Perbezaan Antara Cincin Tunang dan Nikah || Majlis pertunangan dan pernikahan merupakan salah satu majlis penting yang sering diraikan sama ada secara terbuka mahupun tertutup. Di dalam kedua-dua majlis, sudah menjadi adat Dan kebiasaan, barangan kemas diberi oleh pihak lelaki kepada pihak wanita sebagai 'tanda' atau hadiah pertunangan dan perkahwinan. Tiada pengkhususan mengenai barang kemas apa yang perlu diberi, sama ada cincin, gelang tangan, gelang kaki, rantai dan sebagainya. Bagi yang merancang untuk memberi cincin, pasangan mempelai haruslah membuat pilihan terbaik dan mengetahui jenis cincin yang bersesuaian untuk tunang Dan nikah mengikut kemampuan masing masing. Adakah berbeza cincin tunang dan cincin nikah? Jawapannya, ya, ada sedikit perbezaan antara cincin tunang Dan nikah Dari segi design (mengikut trend terkini) Dan lain lain.
Perbezaan Antara Cincin Tunang Dan Nikah
- Design (Simple atau sarat)
- Melihat pada Reka Bentuknya
- Harga
- Cara Pemberian Cincin (aktiviti menyarung cincin)
Pelbagai jenis cincin yang berada dalam pasaran sama ada cincin belah rotan, cincin berbatu permata, cincin yang disaluti emas dan silver. Kita boleh lihat, design cincin tunang Dan nikah sentiasa dikeluarkan mengikut gaya Dan trend terkini. Walaubagaimanapun, terpulang pada pengantin untuk memilih mengikut keselesaan Dan bajet masing masing. Harini Nona just nak share sedikit mengenai cincin tunang Dan cincin Nikah yang sering dibincangkan sebelum tiba hari Bahagia tersebut.
Cincin Tunang
Cincin tunang yang menjadi pilihan selalunya mempunyai design simple tapi tetap kelihatan cantik dan elegan dengan batu permata yang kecil atau batu sejajar. Cincin tunang juga turut dikenali sebagai eternity ring.
Cincin Nikah
Meskipun gelang tangan dan rantai leher sering dijadikan pilihan utama dalam upacara pembatalan air sembahyang, namun cincin emas atau berlian turut tidak dilupakan sebahagian orang Dan menjadi pilihan utama bagi bakal pengantin yang gemarkan kesederhanaan. Cincin nikah atau cincin batal air wudhu, selalunya lebih eksklusif berbanding cincin risik dan tunang. (Lebih advance Dan sarat design). Ianya juga selalunya lebih tinggi harganya kerana design yang sarat.
Cara Menyarung Cincin Tunang Dan Nikah
1. Cincin Tunang
Selalunya, cincin tunang disarungkan oleh bakal mak Mertua atau sesiapa kaum wanita wakil dalam kalangan pihak lelaki kerana masih belum ada ikatan sah antara kedua Dua bakal mempelai.
Nota: Cincin tunang dipakai di jari manis belah kanan. (Jangan pakai sebelah kiri)
2. Cincin Nikah
Setelah sah dilafaz akad, suami Menyarung sendiri barangan kemas atau cincin buat si isteri.
Hukum Meminang Dan Bertunang
Adat-adat kebiasaan seperti bertukar cincin tunang, membawa dulang ke rumah si perempuan dan lain-lain adalah salah satu adat yang harus dan tidak bercanggah dengan Islam. Ia hanya sebagai simbolik dan tanda keseriusan untuk menjadikan perempuan tersebut sebagai isteri. Selagi mana adat tersebut tidak berlanggar dengan syarak maka ianya adalah perkara yang harus. Perkara tersebut juga perlulah dipersetujui bersama dan ia perlulah diikuti serta beriltizam dengannya. Sabda Nabi saw :
الْمُسْلِمُونَ عِنْدَ شُرُوطِهِمْ إِلاَّ شَرْطًا حَرَّمَ حَلاَلاً أَوْ شَرْطًا أَحَلَّ حَرَامًا
Maksudnya :” Orang Muslim berpegang dengan syarat mereka (yang telah dipersetujui) kecuali syarat yang mengharamkan perkara yang halal dan syarat yang menghalalkan perkara yang haram.” - Riwayat al-Baihaqi ( 11762) di dalam Sunannya
Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan
Design Cincin Tunang Dan Nikah Yang Simple
Kesimpulan
Beli Dan carilah cincin tunang Dan nikah mengikut keselesaan dengan bajet yang Ada. Jika mampu, beli lah lebih cincin bersalut emas, bagus untuk simpanan di kemudian hari. Hargai insan yang memberi cincin buatmu, wahai wanita Dan tetaplah mencintai dia yang sudi menerima cincin darimu wahai lelaki. Saling menghormati Dan saling menyayangi. Semoga jodoh kalian kekal selamanya dalam tali pertunangan mahupun pernikahan.. Aamin!
10 Comments
Ramai orang tak tau pasal ni... nak2 orang muda
ReplyDeleteKan.. Tu saya share ✌️
Deleteciknur dulu dpt cincin biasa masa tanda merisik dan cincin berbatu masa bertunang.dan. jga mssa, nikah tp sayanggg beberapa thn lepa huhuu cincin tunang hilang.
ReplyDeleteBestnya dapat banyak cincin...
DeleteAllahuakbar...Cincin hilang 😨 Sayang yee
Tahniah nm
ReplyDeleteoh my god! all the designs are so pretty
ReplyDeleteCantiknya design cincin sekarang. Ehem, ni ada nak bagi hint kat kiteorg ke? hihi
ReplyDeleteKan..cantik belaka 🤩
DeleteHihi..takda Pape lahh 😂
cantik design sekarang
ReplyDeleteKan ..Betul tuh ✅
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .