Lunch Sihat Hari Sabtu

Lunch Sihat Hari Sabtu

Lunch Sihat Hari Sabtu ||  Lunch secara sihat merupakan sesuatu benda yang perlu menjadi amalan semua orang agar kekal sihat Dan bertenaga. Tapi kalau diikutkan pada nafsuku, susah jugak nak bertahan melaksanakannya 😂 Ada je terlari Dari menu sihat ek.. Walaubagaimanapun, mak pesan jangan makan makanan yang kurang sihat secara berterusan.. Dah kena berjaga jaga sebab usia pun makin meningkat! Okaylah, jom tengok lunch sihat Hari Sabtu aku, harini 😁

Singgah ke Hero Market dalam UTC Pasir Gudang, sebab tekak teringin makan buah buahan. Selamat tak teringin air manis macam milk shake ke.. Cool Blog ke.. haha.. So mencarilah sampai situ dan beli apa yang patut. Bahaya kalau berlama lamaan, semua nak dibelinya.. And then.. kat bahagian atas, ada kiosk kiosk kecik yang jual pelbagai makanan seperti nasi Kerabu, mihun goreng, ketupat palas dan banyak lagi! Aku tertarik dengan menu kt bawah ni.. Nampak mcam salad je ek 😂

Vietnam Roll

RM10 gitu! 

Healthy Food

Chak! Haha.. Nampak sedap tak?! Pedas gila kuah hijau tuh! Berasap telinga dan hidung aku! Kepala pun berasap! Haha.. Lama tak makan Vietnam Roll, tu pasal beli..  Then, mana buahnya?? Hihi.. 

buah buahan

Ini buah buahan yang kubeli. Ada buah naga, tembikai merah dan nanas. Alhamdulillah! Lepas ngidam akhirnyaa✌️ Buah potong yang manis seperti si pemakannya.. Kahh! Love lah lunch sihat hari Sabtu camni.. Terasa menyelerakan! 




Post a Comment

15 Comments

  1. Suka popia Vietnam. Memang menyihatkan sebab banyak sayur.

    ReplyDelete
  2. Iya sayapun berusaha mengimbangi dengan makan sehat karena sehari"sering makan gorengan

    ReplyDelete
  3. wahh.. buah2, tetiba rindu nak mkn, stok buah dh abis. vietnamese roll sedap tu

    ReplyDelete
  4. Sebenarnya makanan sihat ni lebih mengenyangkan dari makanan yang tidak sihat. suku suku separuh... kalau amalkan setiap hari.. mmg akan dapat berat yang ideal :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan..Betul tuh..Kenyang je cepat cuma Nafsu tu kadang kadang lagi kuat nak menguyah memacam....haha..

      Tuhlah..tak mampu lagi nak amalkan setiap hari

      Delete
  5. Iniiii baru saya sukaaa kak 😍😍😍😍. Segaaaar sangat pasti. Vietnamese roll itu memang sedap. Kalo ke restoran Vietnam saya suka beli.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Segerrr banget kan 😍✌️ Ooo..peminat Vietnamese Roll jugak yer...

      Delete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .