan mempelai mesti rambang mata nak pilih menu terbaik buat tetamu semua. Dan kalau nak tahu, terdapat juga Pakej Lengkap Aqiqah bermula dari harga RM3500 nett untuk 70 orang!

PAKEJ LENGKAP AQIQAH
  1. PA SISTEM
  2. MEJA SAMBUT TETAMU
  3. DEWAN MAKAN BERHJAWA DINGIN
  4. SET LENGKAP MEJA & KERUSI
  5. PELBAGAI JENIS PILIHAN MAKANAN: MELAYU & ANTARABANGSA
  6. TEMPAT LETAK KERETA BERTUTUP
  7. PERKHIDMATAN PELAYAN DISEDIAKAN

JDT BLOGGER

Hi Jodoh, saya kat sini 😁

DONE SHARING INFO. Pelbagai pakej berserta menu menarik yang disediakan khas untuk para mempelai, dan tetamu yang hadir. Bagus sebenarnya ambil pakej lengkap Pertunangan Dan Perkahwinan di GBW Hotel ni sebab ianya dapat memudahkan urusan, mengurangkan pening kepala, tidak terlalu memenatkan otak dan badan serta berbaloi baloi harga dengan apa jua perkhidmatan yang ditawarkan kat sini.  Apa yang pasti, kepuasan dan keselesaan mempelai merupakan perkara penting yang dititikberatkan dan diambil peduli pihak hotel.

So, apa lagi para mempelai? Pilih lah GBW Hotel untuk majlis keraian anda yang bakal tiba! Bile tu? Tahun ni? Or tahun depan? Hehe.. Rebut offer selagi masih ada ❤️


⏩ Untuk sebarang tempahan atau pertanyaan berkenaan pakej pakej lain yang ada, atau procedure macam mana, bolehlah contact:

ENCIK SYAHMI: +60167100048
PN URFA: +60167100073

Lokasi GBW Hotel: 9R, Jalan Bukit Meldrum, Tanjung Puteri, 80300 Johor Bahru, Johor.

Waze je, pasti jumpa, selagi dalam Johor ye.. 




Notakaki: Awak, nak kahwin! 😆











Post a Comment

0 Comments