Cara Menunaikan Solat Dhuha dan Kebaikannya

Cara Menunaikan Solat Dhuha dan Kebaikannya

Cara Menunaikam Solat Dhuha dan Kebaikannya || Solat Dhuha merupakan salah satu solat sunat yang digalakkan untuk mendirikannya setiap hari jika berkemampuan. Sering kali kita mendengar ayat: Jika ingin dilimpahkan rezeki, maka lakukan solat Dhuha sebagai amalan harian. Pernah dengar?  Bukan sahaja mendapat pahala malah terdapat pelbagai kebaikan sekiranya seseorang itu mendirikan solat dhuha. Solat Sunat Dhuha adalah antara solat-solat sunat yang dianjurkan oleh Rasulullah S.A.W. Solat Dhuha dinamakan juga sebagai Solat Awwabin yang bererti solat “orang yang taubat”. Jom ketahui cara menunaikan solat Dhuha dan kebaikannya.

Hadis Mengenai Solat Dhuha atau Solat Awwabin

     صَلَاةُ الأَوَّابِينَ حِينَ تَرْمِضُ الفِصَالُ

Maksudnya: “Solat Awwabin ialah solat yang dilakukan ketika pasir (di tanah lapang) menjadi panas (kerana matahari sudah terik).”

(Hadis Riwayat Muslim:1238)

“Solat Dhuha itu adalah ( solatul awwabin ) solat orang yang kembali kepada Allah, setelah orang mulai lupa dan sibuk bekerja, iaitu pada waktu anak-anak unta mula bangun kerana mulai panas tempat pembaringannya.” 

(HR Muslim )

Matahari pagi

Sudahkah anda bersolat Dhuha harini?

Waktu yang Disunatkan Mengerjakan Solat Dhuha 

Pada waktu matahari sedang naik iaitu sewaktu matahari naik setinggi tujuh hasta. Boleh refer pengiraan waktu solat Dhuha di website.

Dari Zaid bin Arqam r.a bahawasanya Rasulullah  pernah bersabda bermaksud, 

Sembahyang Awwabin (Dhuha) itu ialah ketika telah hangat cahaya matahari.”

(Hadis Riwayat Muslim)


Bilangan Rakaat Solat Dhuha

Boleh dilakukan sebanyak dua rakaat (minimum), empat, enam atau lapan rakaat (maksimum) dengan setiap dua rakaat disusuli satu salam.  Bagaimanapun, adalah lebih baik jika melaksanakan sehingga lapan rakaat 🫶


Menurut riwayat Aisyah RA dan Ummu Hani:

 Nabi SAW solat Dhuha empat atau lapan rakaat, dengan tambahan jika mahu. 

(Riwayat Imam al-Baihaqi dalam Sahih Muslim)


Cara Menunaikan Solat Dhuha

1. Niat Solat Dhuha

Niat Solat dhuha

Maksud: Sahaja aku menunaikan solat Sunat Dhuha, Dua rakaat kerana Allah Taala.

2. Pada Rakaat Pertama Solat Dhuha: Membaca Al-Fatihah dan surah lazim. Disarankan membaca surah As Syams sebagai surah lazim.

3. Pada Rakaat Kedua Solat Dhuha: Membaca Surah Al Fatihah Dan digalakkan membaca surah Ad Duha sebagai surah lazim

4. Pada Sujud yang terakhir di rakaat Kedua, terdapat bacaan yang disarankan dibaca sebanyak 40 kali setelah membaca Lafaz Sujud dalam solat.

Doa Sujud Terakhir

Doa Sujud Terakhir Solat Dhuha

Nota: Tidak mengapa jika tidak membacanya. Sekadar Sunat di dalam solat Sunat Dan tidak membatalkan solat.


Kelebihan Menunaikan Solat Dhuha

1. Dicukupkan Rezeki.

Allah S.W.T mengurniakan rezeki yang cukup kepada hambanya yang mempunyai masa untuk solat Dhuha. Diriwayatkan daripada Nu‘aim bin Hammar bahawa ia berkata, “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda; Allah berfirman, ‘Wahai anak Adam, janganlah kamu berasa lemah untuk beribadah kepada-Ku dengan cara mengerjakan solat empat rakaat di awal waktu siangmu, nescaya akan Aku cukupkan untukmu di akhir harimu.”


(Hadis Riwayat Abu Dawud)


2. Nilainya Umpama Bersedekah.

Ketahuilah bawhawa dalam badan kita ini terdapat 360 sendi pinjaman Allah. Setiap sendi Dan anggota badan yang dipinjamkan inilah yang membolehkan kita Bergerak, bekerja dan menjalani kehidupan. Maka semua sendi yang dimiliki mempunyai hak-hak tertentu yang perlu kita langsaikan. Sekiranya kita melakukan solat Dhuha, itu bererti kita telah melaksanakan sedekah terhadap 360 sendi di dalam badan kita 😍


Dari Abu Dzar, dari Rasulullah S.A.W beliau bersabda : 


“Di setiap pagi ada kewajipan sedekah ke atas setiap sendi dari salah seorang kalian. Setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, amar makruf nahi mungkar adalah sedekah. Dan dapat memadai untuk semua itu dua rakaat yang dilakukan pada waktu Dhuha

( Hadis Riwayat Muslim )

3. Diampunkan Dosa

Diri ini banyak khilaf Dan dosa. Dosa menyakiti hati orang lain Dan menzalimi diri sendiri juga. Lantaran itu, Solat Dhuha adalah antara pintu ampunan yang disediakan oleh Allah SWT buat hambaNya. Rasulullah S.A.W berkongsi kelebihan solat Dhuha yang kita lakukan di dalam sabdanya :

“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih di lautan.”

(Hadis Riwayat Ibnu Majah dan at-Tirmidzi)


4. Mendapat Keuntungan yang Besar

Rasulullah SAW bersabda;“Barangsiapa yang berwudhuk, kemudian masuk ke dalam masjid untuk melakukan solat dhuha, dialah yang paling dekat tujuannya (tempat perangnya), lebih banyak ghanimahnya dan lebih cepat kembalinya.”

(Sahih al-Targhib : 666)

Begitu Allah memberi keuntungan yang besar kepada mereka yang mengamalkan solat dhuha. 

Doa Setelah Selesai Mengerjakan Solat Dhuha

“Ya Allah bahawasanya waktu Dhuha itu waktu Dhuha-Mu, kecantikan itu ialah kecantikan-Mu, keindahan itu keindahan-Mu, kekuatan itu kekuatan-Mu, kekuasaan itu kekuasaan-Mu dan perlindungan itu perlindungan-Mu. Ya Allah jika rezekiku masih di atas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah. Jika sukar mudahkanlah, jika haram sucikanlah. Jika masih jauh dekatkanlah. Berkat waktu Dhuha, keagungan, keindahan, kekuatan dan kekuasaan-Mu, limpahkanlah kepada aku segala yang telah engkau limpahkan kepada hamba-hamba-Mu yang soleh.”

Kesimpulan

Laksanakanlah Solat Sunat Dhuha dengan khusyuk dan fokus dalam berniat solat Sunat Dhuha tanpa hanya memikirkan rezeki harta semata-mata tetapi tentang keuntungan rezeki  dan nikmat lain seperti kesihatan, anak, ketenangan, Dan sebagainya. Meskipun belum dikurniakan Rezeki wang yang melimpah ruah speerti yang diinginkan, tetaplah dirikan solat Dhuha sebagai tanda kita sentiasa mengharapkanNya Dan Bersyukur dengan apa pun yang dikurniakan kepada kita dalam kehidupan. Semoga Dilimpahkan Rezeki kita semua Dan moga bermanfaat perkongsian harini berkaitan Cara Mengerjakan Solat Dhuha Dan Kebaikannya. Jom Solat Dhuha! 🩷



Rujukan



Post a Comment

5 Comments

  1. Byk fadhilat solat Dhuha ni, kita je yg selalu menyibukkan diri masa ni sampai terleka.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, terim kasih Nona atas perkongsian..

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah tq nona atas perkongsian yg amat bermanfaat mcm ni.. byk kelebihan solat dhuha

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .