Lirik Lagu Menanti di Alam Barzakh Nyanyian Far East

Lirik Lagu Menanti di Alam Barzakh Nyanyian Far East

Lirik Lagu Menanti di Alam Barzakh Nyanyian Far East || Lagu nasyid yang sering menjadi halwa telinga semasa zaman persekolahan aku dulu time Cikgu tayangkan pasal Hal ehwal kematian. Siapa pernah dengar? Melodinya Merdu Dan liriknya sungguh menyayat hati. Bila mana seseorang dah mati, tapi meminta untuk dihidupkan semula.. Allahu.  

Baru baru ni join training kat Balai Bomba. Abang Bomba beritahu tentang empat alam yang manusia lalui sepanjang kehidupannya sama ada pendek atau panjang iaitu: Alam Rahim, Dunia, Barzakh Dan Akhirat. Ok, jomlah sama sama dengar Dan nyanyikan lagu ni untuk terus menjadi peringatan. Lagu lama tapi tetap segar di ingatan.


Tajuk Lagu: Menanti di Alam Barzakh

Penyanyi: Far East


⏩ Ku merintih

Aku menangis

Ku meratap

Aku mengharap

Ku meminta

Dihidupkan semula


😪 Agar dapat kembali

Ke dunia nyata

Perjalanan rohku

Melengkapi sebuah kembara

Singgah di rahim bonda

Sebelum menjejak ke dunia

Menanti di barzakh


⏩ Sebelum berangkat ke mahsyar

Diperhitung amalan

Penentu syurga atau sebaliknya

Tanah yang basah berwarna merah

Semerah mawar dan juga rindu

Tujuh langkah pun baru berlalu

Seusai talkin' bernada syahdu


❤️ Tenang dan damai di pusaraku

Nisan batu menjadi tugu

Namun tak siapa pun tahu

Resah penantianku


😪 Terbangkitnya aku dari sebuah kematian

Seakan ku dengari

Tangis mereka yang ku tinggalkan

Kehidupan di sini

Bukan satu khayalan


⏩ Tetapi ia sebenar kejadian

Kehidupan di sini

Bukan satu khayalan

Tetapi ia sebenar kejadian


😪 Kembali oh kembali

Kembalilah ke dalam diri

Sendirian sendiri

Sendiri bertemankan sepi

Hanya kain putih

Yang membaluti tubuhku

Terbujur dan kaku

Jasad di dalam keranda kayu


⏩ Ajal yang datang dimuka pintu

Tiada siapa yang memberitahu

Tiada siapa pun dapat hindari

Tiada siapa yang terkecuali


😪 Lemah jemari nafas terhenti

Tidak tergambar sakitnya mati

Cukup sekali tak sanggup

Untukku mengulangi


⏩ Jantung berdegup kencang

Menantikan malaikat datang

Menggigil ketakutan

Gelap pekat di pandangan

Selama ini diceritakan

Kini aku merasakan

Di alam barzakh jasad dikebumikan


😪 Selama ini diceritakan

Kini aku merasakan

Di alam barzakh jasad dikebumikan


⏩ Ku merintih

Aku menangis

Ku meratap

Aku mengharap

Ku meminta

Dihidupkan semula

Agar dapat kembali

Ke dunia nyata



Menggigil bulu romaku mendengarnya.


Post a Comment

4 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .