Sedapnya! Middle East Buffet Dinner di Renaissance Hotel, Johor Bahru

Sedapnya! Middle East Buffet Dinner di Renaissance Hotel, Johor Bahru

Sedapnya! Middle East Buffet Dinner di Renaissance Hotel, Johor Bahru || Pernah makan menu bertemakan Middle East? Bila sebut middle east, pasti terbayang bayang makanan ke arah Arabian gitu.. Kan. So harini aku nak throwback sikit kisah makan malam few weeks ago dengan menu menu Middle East. Sedap ke tak sedap? Jujur cakap... Sedapnya! Middle East Buffet Dinner di Renaissance Hotel, Johor Bahru ni! Pelbagai menu dari main course sampai ke dessert! Especially yang memang minat makanan Middle East ni, confirm tak rugi datang try kat sini pulak. 

Oh ya! Kat sini bukan setakat menu Middle East semata mata, terdapat jugak lauk pauk lain, sushi Dan seafood on ice! Kalau nak mintak dorang masakkan Mee pun boleh, pilih je kuah Dan jenis Mee apa yang kita nak. Seronok lah dinner kat sini, berbaloi harganya..Keenakan makanan Dan keselesaan tempatnya tu yang penting. Surau pun disediakan in case risau terlajak time makan. Jom tengok, apa menu yang ada Dan aku try haritu ♥️


Steam of The Day 

Lamb Kabsah Rice

Lamb Kabsah Rice

Mulakan dengan nasi. Dah nama orang Melayu, tetaplah nasi kucari.. Haha.. Maybe haritu lapar sangat kot.. Kena telan nasi awal awal.. Sedap sungguh nasi ni! Tak tipu, aku suka rasanya yang tidak terlalu kuat bau herba Dan rempah. Sedang sedang, so makan pun tenang tenang je.. 

Mediterranean Hummus Corner

Pelbagai jenis Dan flavour hummus disediakan! Kena cuba, baru tahu sedap ke tak.. To me, Masih boleh diterima tekak sebab flavour pun pelbagai.. 

Jenis Jenis Hummus yang Ada

  • Pumpkin Hummus
  • Roasted Beetroot Hummus
  • Roasted Red Pepper Hummus
  • Tea-Mex Hummus
  • Classic Garlic Hummus. 

Selain itu, terdapat menu sihat lain dalam corner ni iaitu Cucumber Stick, Carrot Stick, Broccoli, Cauliflower, Celery, Tomato Wedges, Crackers, Red Radish, Black Olive, Green Olive, Sweet Bean, Feta Cheese, & Pita Breadd

Hummus

Signature Baked Fish

Aku suka yang ni! Ikannya lembut, berasa Dan ada pedas pedas gitu. Tak puas makan sekali, mesti nak lagi. Makan dengan lamb Kabsah Rice kat atas tu pun boleh. Tapi kalau nak makan dengan nasi putih pun disediakan jugak kat sana. 

Baked Samak Harrah

Baked Samak Harrah-Spicy Fish-Seabass 5KG UP

Middle East Dessert

Dessert bertemakan Middle East camni bentuknya ya. Ada pelbagai jenis baklava, kunafa, pudding, and cake! Ini satu kewajipan yang korang kena try kalau datang dinner bertemakan Middle East nih. WAJIB! 😁

Umm Ali

Umm-Ali Brewed Pudding.
Selain itu, terdapat jugak Mahalbiyah-Milk Pudding and Keshkul-Almond Pudding

Jenis jenis baklava

  • Baklava Asieh
  • Baklava Awana
  • Baklava Baram
  • Baklava Nest
  • Baklava Turkish Pistachi

Baklava

Baklava sini mostly sedap! Manis lah of course! Manis yang boleh dimakan, not too much. Rangup pun iye jugak. Aku suka baklava yang macam dalam gambar tu... Berulang kali makan dengan ada lagi sejenis tu..Sedap betul! 

Kunafa

Kat sini ada Cheese Kunafa Cake Dan Plain Kunafa Cake.

Kalau nak try Basbosa Semolina Cake Dan Warbar Cake with Cream pun dipersilakan.

Salmon Gravlax

Pelbagai jenis salmon yang tersedia. Herbs Salmon Gravlax, Beetroot Salmon Gravlax Dan Smoked Salmon Gravlax! Sebagai pencinta salmon, aku suka je semua.. Hehe.. 

Salmon

Alfresco Action Stall

Seterusnya stall yang menyediakan pelbagai makanan lain tersedia di bahagian luar. Ini cuma ada time Jumaat Dan Sabtu sahaja. Kalau datang dinner sana hari lain, dah tak jumpa lah stall bahagian luar ni ye. Terdapat Lima stall dibuka.

1. Lamb Mandy Stall

Kat sini ada Roasted Whole Lamb with Arabic Spices. Mix Vegetable Picked, Green Olive, Slice Onion, Green Chilli and Yogurt Sauce.

2. Shawarma Stall

Kat sini boleh pilih lamb or chicken, Dan makan bersama sama Labenese a read, Taboon Bread, Onion, Tomato Parsley, Sumac, Olive Oil Dan Shawarma Sauce

3. Middle Eastern Mix Grilled

Kat stall ni pun best! Sedap!! Ada water prawn, Sish Tawook, Sish Kebab, Kofta, dimakan bersama sama dengan Yougart Garlic Sauce, Ketchup, Tahini Sauce, Dan Barbeque Sauce 🤩

4. Satay Stall

Kat sini terdapat pilihan antara chicken satay or beef satay. Dimakan bersama sama red onion cube, rice cube, cucumber and peanut sauce.

5. Indian Masala Tea

Nice one. Masala Spices Simmered with Milk, Sweetened Milk and Tea Leaves.

Shawarma

Shawarma Stall ✅ Sedap betullah Shawarma kat sini. Saya suka!!! Kofta pun sedap ye di stall luar ni. Kena try Kalau korang booking makan sini hari Jumaat atau Sabtu, kena makan kofta tuh! Dapnyaaaa! 

Weekend Appetizer

  • Roasted Lamb with Raita Salad
  • Mediterranean Shrimp Salad
  • Cucumber and Pomegranate Salad
  • Roasted Cauliflower with Tahini
  • Lebanese Potato Salad

Prawn

Datang sini, jangan lupakan River Prawn Berempah ni jugak okayh! 

Overall, semua sedap belaka Dan kena dengan tekak i.. Tak terletak semua gambar kat dalamni... Actually, banyak lagi menu yang ada, bersesuaian harga.. Korang boleh tengok gambar lain kat dalam Facebook Nona ye. Makanan lain seperti seafood on ice, Dan lauk pauk lain turut disertakan sekali. Barulah banyak pilihan. Dan bertambah tambah selera bila berkunjung ke sana, terasa nak makan semuanya! Hehe.. Suggested. 

Note: Harga pada hari Ahad sehingga Khamis berlainan dengan harga pada hari Jumaat Dan Sabtu

Prepare to be amazed by Middle Eastern delicacies and indulge in a scrumptious dinner buffet full of authentic cuisine that will transfer your taste buds to a whole new realm.

𝐌𝐈𝐃𝐃𝐋𝐄 𝐄𝐀𝐒𝐓 𝐃𝐈𝐍𝐍𝐄𝐑 𝐁𝐔𝐅𝐅𝐄𝐓 | 

𝐀𝐔𝐆 • 𝐒𝐄𝐏 • 𝐎𝐂𝐓

🗓 Sunday to Thursday
🕰️ 6:30pm to 10:00pm
🏷 RM108 nett per adult
🏷 RM54 nett per children (6 to 12 years old)

🗓 Friday & Saturday
🕰️ 6:30pm to 10:00pm
🏷 RM168 nett per adult
🏷 RM84 nett per children (6 to 12 years old)

✨ 35% discount for Club Renaissance Johor Bahru member

CONTACT for MORE INFO


📲 wa.me/60177713327
🔗 bit.ly/TableAppCafeBLD
🌐 cafebld.com/specials

#renaissancejb #renhotels #discoverthisway #fromthetable


Post a Comment

2 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .