Cara Solat Jamak Dan Qasar Yang Betul

Cara Solat Jamak Dan Qasar Yang Betul

Cara Solat Jamak Dan Qasar Yang Betul ||  Solat Jamak Dan Qasar merupakan Salah satu keringanan yang diberikan Allah S.W.T dalam amalan kehidupan seharian kita agar tetap menunaikan solat Fardhu walau di mana pun kita berada Dan ini juga memudahkan kita. Sebagai contoh, menggabungkan solat Zuhur pada waktu Asar, Maka kita tak perlu rushing untuk menunaikan solat Zuhur pada waktu Zuhur. Namun begitu, terdapat syarat Dan cara solat Jamak Dan Qasar yang betul serta lengkap. Tidak boleh dibuat sesuka hati, ada caranya.

Maksud Solat Jamak

Solat jamak bermaksud mengumpulkan dua solat dalam satu waktu. Sebagai contoh, mengumpulkan solat zohor dengan asar atau sebaliknya. Solat ini terbahagi kepada dua iaitu jamak takdim dan jamak takhir. 

Maksud Solat Qasar

Solat qasar pula bererti memendekkan solat daripada empat rakaat kepada dua rakaat. Hanya solat zohor, asar dan isyak sahaja yang boleh dipendekkan menjadi dua rakaat Jangan dipendekkan solat Maghrib yer.. 😅

Solat Jamak

Gambar via Google

Sebab Sebab yang dibolehkan Solat Jamak Qasar Mengikut Mazhab Syafie

1. Ittifaq

Ertinya pelaksanaan haji. Dibenarkan jamak sewaktu menunaikan haji di Arafah dan Muzdalifah.

2. Musafir (Mengikut had jarak yang dibenarkan)

3. Ketika Hujan Terlalu Lebat

Hujan lebat macam mana? Hujan lebat yang teramat sehingga menyukarkan pergerakan tersangat sangat. Tapi hanya dibenarkan solat jamak takdim dan di masjid sahaja.

4. Keuzuran

Bukan bererti datang haid. Tapi keadaan seperti doktor yang sedang mengoperate pesakit dan operation time tu memakan masa yang agak lama sampai melewati waktu solat, itu dibenarkan.

Ada lagi satu tapi itu menurut pandangan Imam Nawawi.

Sumber Info: Facebook 

Syarat-Syarat Musafir Yang Dibolehkan Solat Jamak Dan Qasar

⏩ Destinasi yang dituju atau jarak perjalanan ke destinasi adalah melebihi ukuran dua marhalah. TERKINI : Fatwa terkini Negeri Johor berkenaan ukuran dua marhalah ialah : 81 km 

(al-Bujairimi 90km)

⏩ Mengetahui destinasi yang dituju bertujuan untuk perkara yang baik baik seperti menziarahi saudara mara, melawat orang sakit, dan bukan untuk tujuan maksiat

Syarat-Syarat Solat Qasar

⏩ Seharusnya melepasi sempadan kawasan tempat tinggal sehingga 2 Marhalah.

⏩ Masih dalam keadaan musafir ketika mengerjakan Solat Qasar

⏩ Hendaklah solat fardu yang empat rakaat

⏩ Berniat qasar ketika takbiratulihram

⏩ Tidak berniat atau merancang untuk bermukim melebihi 4 hari (tidak termasuk perjalanan pergi dan balik).

 ✅ Tempoh boleh qasar & jamak untuk musafir ialah tiga hari, tiga malam, tidak termasuk hari datang dan pulang. Sekiranya berniat untuk tinggal di satu tempat Selama empat hari berturut turut atau lebih, Maka tidak boleh qasar & jamak ketika sampai di tempat itu kerana dikira bermukim.

✅ Dalam perjalanan sebelum sampai destinasi, boleh jika tidak berimamkan imam yang solat tamam (sempurna) rakaatnya

Jenis Solat Jamak 

1. Solat jamak taqdim 

2. Solat jamak jamak takhir


Maksud Jamak Takdim

Menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu pertama (Solat Fardhu Zuhur dan Maghrib)

Maksud Jamak Takhir

Menghimpunkan dua solat fardhu dalam waktu solat kedua (Solat Fardhu Asar dan Isyak)

Cara Solat Jamak Dan Qasar pada Waktu Pertama (Waktu Zuhur) - Jamak Takdim

✅ Menghimpunkan dua solat Fardhu dalam waktu pertama. 

✅ Memendekkan solat Zuhur Dan Asar daripada empat rakaat menjadi dua rakaat sahaja kerana telah berniat Qasar.

1. Membaca niat.

🌟 Niat Solat Jamak Takdim Dan Qasar pada Waktu Zuhur (Gabung Zuhur dan Asar)

Niat pada dua rakaat pertama: 

Sahaja aku solat fardhu Zohor dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Asar tunai kerana Allah SWT.

2. Membaca Al Fatihah Dan surau lazim yang lain.

3. Selepas memberi Salam pada rakaat kedua, bangun Dan berniat untuk dua lagi rakaat seterusnya. Niat pada dua rakaat seterusnya:

Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Zohor tunai kerana Allah SWT.

Note: Dalam niat solat ni, dahulukan menyebut perkataan solat Zuhur terlebih dahulu, barulah digabungkan dengan Asar.


Cara Solat Jamak Dan Qasar pada Waktu Pertama (Waktu Maghrib) - Jamak Takdim

✅ Menghimpunkan dua solat Fardhu dalam waktu pertama ( Lafaz niat haruslah menyebut solat Maghrib dahulu, baru Isyak)

❌ Tidak boleh memendekkan tiga rakaat solat Maghrib 

✅ Memendekkan Isyak empat rakaat kepada Dua rakaat.

✅ Dalam niat solat pertama (sewaktu Maghrib dihimpunkam Isyak), hanya ada perkataan Jamak Takdim tiada perkataan Qasar kerana Maghrib tetap tiga rakaat (Tidak dipendekkan)

✅ Sewaktu berniat untuk solat gabungan Isyak Dan Maghrib, barulah ada sebutan perkataan Jamak Takdim Dan Qasar. 

1. Membaca niat.

🌟 Niat Solat Jamak Takdim Dan Qasar pada Waktu Maghrib (Gabung Maghrib Dan Isyak)

Niat pada tiga rakaat pertama:

Sahaja aku solat fardhu Maghrib tiga rakaat dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah SWT.

2. Membaca Al Fatihah Dan surau lazim yang lain.

3. Selepas memberi Salam pada rakaat kedua, bangun Dan berniat untuk dua lagi rakaat seterusnya. Niat pada dua rakaat seterusnya:

Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Maghrib tunai kerana Allah SWT.

Nota: Dalam niat solat, perkataan solat Maghrib disebut terlebih dahulu, barulah digabungkan dengan Isyak pada rakaat pertama.


Cara Solat Jamak Dan Qasar pada Waktu Kedua (Waktu Asar) - Jamak Takhir

✅ Menghimpunkan dua solat Fardhu dalam waktu kedua. 

✅ Memendekkan solat Zuhur Dan Asar daripada empat rakaat menjadi dua rakaat sahaja kerana telah berlafaz niat bersama solat Qasar.

1. Membaca Niat

🌟 Niat Solat Jamak Takhir Dan Qasar pada Waktu Asar (Gabung Zuhur Dan Asar)

Sahaja aku solat fardhu Asar dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Zuhur tunai kerana Allah SWT.


2. Membaca Al Fatihah Dan surau lazim yang lain.

3. Selepas memberi Salam pada rakaat kedua, bangun Dan berniat untuk Dua lagi rakaat solat Zuhur seterusnya. 

Sahaja aku solat fardhu Zuhur dua rakaat jamak takhir kerana Allah Taala

Nota: Dalam niat solat, dahulukan menyebut perkataan solat Asar terlebih dahulu, barulah digabungkan dengan Zuhur pada rakaat pertama.


Cara Solat Jamak Dan Qasar pada Waktu Kedua (Waktu Isyak) - Jamak Takhir

✅ Menghimpunkan dua solat Fardhu dalam waktu kedua ( Lafaz niat menyebut solat Isya' terlebih dahulu, baru disusuli Maghrib)

❌ Tidak boleh memendekkan tiga rakaat solat Maghrib 

✅ Memendekkan Isyak empat rakaat kepada Dua rakaat.

✅ Sewaktu berniat mendirikan solat Maghrib bersama Isyak, hanya ada perkataan Jamak Takhir tiada perkataan Qasar kerana Maghrib tetap tiga rakaat (Tidak dipendekkan) tapi sewaktu solat Isyak dihimpunkan bersama Maghrib, perkataan Qasar digunakan.

1. Membaca Niat

🌟 Niat pada dua rakaat yang pertama:

Sahaja aku solat fardhu Isyak dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Maghrib tunai kerana Allah SWT.

2. Membaca Al Fatihah Dan surau lazim yang lain.

3. Selepas memberi Salam pada rakaat kedua, bangun Dan berniat untuk tiga lagi rakaat seterusnya. Niat pada tiga rakaat seterusnya:

Sahaja aku solat fardhu Maghrib dua rakaat dipendekkan dan dihimpunkan kepadanya Isyak tunai kerana Allah SWT.

Nota: Dalam niat solat, perkataan solat Isyak disebut terlebih dahulu, barulah digabungkan dengan Maghrib pada rakaat pertama.

LEBIH AFDHAL

⏩ Sewaktu menghimpunkan solat Zohor dan Asar, dirikan solat jamak dalam waktu Zuhur. Ia lebih elok untuk melakukan solat pada waktu pertama dahulu (Zohor atau Maghrib) kemudian diikuti oleh Solat Waktu kedua (Asar atau Isya’). Selepas salam solat pertama, sunat melafazkan iqamah dan kemudian dirikan solat yang kedua pula. 

⏩ Tidak menjarakkan antara rakaat dengan rakaat selepas memberi Salam. Contoh: Selesai menunaikan Dua rakaat Solat jamak Takdim Zuhur Dan Asar, kemudian terus berdiri menunaikan Jamak Asar Dan Zuhur. Begitulah.


Hikmah Mengamalkan Cara Solat Jamak Dan Qasar yang Betul

1. Agar sah solat yang didirikan

2. Mendapat kebaikan Dan pahala tidak meninggalkan solat Fardhu

3. Menjadi lebih yakin untuk berkongsi ilmu mengenainya.

4. Menikmati keringanan dalam amalan wajib

5. Sentiasa merasai kewujudan Dan kebesaranNya.

Kesimpulan

Kita perlu mengetahui Dan memahami cara Solat Jamak Dan Qasar yang betul agar memudahkan kehidupan kita kelak. Boleh jadi berdosa jika melakukan solat Qasar Dan Jamak secara suka hati tanpa tujuan yang dibenarkan. Semoga perkongsian kalini bermanfaat. Yang mana tidak pernah melaksanakan solat jamak Dan Qasar, bolehlah mencubanya atau jika ada yang rasa rasanya macam tersalah step selama ni, boleh ler diperbaiki ya! Selamat Menjamakkan Dan Mengqasarkan Solat!


Post a Comment

3 Comments

  1. jarang jarang jamak, sbb surau banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ooo...Ok ...Sy suka time raya.. Balik rumah nenek Atok, mesti Jamak..hehehe

      Delete
  2. sering jugak wak solat qasar jamak kalo balik dari PJJ ., hehe

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .