Lima Khasiat Ubi Kayu!

Lima Khasiat Ubi Kayu!

Lima Khasiat Ubi Kayu! || Ubi Kayu sering dimasak secara rebus atau goreng. Menu yang simple tapi menyelerakan. Ini kisah Ahad lalu. Singgah ke rumah sepupu untuk melawat baby baru lahir. Sementara menunggu baby pulang Dari klinik, kami dihidangkan dengan Kue Teow Goreng Dan Ubi Rebus oleh cik Yat (Makcik saya)! Cuaca di luar pun mempengaruhi selera kami sebab hujan non stop Dari pagi, memang nikmat makan Ubi panas panas 😍 Harini Nona nak share  Lima Khasiat Ubi Kayu yang korang kena tahu!

Ubi kayu atau nama lainnya, ubi benggala, ubi belanda, ubi gajah, ubi jenderal, ubi perancis, ketela kayu, singkong atau singkung (Nama botani: Manihot esculenta sin. Manihot utilissima)ialah spesies tumbuhan tropika dan subtropika dari keluarga Euphorbiaceae yang terkenal sebagai sumber utama karbohidrat dan daunnya pula sebagai sayuran -Wikipedia

Lima Khasiat Ubi Kayu

1. Dapat Mengurangkan Tekanan Darah

Ubi kaya dengan kandungan kalium di dalamnya. Kalium adalah salah satu komponen yang mampu menyebabkan salur darah mengembang. Ini bagus! Pengembangan salur darah akan menyebabkan tekanan darah menurun lalu ini dapat mengelakkan tekanan darah tinggi.

2. Mencegah Anemia

Anemia adalah sejeni penyakit di mana pesakit mengalami kekurangan hemoglobin dan sel darah merah sehingga menyebabkan keletihan serta lesu. Hal ini terjadi kerana kekurangan zat besi di dalam badan. Vitamin C berfungsi untuk membantu penyerapan zat besi lalu meningkatkan paras zat besi di dalam tubuh badan kita.

3. Dapat Mencegah daripada Radikal Bebas

Beta karoten di dalamnya mempunyai sifat anti oksida. Komponen yang bersifat anti oksida sememangnya mampu mencegah radikal bebas yang sering menyebabkan kerosakkan pada sel dan tisu.

4. Membaiki Dan Memulihkan Kesihatan Usus

Selain daripada mencegah kenaikan paras gula di dalam darah, kandungan serat di dalam ubi juga mampu untuk meningkatkan kesihatan usus kita. Kajian telah membuktikan bahawa pengambilan serat yang mencukupi dapat mengelakkan sembelit sekaligus mengurangkan risiko kanser usus.

5. Dapat Menyalurkan Tenaga dengan Segera

Ubi merupakan makanan yang tinggi dengan kandungan kanji dan karbohidrat. Ya, ia berfungsi untuk membekalkan tenaga terhadap tubuh badan. Komponen karbohidrat di dalam 100 g ubi keledek mampu membekalkan lebih kurang 120 kcal tenaga terhadap badan (1g karbohidrat bersamaan dengan 4 kcal tenaga). Oleh sebab itu, digalakkan mengambilnya tapi dalam Kadar yang tidak berlebihan. 

Antara isi kandungan paling banyak ada dalam ubi kayu ialah kanji rintang.

Pakar antioksidan, Dr Suri Roowi berkata, kanji rintang bertindak sebagai serat. Ianya tidak membentuk glukosa dalam usus kecil, tetapi dibawa terus ke usus besar dan diuraikan oleh bakteria bakteria di dalam usus yang terlibat.

Katanya, pengambilan kanji rintang menjadikan  risiko obesiti berkurang kerana keupayaannya mengawal berat badan dan tidak meningkatkan paras gula dalam darah.

Info: Google

Ubi Kayu

Cepat cepat bergambar sebab tak sabar nak Ngap!

Ubi Rebus

Masih panas ubinya, teksturnya lembut Dan nikmat bila dimakan. Memang sedap la dimakan beramai ramai! Ada orang makan dengan kelapa parut Dan gula kan, tapi aku prefer makan dengan sambal macamni sahaja. Thanks Cik Yat, Masak hidangan yang enak belaka! Kita dibolehkan makan ubi ini tapi tidak boleh terlalu berlebihan kuantitinya kerana ada effect lain pula jika terlebih Dan melebih lebih memakannya. Ini adalah normal. Makan dalam kuantiti tertentu walaupun anda terlalu menyukainya. Semoga terus sihat Dan Masih dapat nikmati pelbagai nikmatNYA. 😃Okaylah, sekian entri untuk harini.




Post a Comment

3 Comments

  1. Cuya suka makan ubi kayu dengan gula melaka. Sedap!

    ReplyDelete
  2. banyak rupanya khasiat ubi kayu. sedapnya ibu kayu rebus lama tak makan.

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .