Santai Santai Makan Pirate Seafood Buffet Dinner di Legoland Hotel, Johor || Hai korang! How's your week? Nona tengah berdebar sebab ada audit kat tempat kerja minggu ni. Tapi makan tetap makan! Hehe.. Harini Nona nak ajak korang cuba santai santai makan Pirate Seafood Buffet Dinner di Legoland Hotel, Johor ni!!! Ini kali kedua datang tapi sebelum ni lain temanya. Kalini lebih banyak seafood! Betul betul banyak woo! 😃 Korang pernah pergi Legoland? Mungkin ada yang pernah singgah Taman Tema Air atau tempat permainan outdoor sini. Selalu makan kat kedai makan berhampiran kan.. Apa kata cuba pulak makan kat dalam hotelnya. Dapat merasa vibe hotel walaupun mungkin tak stay tidur kat hotel ni.. Tapi makan buffet la.. Start Dari jam 6PM-10PM pada setiap hari Jumaat Dan Sabtu sahaja ada buffet ni. Ops, boleh ker makan kat Restoran dalam hotel Legoland kalau tak tidur situ?? Hehe..jawapannya: Of course boleh! 😃
Seafood dimasak dengan pelbagai masakan, ada yang dimasak asam pedas, sambal, salted egg, dibakar Dan banyak lagi lah. Meriah jugak masa aku datang tu.. Ternampak ada orang celebrate birthday anaknya kat sini.. Nampak ceria betul budak tuh tengok semua orang nyanyikan untuknya! Happy ler sambut birthday, kat Legoland pulak tuh! Huhu.. Jom tengok apa aku makan haritu Dan apa lagi yang ada!

We have a lot of seafood choice for you to enjoy!
5 Comments
Orang yang suka makanan laut berbaloi datang sini.
ReplyDeleteYesszaaa.. Setuju!!!
DeleteRamainya makanan
ReplyDeleteMacam mana nak pilih
Hehe..Makan sesikit dulu....Ikut tekak..
DeleteMenu bakar-bakar tu saya suka. Lain macam masakan ketam ni. ketam kot kan, masak apa pun sodap!
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .