Lapan Jenis Rezeki yang Disebut dalam Al-Quran || Jumaat kembali lagi. Bersyukur Atas Nikmat yang diberi. Saat kaki melangkah bangun pagi, kuatkan niat murni di hati. Agar yang baik baik sering menanti. Moga ada rezeki dari Ilahi. Rezeki? Ketahuilah terdapat lapan jenis rezeki yang Disebut dalam Al-Quran.
Maksud Perkataan Rezeki
Disebut sebagai mata pencarian, periuk nasi, pendapatan, Dan nafkah.
Ianya adalah sesuatu yang diminta semua orang pada setiap hari Dan sepanjang waktu. Kita dituntut mencari Rezeki dengan kudrat yang ada, cekal mencari Rezeki Dan sentiasa berdoa dilimpahkan Rezeki. Datangnya Rezeki dari pelbagai sudut ✅ Jom ambil tahu serba sedikit tentang lapan jenis rezeki yang Disebut dalam Al Quran.
Ayat Al Quran Yang Menyebut Tentang Rezeki
Surah Hud
Surah An-Najm
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya" (Surah An-Najm, ayat 39)
Surah Ibrahim
"Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: "Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras". (Surah Ibrahim, ayat ke- 7)
Surah At-Talaq
"Maka apabila mereka telah mendekati akhir idahnya, maka rujuklah (kembali kepada) mereka dengan baik, atau lepaskanlah mereka dengan cara yang baik Dan persaksikalah dengan Dua orang saksi yang adil di antara kamu dan hendaklah kamu tegakkan kesaksian itu kerana Allah. Demikianlah pengajaran itu diberikan bagi orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.. Barangsiapa bertaqwa kepada Allah, nescaya Allah akan membukakan jalan keluar baginya" (Surah At-Talaq, ayat ke-2)
"Dan Dia memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanua. Dan Barangsiapa bertawakal kepada Allah nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan-Nya. Sungguh, Allah telah mengadakan ketentuan bagi setiap sesuatu." (At-Talaq, ayat ke-3)
Surah Nuh
"maka aku berkata (kepada mereka): `Mohonlah ampunan kepada Tuhan mu, sungguh, Dia Maha Pengampun,"
"Niscaya Dia akan menghantarkan hujan yang lebat Dari langit kepada mu; (Surah Nuh, ayat 10-11)
Surah An-Nur
"Dan nikahkanlah orang-orang yang masih membujang di antara kamu, dan juga orang-orang yang layak (menikah) dari hamba-hamba sahayamu yang laki-laki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan karunia-Nya. Dan Allah Mahaluas (pemberian-Nya), Maha Mengetahui." (An-Nur, ayat ke 32)
Surah Al Israa
"Dan janganlah kamu membunuh anak-anak kamu kerana takutkan kepapaan; Kamilah yang memberi rezeki kepada mereka dan kepada kamu. Sesungguhnya perbuatan membunuh mereka adalah satu kesalahan yang besar." (Surah Al-Israa ayat 31)
Surah Al-Baqarah
"Siapakah orangnya yang (mahu) memberikan pinjaman kepada Allah sebagai pinjaman yang baik (yang ikhlas) supaya Allah melipatgandakan balasannya dengan berganda-ganda banyaknya? Dan (ingatlah), Allah jualah Yang menyempit dan Yang meluaskan (pemberian rezeki) dan kepada-Nyalah kamu semua dikembalikan. " (Surah Al Baqarah Ayat 245)
Nota: Segala makna ayat Al Quran telah dirujuk dengan Al Quran
Semoga kita semua dilimpahkan Rezeki dari pelbagai sudut Dan apa jua yang kita perlukan. Aamin!
6 Comments
Semoga rezeki kita sebanyak buih di lautan, sederas sungai yang mengalir dan selebat hujan yang turun ke bumi :)
ReplyDeleteAamin ya Rabb! 🩷
Deletesemoga rezeki nona sentiasa melimpah ruah. Aaminn
ReplyDeleteAamin ya Rabb!!
DeleteBaru tahu juga ada rezeki daripada bernikah.
ReplyDeleteInshaAllah, ada..Hehee.....Ok, dah bolehlah Nikah... 😁
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .