Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1445H

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1445H

Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1445H  || Sudahkah anda berselawat pada hari ini? Nona nak ucapkan Salam Maulidur Rasul 12 Rabiulawal 1445H buat semua umat Islam. Teruskan berselawat kepada nabi Muhammad S.A.W setiap hari walaupun bukan hari Maulidurrasul. Inilah tarikh kelahiran nabi kita yang tercinta, 12 Rabiulawal Tahun Gajah. Cuba tanya diri sendiri, seberapa kenal kita dengan Rasulullah S.A.W? Pernahkah kita menghayati kisah riwayat Rasulullah S.A.W? Adakah kita mengingati Baginda dalam kehidupan seharian? Pernahkah kita mengikuti Sunnah Nabi?

Bagi beberapa negeri yang bercuti sekolah setiap hari Jumaat dan Sabtu, dapatlah merasa panjang sikit cuti sebab tahun ni hari Maulidurrasul jatuh pada hari Khamis. Pasti pelbagai aktiviti dilakukan sempena Maulidurrasul. Kan.. Kalau zaman sekolah dulu, aku suka dengan sambutan Maulidurrasul sebab ada perarakan pusing kawasan sekolah sambil berselawat. Siapa paling kuat berselawat dan ceria hiasan rumah pasukan, mereka lah pemenangnya 🤩 Rindu pulak zaman sekolah.

Kaligrafi

Kaligrafi Dari Bonsernews

Biodata Ringkas Nabi Muhammad S.A.W:

  • Nama Bapa Rasulullah: Abdullah bin Abdul Muttalib
  • Nama Ibu Rasulullah : Aminah bt Wahab
  • Nama Anak Anak Rasulullah: Qasim, Abdullah, Ibrahim, Zainab, Ruqaiyah, Ummi Kalthum, Fatimah Az Zahra
  • Ibunya meninggal pada usia Nabi berusia enam tahun. Kemudian baginda pernah dibesarkan oleh Ummi Aiman, Datuknya, Dan Pakciknya (Abi Talib).
Maulidurrasul

Penjelasan Mengenai Sambutan Maulidur Rasul

Fatwa-fatwa antarabangsa dan di Malaysia menyatakan bahawa hukum sambutan Maulidur Rasul adalah dibenarkan dan larangan membidaahkannya.

Di samping itu, Institusi Fatwa Negara Jordan yang dikenali Dairah al-Ifta’ al-‘Am al-Mamlakah al-Urduniyyah al-Hashimiyyah menyatakan bahawa hukum sambutan Maulidur Rasul adalah mustahab (sunat) dan hasanun (baik).

Sumber: mStar

⏩ Dulu pernah ada isu mengatakan sambutan Maulidurrasul itu adalah bidaah! Astaghfirullah! Selagi sambutan yang dibuat tidak melanggar Hukum syarak, ianya tidak digelar bidaah ya! Jangan pandai pandai buat Hukum sendiri! 

Tema Sambutan Maulidur Rasul 2023

Perpaduan Teras Malaysia Madani

Aktiviti Yang Boleh Dilakukan Sempena Sambutan Maulidur Rasul

  • Memperdengarkan kisah kisah Nabi terutamanya kisah Nabi Muhammad S.A.W
  • Membaca Riwayat Kisah Rasulullah 
  • Aktiviti Perarakan sambil Berselawat kepada Rasulullah. 
  • Mendengar Ceramah tentang sifat Rasulullah S.A.W Dan kisah yang lain.
  • Membuat pertandingan nasyid tentang kisah Rasulullah Dan Selawat.
  • Mengadakan atau Menghadiri Majlis Berselawat beramai ramai. 
  • Perbanyakkan Selawat Dan Zikir semasa Melakukan Aktiviti Seharian
  • Membuat Sesi Bersoala Jawab tentang Rasulullah bersama Anak Anak atau Pelajar Sekolah

Jom Berselawat

Selawat


Ayuh, teruskan berselawat. Semoga kita mendapat syafaat Kelak di Akhirat sana. Kadang terlupa, terleka tapi jangan selamanya meninggalkan Selawat. Ucapkan Dan lafazkan Selawat. Moga bertenang Dan berbahagia kita semua... Aamin... Sekali lagi, salam Maulidur Rasul 1445H ya!




Post a Comment

4 Comments

  1. Hukum bidah itu pernah juga masuk ke sini. Tapi ditepis oleh ulama, dan akhirnya tak terdengar lagi.

    Anak saya yang pertama happy karena besok libur, tapi Jumat sambung lagi Exam tengah semester 😄. Anak sekolah sini memang sedang Exam tengah semester kak. Jadi adalah waktu utk mereka belajar sehari utk menghadapi Exam Jumat.

    ReplyDelete
  2. Salam Maulidur Rasul Nona. Semoga dalam setiap langkah hidup kita, kita selalu mengingat dan mengikuti teladan Nabi Muhammad SAW.

    ReplyDelete
  3. Selamat menyambut Maulid Nabi Muhammad Saw,semoga kita semua mendapatkan syafaat .

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .