Khasiat Buah Nangka

Khasiat Buah Nangka

Khasiat Buah Nangka || Buah Nangka adalah salah satu buah buahan tempatan Malaysia yang kaya dengan pelbagai khasiat Dan kelebihan. Di dalamnya terkandung vitamin A, C, thiamin, kalium, kalsium, riboflavin, zat besi, niasin dan lain-lain. Buah nangka juga mempunyai serat yang rendah kalori. Rasanya yang manis membuatkan buah Nangka ini diminati ramai. Jom fahami Dan ketahui khasiat buah Nangka. 

Nama saintifik bagi Nangka ialah Artocarpus Heterophyllus. Berat buahnya boleh mencecah sehingga lebih 15KG. Kulitnya berwarna hijau kekuning-kuningan Dan bertompok tompok. Isi Nangka pula berwarna kuning keemasan, rangup, wangi baunya, rasanya manis-manis, Dan sedap! Setiap isinya mengandungi biji berwarna putih Dan boleh dimakan selepas dibakar atau direbus. Bagi 100 gram buah ini, terdapat kira-kira 74% air dan 95% kalori tenaga.

Nangka

Terliur! Sumber imej: Google

Khasiat Nangka 

Menurunkan tekanan darah

Kandungan kalium (potassium) di dalam buah ini dapat menurunkan tekanan darah tinggi dan mengurangkan kesan negatif (natrium). Apa berlaku jika natrium tinggi? Ianya boleh menyebabkan tekanan darah tinggi lalu memberi kesan terhadap jantung dan salur darah.

Mencegah Anemia

Kandungan zat besi dalam buah Nangka dapat membantu mencegah anemia

Menjaga kesihatan tulang

Kandungan magnesium di dalam Nangka yang akan menguatkan tulang Dan dapat mencegah tubuh Dari penyakit tulang seperti osteoporosis.

Menurunkan Kadar Kolesterol

Menurut info daripada Food and Drug Administration (FDA) Amerika Serikat, serat yang larut dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dan memperlambat penyerapan karbohidrat ke dalam aliran darah, sekaligus dapat membantu mencegah kenaikan glukosa darah setelah makan.


Mengurangkan Potensi Mendapat Kanser

Di dalam Nangka, ada satu kandungan yang dinamalan sebagai Phytonutrients yang boleh melawan kanser. 

Antioksidan Dan Menyihatkan Rambut Dan Kulit

Menurut American Institute for Cancer Research, zat fitokimia didalam Nangka memiliki sifat antioksidan, yang berarti dapat membantu melawan kesan radikal bebas, Dan melindungi diri daripada Jangkitan bakteria mahupun virus. Vitamin A di dalam Nangka pula dapat mencegah rambut daripada menjadi kering. Kulit pun akan terjaga Dan dilindungi jika memakan Nangka.


Mengelak sembelit

Nangka merupakan sumber serat yang baik. Ia boleh membantu memberikan rasa kenyang yang lebih lama dan membantu memastikan pergerakan usus menjadi lancar 


Menghalang ulser

Bahan kimia semulajadi dalam nangka boleh membantu menghalang pembentukan ulser di dalam perut kita. 


Namun begitu, jangan pulak kita memakan Nangka secara Berlebihan. Hal ini bakal mendatangkan keburukan terhadap si pemakan jika terlebih makan buah Nangka, melebihi had yang sepatutnya.

Nangka

Tadi tengahari, member belikan Nangka 👍

Kesan Jika Makan Nangka Berlebihan

Nangka juga mengandungi potasium tinggi, yang boleh membahayakan mereka yang menghidap penyakit ginjal kronik (PGK) iaitu kegagalan buah pinggang. Orang dengan keadaan ini dapat mengalami hiperkalemia jika mengambil terlalu banyak sumber kalium.


Kesimpulan

Setiap buah buahan mempunyai Kelebihan Dan kekurangan tapi berpada pada lah semasa penhambilannya...

Notakaki: Syukur, dapat makan Nangka harini 😁








Post a Comment

8 Comments

  1. Kebetulan pada hari ini pn is3 wak masak lemak cili api nangka muda campur kaki ayam

    ReplyDelete
  2. Sukaaaa sangat dengan nangka 😍😍😍. Dimakan gitu aja, atau dimasak untuk campuran kolak pisang dan puding, juga enak.

    Kakak suka makan bijinya tak? Enak juga kan kalau direbus 👍

    ReplyDelete
  3. Wah..banyak khasiat rupanay..Selalu tau makan ja🤭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaa..Banyakkk..Khasiatnya banyak gitu.. Suka Nangka takk

      Delete
  4. Kadang-kadang saja dapat makan buah Artocarpus Heterophyllus...rupanya buah Artocarpus Heterophyllus sangat banyak khasiat...

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .