Nikmati Menu All-Day Ala-Carte Muara Steamboat & Grill, Senibong Cove || Steamboat and grill antara menu menarik yang sering menjadi kegemaran ramai. Sambil Masak sendiri makanan, sambil berbual dengan member semeja. Aku dah pernah mencuba menu Steamboat & Grill kat sini, memang premium steamboatnya Dan halal. Tapi sementara menunggu bahan lain dimasak, bolehlah order menu ala carte yang ada.. Kan.. Harini aku nak share, lepasni korang boleh nikmati menu All-Day ala-carte Muara Steamboat & Grill, Senibong Cove yang terkini Dan special. View dekat sini paling aku suka, nak OOTD pun nice!
Yaaa! Muara Steamboat & Grill kini didatangkan dengan menu All Day Ala-Carte sempena meraikan bulan Hari Kemerdekaan tidak lama lagi!! Next time, kalau datang makan kat sini, bukan setakat hidangan Steamboat & Grill semata mata je yang ada, masakan lain seperti masakan Melayu, masakan Thai, juga Indonesian pun ada. For kids? Of course ada menu khusus bagi kanak-kanak kat sini. So orang dewasa, and kids pun boleh makan sini sampai kekenyangan! Pelbagai pilihan dengan harga yang berpatutan dan semestinya HALAL! Tak perlu risau tentang status halal kat sini ye.. And aku suka sebab tak peru gelisah kalau terlajak time makan, ada ruangan solat disediakan kat sini tau!
Antara menu yang yang dihidangkan:
💥 Sambal Sotong Besar
💥 Ikan Kukus Limau aka Siakap Stim Limau
💥 Sup Tulang Pedas Claypot
💥 Daging Salai Lemak Cili Api
💥 Udang Nestume Mentega
💥 Hirisan Daging Masak Halia
💥 Kerabu Mangga
💥 Ayam Serai
Dan bermacam macam lagi menu yang ada! Lebih dari 20 hidangan sedia ada termasuk pencuci mulut dan beraneka minuman yang tersedia! Nona suka daging masak salai tu! Then Sup Tulang Pedas Claypot, ada rasa pedas pedas pada kuahnya dan cukup bahan rempah serta dagingnya pun empuk!
✅ Menu² All-Day Ala-Carte ni memang ada setiap hari TETAPI pada hari Khamis sehingga Sabtu, korang MESTI makan set Steamboat & Grill, then barulah boleh order menu menu ala-carte yang lain.
✅ Hari Ahad sehingga Rabu, korang boleh pilih samaada nak makan Steamboat ATAU menu Ala-Carte.
0 Comments
Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .