Pantai Cahaya Bulan Tempat Bersantai Popular di Kelantan

Pantai Cahaya Bulan Tempat Bersantai Popular di Kelantan

Pantai Cahaya Bulan Tempat Bersantai Popular di Kelantan || Pantai Cahaya Bulan merupakan salah satu tempat bersantai popular di Kelantan. Lokasinya hanya 10km ke Bandar Kota Bharu. Sudah tentu ianya menjadi tumpuan para pelancong Dan penduduknya sendiri. Bagi yang mengetahui kisah percutian aku haritu, sebelum ke Terengganu, kami singgah bermalam dulu di Kelantan sebelum meneruskan perjalanan seterusnya.. So apa lagi.. Jejak sebentar ler ke Pantai Cahaya Bulan, Kelantan ni. Nak tengok depan mata sendiri tempatnya macam mana. Kami naik grab pergi sini sebab bukan datang dengan kenderaan sendiri untuk percutian kalini.

Kawasannya panjang Dan lebar, pasirnya cantik, manakala deretan pokok Kelapa mengindahkan lagi permandangan kat sana.. Desa yang permai 😍 Walaubagaimanapun, Pantai Cahaya Bulan tidak sesuai untuk aktiviti bermandi manda kerana Dari segi permukaan pantai serta struktur kawasannya yang tidak begitu mengizinkan malah pada bulan Oktober sehingga Disember adalah musim Tengkujuh. Lagi lah tak selamat untuk mandi manda kat sini. Nampak tak banyak Batu besar tu? Pantai Cahaya Bulan sering dibadai ombak pada musim Tengkujuh sehingga menyebabkan hakisan menjadi semakin teruk. Sebabtu  terdapat Batu kuari besar di sepanjang Pantai Cahaya Bulan ni bagi mengurangkan hakisan ✅

Pantai Cahaya Bulan

Tenang.

Hilang pening bila tengok view Pantai Cahaya Bulan camni. Nampak redup sebab hampir hampir nak hujan time ni. Baru tahu rupanya dulu nama Pantai ni ialah Pantai Cinta Berahi tapi dah ditukar menjadi Pantai Cahaya Bulan.

Aktiviti Yang Boleh DAN Tidak Boleh Dilakukan.

1. Tidak Boleh Bermandi Manda ❌
2. Makan Dan Minum di Tepi Pantai ✅
3. Duduk Santai di Tepi Pantai ✅
4. Main Layang Layang ✅ 
5. Posing, OOTD Dan Bergambar Kenangan ✅

Lepas dah beraktiviti tu, jangan lupa buang sampah di tempat yang betul, jangan merata rata pulak ye. Barulah Pantai Cahaya Bulan sentiasa bersih Dan berseri. 

Kelantan

Syok main lelayang kat Pantai Cahaya Bulan time angin kuat.  Tak banyak sangat kedai jual barang mainan sampai penuh sepanjang jalan tapi tetap ada Dan meriah jugak 😄 

Pantai Cahaya Bulan

Pantai Cahaya Bulan

Kawasan sekitar Pantai Cahaya Bulan dimeriahkan lagi dengan kehadiran penjual yang menjual barang barang mainan seperti layang layang, belon buih Dan macam macam lagi. Selain barangan mainan, ada peniaga yang menjual makanan seperti makanan cucuk cucuk (bebola, fish cake, fish ball, sosej berpulut), keropok lekor, Dan banyak lagi dijual di kaki jalan kawasan sini.. Deretan kedai makan pun banyak kat tepi jalan. 

Menu Popular di Pantai Cahaya Bulan

  • Menu Celup Celup Tepung
  • Makanan berasaskan Maggi seperti Maggi Ketam, Dan Kerabu Maggi 
  • Seafood Goreng
Makanan

Healing sebelum hujan turun 😂

Kitaorang tak makan dalam kedai sebab nak kejar masa Dan takut susah dapat grab bila dah senja hari ni. Maka kami beli je makanan kat gerai tepi tu, then duduk menghadap laut.  Hakikatnya memang agak susah jugak nak dapat grab lelagi time senja Dan Maghrib menjelma. Tapi bersyukurlah akhirnya dapat jugak setelah banyak kali try kat apps Grab tuh.. Terus mintak Dan save nombor abang grab tu.. Senang sikit😂 Nanti aku share di hujung entri ye . 

Pantai Cahaya Bulan, Kelantan

Mendung semakin menebal... 

Pantai Cahaya bulan

Comey molek kami deh 😄
 Single pulak tuh..

Kedai Makan Sekitar Kota Bharu

1. SUWARIN JINDA CAFE

SUWARIN JINDA Cafe

Cafe ni pernah viral sebab Khairul Ameng ada review dulu tapi jujur, memang ramai suggest tempat ni kalau datang Kota Bharu ✅


📍 Suwarin Jinda Cafe, Jalan Kuala Besar

⏰ 3:30PM - 11:30PM

❌ CUTI SETIAP SELASA

https://linktr.ee/suwarinjindacafe


2. SRI NIBONG PANTAI CAHAYA BULAN

Makanan panas Dan seafood goreng boleh didapati di sini. Ramai cakap sedap jugak menu kat sini ✅

📍Jalan Pantai Cahaya Bulan, Kampung Semut Api, 15350 Kota Bharu, Kelantan

⏰ 08.30AM-12AM

Contact: 60139753977


Contact Number Grab Car

Wan: +60109020019

Save nombor grab car ni. Bila tak dapat dapat transport lain dalam aplikasi Grab, book dengan beliau ni terus jer. Deal. Keesokan hari, kami call dia lagi untuk ke jeti pulak. Rate sama je macam grab car lain. Cuma lagi senang bila dapat book orang yang betul. Untunglah kalau beliau available. Mudah urusan kita.

Kesimpulan

Jujur, nak jejak Pantai Cahaya Bulan sekali lagi kalau ada berkunjung ke negeri Cik Siti Wan Kembang ni.. Fokus menikmati keindahan alam bersama angin sepoi sepoi. Boleh terleka Dan terkena lah! Hehe.. Seronok bersantai santai. Next time kena try makan celup celup kat kedai tepi tepi tuh.. Ya, sekarang aku setuju lah bila orang cakap, Pantai Cahaya Bulan Tempat Bersantai Popular di Kelantan ✅ Korang pernah ke Pantai Cahaya Bulan tak? Jangan lupa masuk list kalau ada plan ke sini ye... 



Notakaki: Entah bila nak cerita pasal percutian haritu...


Post a Comment

7 Comments

  1. Dah lama aim nak pegi healing kat pantai ni tapi takpala ,, insyaAllah one day .

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wow...Ye eh... pergi ler..hehee.. One day..inshaAllah . We

      Delete
  2. KB je x pernah sampai lg.... semua negeri kt malaysia dh sampai... alahai... nk jjcm kt kelate la

    ReplyDelete
  3. Lama tak ke sana... Makin meriah nampaknya suasana di PCB ni

    ReplyDelete
  4. banyakkkk sangattttt dah berubah tempat niiiii... alaahiiii nostalgia betul pantai ni....

    ReplyDelete
  5. Dulu nama pantai ni Pantai Cinta Berahi... tapi dah tukar la sebab berahi kat kelantan tak sama dengan berahi bahasa luar kelantan

    ReplyDelete
  6. Tak pernah lagi sampai kat sini.. Moga satu hari nanti berjaya juga ku sampai di sini dan dapat update dalam blog.. wakakaka..

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .