Berselera Lunch Asam Pedas Kong Kong! || Asam Pedas sejenis lauk favorite ramai terutamanya dalam kalangan orang Johor Dan Melaka. Bulan Ogos yang lalu, ada member aku bernama Ayie and wife belanja kami beramai ramai makan Asam Pedas Kong Kong ni. Walaupun nama Asam Pedas Kong Kong tapi lokasinya yang kami pergi ni kat Taman Air Biru, Pqsir Gudang je, bukan di Kong Kong. Aku punya noob, terfikir jauhnya nak kena keluar pergi Kong Kong sana Dari tempat kerja. Haha.. Mahu berejam baru balik. Rupanya salah satu outletnya kat dalam area TNB, Taman Air Biru. Dinamakan Asam Pedas Kong Kong sebab tempat asal kedainya kat Kong Kong nun. My first time makan sini walaupun tempatnya dekat je. Fuh, sedap rupanya! Lagi sedap bila orang belanja, memang berselera lunch Asam Pedas Kong Kong!
Thanks ye Ayie belanja lunch, berkongsi Rezeki! Bukan sorang Dua je dia belanja tapi ramai ler... Department bininya Dan kami, beberapa orang Dari lain lain department. Alhamdulillah, rezekinya dapat tempat kerja lebih better Dari tempat kerja lama. Jom layan gambar!
Asam Pedas Ikan Merah saya punya! Pedas betullah! Masamnya tidak terlalu kuat..Lebih kepada rasa pedas! Fuh! Berasap telinga I! Haha... Disebabkan aku suka pedas, kiranya ini menepati citarasaku. Ada orang suka seimbang rasa pedas Dan masam kaw kaw. Ikutlah tekak memasing ek..
Antara menu yang dipesan ialah ayam goreng, ikan bilis masak kicap, sayur kangkung belacan, kailan ikan masin, Dan ikan Asam Pedas pilihan member member lain. Kalau takleh makan pedas, jangan risau. Ada Ayam Dan telur goreng. Ini sesuai sangat untuk anak anak kawan aku haritu. Jangan paksa kalau perut tak tahan pedas!
Pelbagai jenis ikan yang dimasak Asam Pedas seperti Asam Pedas Ikan Jenahak, Pari, Kembung, Dan Merah. Terdapat beberapa menu lain jugak disediakan bagi yang ingin membuat penambahan mengikut selera masing masing. Air minuman pun bermacam macam. Order je. Air suam disediakan. Ambil sendiri. Ais diasingkan kat tepi, jadi kita boleh isi ais seberapa banyak yang kita suka! Hahaa..Nice!
Tempat ni tak berapa kecil, Dan tak berapa besar sangat lah tapi tempatnya bergabung dengan dewan badminton. Masa kami sampai, ada beberapa team tengah lawan game badminton.. So Kalau rasa nak makan Asam Pedas beramai ramai, eloklah booking dulu..Gituh!
Alhamdulillah, kekenyangan! Thanks sangat Ayie and wife! Semoga Ayie Dan Eyrin dilimpahkan rezeki, dipermudahkan urusan, dilapangkan fikiran, sihat sihat serta diberkati Allah. Aamin! Nanti aku nak repeat makan tapi bayar sendiri pulak lah...Kahkahhkah!
Info kedai Asam Pedas Kong Kong, Pasir Gudang
No Telefon: +60 18-766 2655
15 Comments
Wah asam pedas lagi...sedapnya hirup kuah dia...
ReplyDeleteSedap...surrrr! Haha..
DeleteTerliur tengok asam pedasnya ni Non.
ReplyDeleteKan! Terliur kan..Kena pekena la Nampaknya Kak..hahaha
Deletewahh...sedapnya. Suka lauk asam pedas. tapi tak reti masak.
ReplyDeletehari asam pedas ni td tgk umah k amie pun asam pedas
ReplyDeleteOk, nanti visit rumah sana..haha..Mesti lagi sedap tu Asam pedasnyaaa
Deletesedapnya masakan asam pedas, memang feveret akak dan anak-anak. Kat rumah siap tanam pokok kesum dan bunga kantan
ReplyDeleteTerbaik Kak..siap tanam pokok kesum ngn kantan..tu terbaiklahhh!!
DeleteNampak sedap
ReplyDeleteTo me, delicious Asam Pedas ♥️🤤
DeleteBiasa pergi beli dessert tu je dengan Yana, tapi belum pernah makan asam pedas, ookay nanti cuba..
ReplyDeletePedas jugak lah bg saya... Sis suka pedas kan..Haaa..try lahhh 😂
Deletetengok rupa pon nampak sedap tu
ReplyDeleteMakin banyak kuliner nak saya coba kalo nanti ke Johor 😄😄❤️. Melihat asam pedas ini langsung rasa nak terbang kesana 🤤🤣. Saya pun suka pedas kak, makin pedas, makin nikmat itu 😄👍🏿
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .