Nikmati Inisiatif Bas PERCUMA ‘myBASKonsesi’

Nikmati Inisiatif Bas PERCUMA ‘myBASKonsesi’

Nikmati Inisiatif Bas PERCUMA ‘myBASKonsesi’ ||  Bas merupakan salah satu pengangkutan awam yang disediakan khusus buat pengguna bagi memudahkan mereka bergerak pergi dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Siapa cakap tiada lagi pengguna bas? Masih ramai ye sebenarnya pengguna bas! Buktinya, baru-baru ni Nona mencuba menaiki perkhidmatan myBAS dan Nona Nampak ramai pengguna bas di dalam Johor Bahru (JB) nih. Tapi kalini, Nona try naik bas elektrik pertama di Johor! Tahniah myBAS! Nona akan ceritakan tentang bas elektrik ni selepas Nona share mengenai satu good news yang bakal muncul tak lama lagi! SOON! Para pengguna bas bolehlah nikmati inisiatif Bas PERCUMA 'myBASKonsesi’ yang menawarkan tambang percuma bagi perkhidmatan bas henti-henti myBAS bagi mereka yang layak dan menepati syarat! Wow! Wow! Menarik nih! Siapa yang layak? Adakah semua orang? Ini yang korang kena tahu dan take note!

Menterinya, Anthony Loke, berkata inisiatif menerusi Program ‘Transformasi Perkhidmatan Bas Berhenti-henti’ atau dalam Bahasa Inggerisnya, ‘Stage Bus Service Transformation’ (SBST) itu dilaksanakan di tiga bandar iaitu di Seremban, Ipoh dan Johor Bahru.


myBAS

Apa itu SBST

Program Transformasi Perkhidmatan Bas Henti-henti atau ‘Stage Bus Service Transformation’ (SBST) merupakan inisiatif Kerajaan Persekutuan bagi menambahbaik perkhidmatan bas berhenti-henti di bandar-bandar utama yang menghubungkan kawasan luar bandar agar lebih efisyen dan boleh diharap. Dengan jenama perkhidmatan myBAS, ia telah dilaksana di Kangar, Seremban, Ipoh, Kuala Terengganu dan Johor Bahru. Perkhidmatan ini dipantau oleh Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) selaku agensi pelaksana program SBST.

Okay, Jom cerita tentang Bas PERCUMA tuh!

myBASKonsesi

AKAN DATANG! Perkenalkan, myBASKonsesi 😍

:: myBASKonsesi

Kementerian Pengangkutan (MOT) meneruskan inisiatif menyediakan tambang percuma 'myBASKonsesi' yang menawarkan tambang percuma bagi perkhidmatan bas henti-henti myBAS.

 

Kelayakan Memohon myBASKonsesi

Pas myBas Konsesi ini terbuka kepada golongan warganegara Malaysia yang berkelayakan sahaja iaitu:

✅ Orang Kurang Upaya (OKU) berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);

✅ Warga emas berumur 60 tahun dan ke atas; atau

✅ Kanak-kanak serta murid sekolah berumur 7 hingga 17 tahun yang bersekolah di kawasan liputan perkhidmatan myBas

⏩ Bagi Kanak-kanak berumur 6 tahun dan ke bawah boleh menaiki myBAS Seremban, Ipoh & Johor Bahru secara percuma. Tiada pendaftaran diperlukan ye.

Cara memohon myBASKonsesi

Permohonan boleh dibuat di kaunter-kaunter perkhidmatan myBAS dengan membawa dokumen pengenalan diri seperti MyKad, MyKid atau MyTentera.

DAN

Jangan lupa, download aplikasi LUGO! BOlehlah guna Scan QR Code je nanti 👍

Kaunter tiket bas

Lokasi pendaftaran pas myBAS Konsesi di dalam Johor 

• KSL City Mall

• TF Value Mart (Nusa Bestari)

• Terminal Bas Gelang Patah

• Lapangan Terbang Antarabangsa Senai

• Terminal Bas Kulai

• JB CIQ

Selepas pendaftaran, bolehlah nikmati bas secara percuma ni dengan kerap. Hanya bawa kad myBAS Konsesi yang telah diregister atau IC (MyKid) ataupun SCAN je QR Code dalam aplikasi LUGO.

Bagi korang yang tidak berkelayakan untuk menerima inisiatif ‘myBAS Konsesi’, jangan bersedih!! Special buat korang iaitu Pas Perjalanan Tanpa Had untuk 30 Hari yang dinamakan sebagai myBAS50!

myBAS50
Tanpa Had!

:: myBAS50 - Pas Perjalanan Tanpa Had 30 Hari untuk semua myBAS Johor Bahr

  • Harga: RM50
  • Hanya untuk Warganegara Malaysia Sahaja.

Cara Penggunaan Dan Pendaftaran Di Aplikasi LUGO 

Aplikasi LUGO

  • Download aplikasi LUGO dalam handphone.
  • Paparan Tiga Point Pilihan disenaraikan
  • Pilih point Pas Transit MyBAS Registration Dan kemudian klik ‘REGISTER NOW’ untuk create account dalam aplikasi LUGO
  • Masukkan segala info yang diperlukan. Ikut STEP 1-4
  • Tunggu sehingga dapat 'Approval' mengatakan maklumat sah Dan diterima. Bolehlah korang membuat pembayaran Dan sebagainya setelah selesai proses pendaftaran
  • Klik Manage Pas Transit myBAS Dan Use Pas Transit myBAS
  • Scan QR Code yang disediakan di tempat tambang bas dengan menekan butang ‘CHECK IN’ semasa menaiki bas. 

Kelebihan LUGO Apps

  • Kita boleh mengetahui jarak perjalanan Dari satu tempat ke satu tempat
  • Kita boleh mengetahui berapa lama masa yang diambil untuk kita sampai ke tempat yang ingin dituju
  • Mudah digunakan kerana ia mesra pengguna

 

Bas Elektrik JB

Kelebihan myBAS Elektrik

  • 100% Menggunakan Elektrik, tiada enjin.
  • Terdapat mesin untuk pembayaran melalui kad bagi mereka yang perlu membayar duit tambang (Cashless Payment). TAP TAP the card atau SCAN QR Code menggunakan aplikasi LUGO.
  • Terdapat laluan untuk kerusi roda naik bas.
  • Beraircond dan mempunyai alat pemadam api.
  • Mempunyai CCTV dan tempat duduk Orang Kurang Upaya (OKU).
  • Sistem bas yang canggih.


myBAS

TAP TAP Your Card or Scan QR Code menggunakan aplikasi LUGO

Laluan Orang Kurang Upaya

Untuk OKU. Gunakan laluan ini.

myBAS

See, pengguna bas masih wujud! Memang ada orang yang suka gunakan pengangkutan awam seperti bas ni. Oh ya.. Nona pernah cerita serba sedikit Kelebihan myBas Dan penggunaan kad Manjalink dalam entri sebelumni.. 

myBASKonsesi 

Soon! Boleh dapatkan bagi mereka yang berkelayakan di sekeliling anda seperti yang dinyatakan di atas. Share info ni untuk kebaikan bersama bagi mereka yang memerlukan! 👍

 

Kesimpulan

Gunakanlah kemudahan awam yang disediakan dengan sebaiknya. Inisiatif sudah diberikan untuk memudahkan urusan Dan Pergerakan. Ayuh galakkan lagi ramai orang untuk mencubanya. Sama sama kita menjaga kebersihan pengangkutan awam ini Dan support myBAS

Post a Comment

16 Comments

  1. Inisiatif yang sangat bagus ni 👍🏽
    Semoga bertambah maju sistem pengangkutan awam, dapat kurangkan beban mereka yang kurang mampu dan dapat kurangkan sesak jalan raya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah..Bagus kan 👍 Memang membantu sedikit sebanyak...

      Delete
  2. wahh bagus ni
    ciknur suka naik bas dulu2 mana2 kat Kl dgn bas je

    ReplyDelete
  3. Waaa pertama di Johor ekkk.. bolehla nanti naik bas dengan cucu hahahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh, boleh..Cucu pun dapat merasa..Haha..😄

      Delete
  4. Wah keren nii..sudah ada aplikasinya ya..memang baiknya pengguna naik bus atau transportasi yang lain, supaya mengurangi kemacetan di jalan, berguna buat yg benar-benar membutuhkan.

    ReplyDelete
  5. Kenapa la di Melaka tkde perkhidmatan gini.......... kalau tk senang Cuya nak berjalan.. hehe

    ReplyDelete
  6. Enaknya hidup di negeri jiran sana ya, disiapkan bus untuk naik percuma alias gratis.

    ReplyDelete
  7. Lamanya tak naik bas. Anak2 pun sejak 2 menjak ni cakap pasal naik bas je. Adakah ini tandanya aku kena gunakan perkhidmatan myBAS? Btw, bagus ehh bas sekarang mesra OKU :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, kena guna nih..hehee.. Ya..#myBAS yang ni mesra OKU

      Delete
  8. Sayapun kalo sedang di Penang mostly naik bus juga kak, rapid Penang itu. Hanya sesekali naik grab. Tapi utk jarak jauh, prefer bus.

    Kecuali kayak di KL, saya prefer MRT dan kereta api lainnya, Krn buat saya lebih nyaman dan lebih mudah rutenya 😄.

    Cuma kalo di daerah tersebut transportasi publik masih belum pakai MRT, , LRT, saya prefer bus lah

    ReplyDelete
  9. Menarik. Makin banyak alternative yang digunakan. Naik mybas ni bagus, senang

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .