Bershell Out di Allee Rakit Homestay, Kong Kong || Pernah makan shell out? Seronok jugak sesekali makan style gini. All seafood dibentangkan di atas meja.. Nampak meriah semua udang, Sotong Dan macam macam atas tu. Hehe.. Harini Nona nak throwback pengalaman Nona bershell out di Allee Rakit Homestay, Kong Kong, Masai bersama member. Ya, ini merupakan kali pertama Nona bershell out kat kedai makan 😃 Kebiasaannya makan seafood bebanyak yang ada dalam Buffet menu je.
Allee Rakit Homestay, Kong Kong merupakan salah sebuah chalet yang sesuai untuk dijadikan tempat bercuti atau memancing. Lokasinya berdekatan kawasan kedai kedai makan Kong Kong, Pasir Gudang, Johor. Cuma agak terasing sikit daripada kedai lain sebab di tengah tengah laut. Perlu merentas menggunakan bot! Di dalamnya ada Cafe shell out di mana mereka menyediakan menu shell out khusus buat para pengunjung sama ada yang menginap di situ atau datang hanya dine in untuk makan shell out sahaja.
View Senja di Allee Rakit Homestay
Cantik! Kan! View di senja hari.
Kami naik bot tuhlah 😃 Sebelah sana boleh nampak kedai makan yang lain. Tak jauh mana pun.. Dalam seminit Dua je dah sampai.
Jom layan gambar memori!
Allee's Signature Shell Out
Zoom In.
Review Lepas Makan
Nice, berasa kuah Dan seafoodnya. Not bad lah... Cuma kuahnya agak masin bagi aku tapi kawan kawan cakap sedap pada tekak dorang. Cukup makan untuk Lima orang. Nasi diberi dalam mangkuk bersaiz kecil gitu.
Harganya macam pricey berbanding tempat lain tapi kena tengok jugak, kedudukannya di tengah laut, bukan di tepi laut. Gituh.. View tu mahal dengan tempatnya yang selesa, lapang Dan banyak kemudahan lain.
Bergambar kenangan ✅
Belakang tu adalah bilik yang ada dalam chalet Allee Kong Kong ni tau. Baca kat Facebook Allee Rakit Homestay, terdapat 14 unit bilik kat sini!!! Enjoy jugak bila bangun je dari tidur, terus nampak laut?! Nice bukan! Hehe...
Lagi tempat nak berOOTD. Ada jugak pool kecik dalamni ye. Seronok lah kalau bercuti ke sini. Pelbagai kemudahan disediakan untuk sesiapa yang inginkan percutian ke sini. One day boleh try lah 🤩 Masa kami datang, takda orang langsung yang datang makan. Hanya kami sahaja. Tenang Dan agak sunyi jugak terasa. Sebab kami datang time senja... 😁
Menu di Allee Rakit Homestay
Kemudahan yang disediakan
- Surau
- Cafe
- Tempat barbeque
- Tempat karaoke
- Swimming Pool FREE
- Indoors Game FREE
- Bot pergi dan balik
Pool 🤩
Standby joran! Sesuai sangat dijadikan tempat memancing. Banyak hasilnya bila memancing kat sini! Tengok je
Facebook Allee Rakit Homestay ni.. Hehe..
Aktiviti Yang Boleh Dilakukan
- Memancing
- Menginap
- Bakar Barbeque
- Bercuti
- Dine In Makan Shell Out
- Karaoke
Hubungi Lanjut
📞 www.wasap.my/60197908589
Lokasi Allee Rakit Homestay
📍NO 1106.(NO TIANG KKL 43, 2, Kampung Kong Kong, 81750 Masai, Johor
14 Comments
Unik tengah laut. Cuma kalau yang hendak pergi kena tahan mabuk laut naik bot.
ReplyDeleteOk, Nona dah update semua. Tak sempat mabuk dah sampai sebenarnya...Tak jauh sangat...dalam Dua-tiga minit boleh sampai dah..hehe.. Memang unik! ,😃
DeleteIngatkan kat Hong Kong tadi. Pekat nampak kuah shellout tu. Ada banyak ke chaletnya?
ReplyDeleteHahaa..Kong Kong... pekat kuahnya..likat .. Ya..banyak jugak chaletnya
Delete😍😍😍😍 Pengan nak kesanaaaa 😄👍. Lihat seafood dan saus nya yg pekat, dah rasa memang sedap lah nih 👍🤤. Sedikit Masin tapi kalo dimakan dengan nasi, jadi balance kan kak...
ReplyDeleteTak apa kalo sedikit mahal, Krn saya lihat memang tempatnya bagus 👍
Silakan..Haha.. Ye..campur nasi..jadi better la rasanya..Nyaman!
DeleteYe, tempat bagus! 😃😃😃❤️ Suggested...
Ok, masuk wish list tempat ni. Mana tau ada rezeki bermalam di chalet ni aamin 🤲
ReplyDeleteHehe..Masuk, masuk list...Aamin.. InshaAllah...ada Rezeki Puan Hazel bermalam di sini... inshaAllah 🩷
DeleteAku lama teringin nak stay semalam dua dekat sini tapi belum ada rezeki lagi. Seronok tuu tengok gambar2 kau share
ReplyDeleteSila ler... Nanti boleh review...Kalau ko stay sana..rogerr..hehee..
Deletealaa jauh laa pulaa.... kalau dekat boleh bawa family bershell out ;-) view mmg cantik...
ReplyDeleteKan.
DeleteMemang cantik view...Enjoy
Ini kena simpan dalam 'poket' en. Hubby, mana tau kot2 tersinggah kat situ nanti.. hehehe..
ReplyDeleteHahaa..Kan! Simpan dalam poket Tau!
DeleteInshaAllah...terrrsinggah pun Bolehh 😄
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .