Beli Dan Makan Apa Di Majestic Johor Festival (MJF) 2023

Beli Dan Makan Apa Di Majestic Johor Festival (MJF) 2023

Beli Dan Makan Apa Di Majestic Johor Festival (MJF) 2023 || Kembali ke ruangan show off. Ehh..  😂 Ada lah sebabnya aku tulis entri harini. Sekarang sedang hangat berlangsung Majestic Johor Festival (MJF) sehingga 3 September nanti. Malamni ada pertunjukan Bunga Api katanya. Confirm meriah betul! Haritu aku dah jejak kaki ke sini bersama emak. Tak macam last year, agak jauh lagi kedudukan parking. Kalau malas nak menapak, boleh naik shuttle bas yang disediakan kat sana. Ada tiga ruangan untuk kita round round kat festival ni. Pertama, booth berkaitan agensi kerajaan. Kedua, indoor booth. Dalamni ada pelbagai Jualan makanan serta barang barang lain seperti girdle (Ifa Raziah), Hygiene Wash (Reen Rahim), kedai Che Ta, Dan lain lain. Ketiga, booth Jualan di bahagian luar. Jom tengok aku beli Dan makan apa di Majestic Johor Festival 2023 baru baru ni. 

Bagi yang mengikuti perkembanganku di Instagram Dan Facebook, mesti ramai perasan, aku ada update sikitlah artis siapa aku jumpa kat sana. Bukanlah teruja sangat jumpa retis, saja nak tengok depan depan manusia yang bernama 'artis' ni.. Haha.. How their reaksi with kita kita ni...kan.

Makan Dan Beli Apa Di Majestic Johor Festival (MJF)


Majestic Johor Festival

Aku beli Cookies Che Ta, Ayam Susu Thai, Roti Wap Meleleh Dan Sambal Pepper Che Nor.

Cookies Rozita Che Wan

Cookies Rozita Che Wan


Ini rupa bentuk cookies Che Ta berharga RM25. Cepat je habis. Not bad, tidaklah terlalu Manis bagiku. Macam beli cookies raya jugak la..hehe.. 

Ayam Susu Thai

 Boleh tahan harganya. Disebabkan favorite, aku beli lah seketul buat rasa rasa. First time makan masa Festival Makanan Thai tahun ni. Tuh terjatuh cinta terus! 

Sambal Pepper Che Nor

Pelbagai jenis sambal, Dan serunding dijual. Mak aku cari acar buah tapi dah sold out haritu. Maka aku try sambal pepper. Kat sana disediakan banyak tester. Makan item yang dijual bersama sama Bubur dalam cawan kecil yang disediakan. Ui, mantap!! Ada satu jenis sambal sedap tu namanya sambal Garlic. Shedapnya! Tapi last last beli papper sebab harga down sikit compare lagi satu sambal tuh 😂 Yang penting, pedas bukan main main. Berangin mulut! Haha.. 

Roti Wap Meleleh

First time try walaupun dah berkali kali nampak ada orang makan. Oh camni rupanya ye. Macam mampat nau roti tu kurasakan.. Lembut tuh tetap ada lah, namanya di steam.. Kan.. To me ok la..takda rasa nak lagi Dan lagi..hehe..

Next, cari makanan untuk dinner terus 😂 Senang kan.. So inilah dia, siap bergambar sekali ngan chef Faez!

Kebab (Lamb) Chef Faez


Chef Faez

Habibi! Hahaa.. Masa rekod video, Chef Faez sebut habibi! 

Lamb Kebab

Kejadiannya Gini. Bukan seperti kebab selalu yang kita Cuba tuh. Ianya berbentuk memanjang gitu! Woww! Tak sesia bayar RM12. Sedap! Itu dikira harga diskaun tau! Haha.. Gambar diambil setelah pulang untuk dinner kat rumah.  

Dessert takda ke?? Ui.. Of course ada!!

Aiskrim Gula Apong

Aiskrim sebagai pemanis mulut ✅

Aiskrim Gula Apong

Ini jumpa kat kedai retis Acong Sweetchild. Yang kenal tu kenallah...Hehe.. Sedap lah Aiskrim gula Apong, Sarawak nih! Love betul! Topping tu semua free je sekali dengan Aiskrim, RM6 ✅ Mujur takda add on nak topping lelain selain coklat tu.. Haha.. Kalau nak dalam cawan besar- sikit, siap ada Kit Kat, lain pulak lah harganya yer.. 

Overall, rambang mata aku bila datang ke sini. Bila banyak pulak masa untuk round round, lagi bernafsu aku nak makan itu ini. Hahahaa.. Tapi mana yang aku dah pernah try biasanya aku tak try lagi melainkan dah teringin sangat. Hihi.. 

Majestic Festival Johor



Majestic Festival Johor

Macam macam ada! Harga pulak standard lah zaman 2023 punya harga! 😁

Lokasi Majestic Festival Johor 2023


 Korang type Hote Jen. Nanti sampai di kawasan sekitar tuh. Betul betul bersebelahan Hotel Jen. 

Apa lagi, Jemputlahh terjah!!!! Aktiviti apa lagi Di Majestic Johor Festival 2023, jemput baca entri sebelumni. 













Post a Comment

7 Comments

  1. Macam-macam beli.
    Roti wap memang berwarna-warni ya? Pertama kali dengar.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha..Sesekali...nak try je... Entah, nampak kat sini colourful..Kalau yg putih biasa tu..dengan sangkaya..kan..

      Delete
  2. Salam merdeka nona 🇲🇾 Semua makanan nampak sedap. Ayam susu Thai tu tak pernah cuba lagi. Kiteorang dah pernah jumpa Chef Faez di restoran dia kat KL ni. Peramah orangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Merdeka! Hehee..Sedap..Saya suka Ayam Susu tuh! Ooo..pernah gi eh...One day nak ke sana lah 🤩

      Delete
  3. ice cream gula apong mmg terbaik. selalu makan

    ReplyDelete
  4. Confirm saya kalau datang ke event macam ni, dah pasti kalap nak beli segala macam kak 🤣🤣🤣. Lapar mata sahaja. Tapi happy kan kalau lihat aneka jajan macam ni 😄.

    Es krim gula apong saya pernah coba. Memang sedaap 👍.

    ReplyDelete
  5. Bab roti wap tu setuju, tekstur dia agak mampat. tapi saya suka isi savoury berbanding manis macam sambal bilis dan rendang ayam hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .