Selamat Hari Malaysia ke-60, Malaysiaku!

Selamat Hari Malaysia ke-60, Malaysiaku!

Selamat Hari Malaysia ke-60, Malaysiaku! || Hari Malaysia merupakan Salah satu tarikh penting bagi memperingati perjuangan para pemimpin membuat perbincangan pada masa dahulu sebelum kita mencapai sesuatu kemajuan pada harini.

Selepas Hari Merdeka, terdapat beberapa perjanjian dan perbincangan antara pemimpin pemimpin negara. Bagi mengukuhkan kedudukan persekutuan Tanah Melayu menentang anasir luar, Tunku Abdul Rahman mencadangkan penggabungan tiga tiga negara jiran iaitu Borneo Utara (kini dikenali sebagai Sabah), Sarawak dan Singapura. Kemuncak rundingan itu ialah gabungan empat wilayah ini untuk membentuk sebuah negara baru bernama Malaysia pada 16 September 1963. 

Walaupun dalam kalangan itu, Singapura kini terpisah, tapi semangat kita perlulah sama seperti hari Kemerdekaan di mana sifat cinta terhadap negara perlu ada dalam diri kita agar menjadi rakyat yang berguna demi Negara Dan saling bersatu padu dalam menjaga keamanan negara Malaysia tercinta. Ini Negaraku, tanah tumpahnya darahku..

Selamat Hari Malaysia

Throwback gambar je. I love you, Malaysia.

Moga Malaysia terus aman damai, maju jaya, Dan kuat semangat menempuh segala Hal duniawi.. Aamin! Ayuh, jadi Rakyat yang berguna dan bertanggungjawab menjaga kebajikan negara ✅  Next, nak cerita pasal kisah picnic kat tempat aku kibarkan Jalur Gemilang haritu.. 

So, you guys kemana harini? Ada yang pergi bercuti melawat tempat tempat bersejarah? Berkelah di tepi Pantai? Mencari makan di tempat tempat viral? Atau sekadar menikmati rancangan Hari Malaysia di rumah? Banyak program Dan rancangan menarik yang ditayangkan kat televisyen sempena Hari Malaysia. Semoga bermanfaat ye cuti yang diberikan. Kepada yang kena bekerja hari public ni, moga tabah dan enjoy your work! 


Notakaki: Sedang mendobi cadar Dan lain lain time menaip ni..


Post a Comment

10 Comments

  1. Selamat Hari Malaysia! Harini Cuya kerja, tapi Cuya pakai baju Merdeka Cuya. Semangatt gituuu

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Malaysia..
    Cadangnya semalam nk join Keretapi Batik Sarong tapi Cella kerja..Takda geng nak pi...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat Hari Malaysia ye..Oh..kena kerja pulak ye..Sabo jela.. Next year can try ♥️

      Delete
  3. Oh ada juga hari Malaysia ya kak. Kira hanya hari merdeka.

    Semoga perayaan ini membuat rasa cinta tanah air semakin kuat 🤗.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .