Lirik Lagu 'Wanita' Nyanyian In-Team || Baru baru ni viral kisah influencer Aisyah Hijanah Dan Suaminya, Alif Teega. Sakit hati kita sebagai wanita mendengar kisah tersebut. Malas nak komen dalam blog ni sebab itu kisah rumah tangga orang lain.. Tak pasal pasal nanti aku moody pulak. Yang menariknya, bila dah viral, baru aku tahu Aisyah ni ada dalam klip video lagu nasyid yang mempunyai Muzik Dan lirik yang sedap Didengar suatu ketika dulu. Kalau tak silap zaman sekolah menengah selalu dengar tapi aku jenis tak minat nak tengok video klip, sebabtu tak pernah tahu pun 😂
Nah, harini simpan lirik lagu 'Wanita' kat dalam blog aku. Alhamdulillah, lagu yang memartabatkan kaum wanita. Kami ni tercipta Dari rusuk lelaki Tau! Aku suka perenggan Akhir. Kelembutan bukan kelemahan. Bukan Jua Penghinaan Dari Tuhan bahkan sebagai hiasan kecantikan ❤️
Tajuk Lagu: Wanita
Penyanyi: In-Team
🩷 Kau digelar sebagai penyeri dunia
Hadirmu melengkap hubungan manusia
Bukan saja dirindui yang biasa
Malah Adam turut sunyi tanpa Hawa
Akalmu senipis bilahan rambut
Tebalkan ia dengan limpahan ilmu
Jua hatimu bak kaca yang rapuh
Kuatkanlah ia dengan iman yang teguh
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung
Dekat jua dihati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin
Lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Tercipta engkau dari rusuk lelaki
Bukan dari kaki untuk dialasi
Bukan dari kepala untuk dijunjung
Tapi dekat dibahu untuk dilindung... Hoo uh ohhh...
Dekat jua dihati untuk dikasihi
Engkaulah wanita hiasan duniawi
Mana mungkin
Lahirnya bayangan yang lurus elok
Jika datangnya dari kayu yang bengkok
Begitulah peribadi yang dibentuk
Didiklah wanita
Dengan keimanan
Bukannya harta
Ataupun pujian
Kelak tidak derita
Berharap pada yang binasa
Sedarilah insan istimewa
Bahawa kelembutan bukan kelemahan
Bukan jua penghinaan dari Tuhan
Bahkan sebagai hiasan kecantikan
10 Comments
stress hari2 tengok tiktok keluar benda sama je. Geram lak ai!
ReplyDeletekisah Cuya dah temui penamat! Jom bacaaaa >_<
ReplyDeletehttps://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2023/12/terkena-gangguan-seksual-part-3-tamat.html
malas nak komen kat blog sebab awak dah komen kat page2 kan.. sis lin tengok nona ni hahahaha
ReplyDeleteHahahaaa..Sis Lin x masokk pulak sini 😂😂
Deletelagu ini memang layan kalau ada orang kita sayang
ReplyDeleteSyair lagu nya bagus banget Mbak. Menggambarkan sosok wanita yang bermartabat dan bukan sebagai alas injakan.
ReplyDeleteSalam,
setiap wanita mmg dicipta menjadi insan yg kuat
ReplyDeleteCase itu pun viral di Indonesia kak 😂. Dah pasti semua membela Aisyah.
ReplyDeleteTapi dah lah... Urusan rumah tangga orang, memang tak patut kita komen.
.
sukaaa sangat lirik lagu ini. Deep meaning ❤️
Kan..deep meaning..ha ah..sampai Indonesia kan.. Nampak jugak kisah tu..Huhu ~
Deletelagu ni kalau laki send rasanya tak boleh bt kerja. hahaha
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .