Bubblebee Malaysia Kini Dibuka di Muar, Johor! || Bubblebee merupakan Salah satu brand yang popular dengan tagline “Semanis Senyuman Anda”, menyediakan minuman bobba dan pencuci mulut berasaskan produk segar dan 100% menggunakan madu asli. Teringat dulu beratur panjang nak mencuba aiskrim bubblebee yang dibuka berhampiran rumah aku! Fuh! Berbagai-bagai jenis minuman dan perisa dikeluarkan khusus buat semua pelanggan! Tahu tak, terdapat lebih dari 50 cawangan Bubblebee yang telah berada di seluruh Malaysia! Dan Bubblebee Malaysia kini dibuka di Muar, Johor! Wah, terbaiklah!
Bagi memeriahkan majlis Dan sama sama sama support outlet terbaru Bubblebee, Nona telah hadir ke Grand Opening Bubblebee, Muar pada hari Sabtu, 09/09/2023 yang lalu bersama sama geng JDT Blogger. Fuh, selamat sempat sampai sebelum time perasmian serentak pulak dengan hari Mengundi 😅
Lokasi di corner lot!
Luas kawasan di dalam outlet Bubblebee Muar
Apa yang menarik pada hari Grand Opening Bubblebee Muar?
✅ 100 cawan aiskrim TARO aka Keladi diberikan secara PERCUMA kepada 100 orang terawal yang hadir dan beratur. Aiskrim tersebut diberikan sendiri oleh Shuib dan isterinya, Watie. Kelihatan anak mereka, Maten dan Talita turut sama sama membantu mengedarkan aiskrim FREE tersebut.
✅ Face and hand painting
✅ Persembahan Zapin
✅ Photobooth
✅ Paluan kompang menyambut kedatangan pengantin Baru 😅
✅ Badut abang JOJO
Alhamdulillah. Tahniah Bubblebee Malaysia!
Aiskrim Taro (Keladi) yang menyelerakan! Ramai cakap sedap, laju jer dorang makan time dapat FREE haritu 😁
Bubblebee diminati ramai, tak kira warga emas atau orang muda Dan budak budak. Ramai yang suka Bubblebee nih.. Memang meriah dengan kehadiran ramai orang. Shuib Dan Wati pun ramah melayan semua tetamu. Yang mana nak bergambar, berselfie Dan berbual, elok je dorang layan. Aku suka betul tengok vibe dorang berdua.. Hehe.. Aku pun tak terlepas peluang berselfie dengan suri hati Shuib nih, Manis je orangnya.. Boleh tengok kat
Facebook Nona gambar selfie kami Dan gambar gambar lain 👍
Kenapa Kena Pergi Bubblebee Muar?
✅ Tempatnya agak luas Dan selesa untuk buat event atau sambutan hari istimewa
✅ Pelbagai minuman Dan makanan tersedia khusus buat semua pelanggan. Bukan setakat air sahaja yang ada.
✅ Makanan Dan minuman yang sedap mengikut citarasa semua
✅ Wi-Fi FREE
✅ Beraircond
✅ Parking Berdekatan
Ruangan Face painting, tapi nak lukis kat tangan pun okay je. Aku banyak kali terfikir, nak buat ke tak ye..Macam teringin! Haha.. Berbelah bagi padahal ada je ruang untuk conteng kejap tangan tuh 😁
Senyuman kami pun seperti tagline Bubblebee tak? 😊
Sweet as your smile
Then haritu try nasi Lemak serta air refreshing Bubblebee yang ada kat sana sebelum meneruskan perjalanan balik ke JB semula. Eh, sedap! Alhamdulillah, segar mataku minum FRIZ'B MANGGO. Selain Friz'b Manggo, jenis lain dalam 'Refreshing Series' ini ialah FRIZ'B Blue Lagoon, Honey Lemon, Cranberry, Strawberry Dan Almond Mango Pearl.
Semoga Bubblebee terus sukses, dilindungiNya
Dan bertahan dalam industri! Aamin!
Okaylah, jap lagi aku nak join contest Buy, selfie and Win sebelum 16 September. Gambar dah ada ni. Harap Harap rezekiku lah nak dapatkan RM100 tuh 😃
Alamat Bubblebee, Muar, Johor
No 2GF, Jalan Prima Sakeh 3,
Pusat Perniagaan Prima Sakeh,
84000 Muar, Johor.
Dibuka SETIAP HARI
Maklumat Lanjut
6 Comments
Alhamdulillah
ReplyDeleteMeriah sambutannya
Syukur, meriah betul ♥️♥️
DeleteJomm Nona lepak Muar pulakkk..
ReplyDeleteYa ampuuun saya kira jual robot Bumblebee ke 🤣🤣. Ternyata bobba ya kak 😅. Blm masuk Indonesia, jadi saya belum coba minuman ni 😄
ReplyDeletewah senanglah nak berbubble bee bila balik muo nnti
ReplyDeletesedap wooo aiskrim Taro tu. x menyesal beratur.hahaha
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .