Semoga Nona Dapat Menunaikan Umrah Suatu Hari Nanti! || Impian ramai orang Islam untuk menunaikan Umrah, melihat rumah Allah dengan mata kepala sendiri serta beribadah kat Mekah Dan Madinah. Begitu jugak aku. Semakin memuncak keinginan nak menunaikan Umrah bila ada seorang kawan ni bagi buah tangan setelah pulangnya Dari Umrah.. Sebelum dia berangkat, aku mintak tolong dia doakan aku Dan keluarga. Alhamdulillah dia dah titipkan doaku bersiap bukti sekali. Haha.. Semoga Nona dapat menunaikan Umrah suatu hari nanti! Maybe dalam setahun dua lagi? Kena simpan niat, buat simpanan Dan susun masa Dari awal.. kan..
Sehelai mini sejadah berserta makanan seperti kekacang Dan kurma.
Keychain unta!
Teringin pulak naik unta! Ada perasaan sebak bila tengok story dan video dia kat sana. Ops, bukan sebak sebab sedih tapi dengar dia cerita betapa dia terasa lebih dekat dengan Rasulullah bila kat sana.. Tak terucap perasaan tersebut Dan tak tergambar ui.. Alhamdulillah, rezekinya..
Thanks kawanku. Moga ada rezeki kita semua jejakkan kaki ke Tanah Suci suatu hari Nanti... Aamin! Buat masa ni, banyakkan berselawat kepada Rasulullah, Dan bagi yang dah pernah pergi sana, moga diizinkan serta diberi peluang menunaikan Umrah sekali lagi.. Aamin! Tolong doakan Nona Tau! Semoga Nona Dapat Menunaikan Umrah Suatu Hari Nanti! Aamin! Aameen! Tolong Aaminkan doa saya! Hehe.. Thanks everyone 🩷
12 Comments
Hehe insya Allah semoga tercapai hasrat Nona. Sekarang akak tumpu hendak buat haji pula.
ReplyDeleteSemoga tercapai hajat dan impian nona... Aamiin... sy juga teringin nak tunaikan umrah
ReplyDeleteinsyaAllah...moga nona dpt ke sana Aamin
ReplyDeleteMoga saya juga :D
Aamin ya Rabb! Yes..you too! 😍
DeleteAamin aamin aamin Ya Mujib 🤲
ReplyDeleteMudah-mudahan ada rezeki kita semua utk ke Tanah Suci 🤲
Semoga tercapai hajatnya tu insyaAllah, dah niat pun dah dapat pahala. Cuma bab naik unta di kawasan Arafah tu kena jaga2 kerana kemungkinan terkejut dengan harganya yang beratus. Ramai yang terkena dan ramai yang anggap harganya murah.
ReplyDeleteAmiin, semoga terkabulkan segala doa dan harapannya buat tunaikan ibdah umroh 🤲
ReplyDeleteamin.. semoga dimakbulkan....
ReplyDeleteAamin!
DeleteAaamiiin, saya doakan kakak bisa menunaikan umroh dalam waktu dekat, adalah rezekinya nanti. 🤗. Memang rindu kalo dah sekali ke sana, pasti teringin balik lagi.
ReplyDeleteSemoga doa Nona nak ke Mekah dimakbulkan oleh Allah... 🤲🏻
ReplyDeleteamin2.. doakan utk mama juga ye
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .