Resipi Jus Avocado Milo Tabur Yang Sedap!

Resipi Jus Avocado Milo Tabur Yang Sedap!

Resipi Jus Avocado Milo Tabur Yang Sedap!||  Jus Avocado merupakan salah satu minuman yang segar, mengenyangkan Dan penuh nutrisi.. Baru aku tahu rasanya macam mana. Seumur hidup, tak pernah try makan buah Avocado ni. Rasanya berlemak lemak gitu, Dan tak Manis pun tapi aku takleh makan atau minum kosong semata mata. Kena bercampur dengan bahan lain, baru boleh telan semua. Hehe..  

Buah Avocado yang turut dikenali sebagai buah mentega atau alligator pear berpotensi sebagai pencegah kanser, membantu dalam penghadaman Dan bermacam macam lagi kebaikan di dalamnya. Jika diamalkan selalu, pasti tubuh kita sihat sihat Dan penuh dengan Nutrisi. Aku beli haritu avocado bersaiz besar berbanding saiz biasa yang dijumpai. Memang ngam! Baru guna half je buah, Dan boleh memenuhkan satu gelas! Tapi kalau ikut resipi, umpama macam aku beli sebiji avocado bersaiz medium tu la ye. 

1. Isi Kandungan dalam Buah Avocado

1.1.Vitamin B6 dan Asid folik

Ini dapat membantu mengawal tahap homocysteine . Tahap homocysteine dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit jantung. 

1.2 Vitamin E

Ini membantu dalam mengekalkan jantung yang sihat

1.3 Potasium

Beberapa kajian menunjukkan bahawa pengambilan potasium yang banyak (dan terkawal) boleh membantu dalam pengurangan tekanan darah, iaitu salah satu faktor kepada masalah jantung, strok serta kegagalan buah pinggang berfungsi.

1.4 Asid oleik- asid lemak monotaktepu (monounsaturated fatty acids) 

Asid oleik terbukti dapat mengurangkan kadar keradangan dan mengurangkan risiko penyakit kanser kepada mereka yang mempunyai gen pembawa kanser. Kalau nak tahu, Asid Oleic ni juga terdapat di dalam minyak zaitun ✅

1.5 Bahan antioksida yang tinggi seperti Lutein dan Zeaxanthin

Ini yang sangat penting dalam penjagaan kesihatan mata.

Satu kajian menunjukkan bahawa nutrisi ini boleh mengurangkan risiko katarak mata dan degenerasi makula, yang kebiasaannya dialami oleh orang tua!


⏩ Bahan-Bahan Membuat Jus Avocado Milo Tabur

  • Sebiji buah avocado
  • 3 sudu besar susu pekat manis
  • 2 sudu besar gula 
  • Kiub ais
  • 2 cawan air
  • Milo (2/3 sudu cawan besar- Mengikut kehendak masing masing)

Apa pun, bergantung pada tahap kemanisan yang korang nak. Sesungguhnya buah ni dah cukup berkhasiat serta Nutrisi tanpa bahan berlemak yang lain. Kita menambah bahan untuk menyedapkannya je. Ada orang campurkan dengan madu Dan Susu cair. Aku saja ler nak yang manis manis lebih.. Haha.. 

Cara-Cara Membuat Jus Avocado Milo Tabur

1. Buang biji Avocado yang berada di tengah tengah.

Avocado

2. Korek semua isinya Dan masukkan ke dalam bekas makanan atau ke dalam blender terus.

Avocado

3. Blend isi Avocado bersama sama susu Manis, Ais, Dan Air

Jus Avocado

4. Taburkan Milo di bahagian atas 

Jus Avocado Milo Tabur

SIAP! Kalau tak nak letak Milo, it's okay..Just minum jus Avocado camtu jela. Yang pasti, time panas panas minum, sedap uit!

Jus Avocado

Makan bersama kek batik yang kubuat sendiri.. Turut mengandungi Milo jugak tuh 😄 Kenyang lama! Hehe.. 

Kelebihan Buah Avocado

1. Membantu Menyihatkan Jantung
2. Mengurangkan Berat Badan Berlebihan
3. Membantu Badan Menyerap Nutrisi dengan Secukupnya
4. Menghilangkan Nafas Berbau Kurang Menyenangkan
5. Menurunkan Kadar Gula dalam Darah
6. Melawaskan Pembuangan Air Besar
7. Mencantikkan Kulit Dan Anti Penuaan

Apa lagi? Jomlah beli buah Avocado! Banyak jugak resipi lain berasaskan buah Avocado ni ek! Untunglah kalau dapat khasiat Dan manfaat Daripada buah ni!! Kena makan selalu Nampaknya! Kan! Sebelum mengakhiri entri pada harini, Nona nak share satu lagi resipi yang menyihatkan iaitu Resepi Sup Tulang.


Notakaki: Nak buat smoothie Avocado lah lepasni 😃

Post a Comment

8 Comments

  1. Memang sedap jus buah avacado cuma tidak pernah buat sendiri.

    ReplyDelete
  2. Ramai cakap berlemak lemak...First time Nona minum..Ha ah lah..berlemak gitu..Baru tahu sedap tapi kena dicampur pemanis lain sikit 😅

    ReplyDelete
  3. Sy suka buat jus avocado + teh hijau latte

    ReplyDelete
  4. Memang sedap alpukat coklat ni. Selalu jual dekat Tesco avocadonya sebiji RM2.99 macam tu, tapi tulah, tak pandai pilih buahnya yang macam mana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ha ah, saiz kecik tu..murah je lagi.. hehe.. Kalau nak but juice, sy pilih yang agak agak dah lembik sikit..

      Delete
  5. Macam2 juga boleh dibuat dengan avocado ni rupanya

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .