Cara Menunaikan Solat Maghrib Dengan Betul|| Solat Maghrib merupakan salah satu solat Fardhu tiga rakaat yang wajib dilaksanakan bila masuk waktunya (Senja, selepas matahari tergelincir). Jika tertinggal melaksanakannya disebabkan perkara yang tidak disengajakan seperti tertidur atau terlupa, haruslah menqada' kan solat Dan jika sengaja ditinggalkan adalah berdosa hukumnya. Perkataan maghrib ialah istilah bahasa Arab bagi matahari senja; daripada perkataan غَرَبَ (gharaba), “terbenam”; “akan disembunyikan” (tetapi ia tidak digunakan bagi bulan yang terbenam). Harini Nona nak share atau saja mengingatkan semula tentang cara Menunaikan solat Maghrib yang betul.
- Bilakah Waktu Perlu Menunaikan Solat Maghrib?
- Rakaat Pertama Solat Maghrib
- 4. Membaca Al Fatihah Dan Surah lazim yang lain seperti Al Ikhlas atau An Nas.
- 5. Rukuk Dan Iktidal
- 6. Sujud
- 7. Duduk Antara Dua Sujud
- Bacaan Semasa Duduk Antara Dua Sujud
- Rakaat Kedua Solat Maghrib
- Bacaan Tahiyat Awal
- Rakaat Ketiga Solat Maghrib
- Bacaan Tahiyat Akhir
- Amalan Selepas Solat Maghrib
- Solat Maghrib Tidak Boleh Diqasarkan
Bilakah Waktu Perlu Menunaikan Solat Maghrib?
Waktu Maghrib bermula apabila matahari telah terbenam (hilang bentuk bulatannya) sehingga hilang cahaya kemerahan di kaki langit ✅ Bagi kawasan atau negeri yang tidak hilang cahaya tersebut (kawasan seperti kutub), maka dikira kadar panjang atau tempoh yang sama bagi kawasan atau negeri yang berhampiran yang mengalaminya.
Zaman sekarang lebih mudah sebab kita boleh check waktu solat Dan set Azan melalui online seperti aplikasi TheNoor Dan lain lain yang ada di Google Play. Jadik, takdalah sampai terlepas waktu Solat Maghrib nanti.
Cara Menunaikan Solat Maghrib.
1. Mengambil wudhu
2. Berdiri tegak menghadap Qiblat Dan mulakan Lafaz serta Niat Solat Maghrib
✅ Lafaz Dan Niat Solat Maghrib
Sahaja Aku Solat Fardhu Maghrib, Tiga Rakaat Tunai Kerana Allah Taala.
Rakaat Pertama Solat Maghrib
3. Membaca Doa Iftitah pada Rakaat Pertama Solat Maghrib (Ini Sunat, tidak Wajib)
3 Comments
Sama² kita perbaiki amalan agar diterima oleh-Nya :)
ReplyDeleteSangat bagus post macam ni Nona 😊
ReplyDeleteAlhamdulillah 😃😍
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .