Sports Day kat Lotus Desaru Beach Resort & Spa

Sports Day kat Lotus Desaru Beach Resort & Spa

Sports Day kat Lotus Desaru Beach Resort & Spa || Sabtu, 16hb Disember tahun lepas, company tempat aku bekerja telah organize sports day untuk para pekerja. Excited betul aku rasa walaupun tak berminat nak bersukaneka bagai.. Dalam hati terfikir, Kalau buat Dinner je kan lagi mudahh 😂 Haha.. Tapi teruja tetap teruja sebab sejak COVID, tak pernah lagi ada aktiviti or event besar besaran yang meibatkan semua orang dalam company macam baru baru ni. Cuaca pun elok jer sampai ke petang walaupun sebelum aktiviti bermula tu nampak mendung seakan nak hujan.. 

Boleh buat pilihan pergi dengan menaiki bas ataupun kereta. Baguslah ada inisiatif penyediaan bas. Pekerja company termasuk warga Bangla Dan Nepal pun turut join dalam Sports Day event haritu. So dorang pun enjoy sekali lah, bercuti sekejap ke sini.. Tapi kami tidak bermalam pun, just balik hari je. Cuma yang bestnya setelah selesai semua aktiviti, kitaorang diberikan kebebasan buat aktiviti sendiri seperti mandi manda kat Lotus Desaru Beach Resort ni secara FREE sebelum pulang ke rumah masing masing 😍 (Dapat pass masuk FREE). Tapi aku tidaklah mandi manda sebab dalam keadaan tak berapa sihat pun dengan hidungnya Tersumbat Dan batuk batuk. So just bergambar dengan Geng tak mandi yang lain kat tepi Pantai! Hehe~ Jom tengok apa aktiviti kami sepanjang siang di sana!

Lotus Desaru Beach Resort

Sukaneka

Berkumpul kat padang mengikut warna team masing masing selepas bersarapan. Ada team biru, hijau, oren, kuning, maroon, merah Dan kelabu 👍 Ahli pasukan ditentukan oleh pihak HR management sini. Takda pilih kasih! Haha

Aktiviti Pada Hari Sports Day


1. Lompat Dalam Guni
2. Tarik Orang Menggunakan Guni
3. Jalan Berdua Sambil Satu Kaki Diikat dengan Partner
4. Campak belon Dari Depan ke Belakang
5. Tarik Tali
6. Cabut Sabut Kelapa Secara Manual
7. Pengasingan Bahan Bahan yang Bersaiz Kecil 
7. Explorace
8. Cabutan Bertuah

Sports day

Syok! Secara keseluruhannya, memang enjoy lah! Terhibur tengok semua orang berlumba lumba nak menang 😆 Ada yang bebetul ikut strategi nak menang, ada yang lantaklah camana pun, Janji bergerak..Hahaha. Rasa kelakar tengok telatah memasing.. Aktif betul sampai terguling, Dan terjatuh bagai.. Kih Kih..Belum masuk bersorak bagi semangat kepada pasukan memasing! Terbaik demi kemenangan! Eh, Nona ada jugak join aktiviti tapi lagi banyak merekod, menjerit Dan amek gambar jer..Hahaha.. Merasa ler round tempat ni sebab memang tak pernah masuk pun Selama bertahun ditubuhkan..Rasa nak kena datang lagi ni sebab Syok untuk tenang tenangkan jiwa tempatnya.. aq,,?,Apa yang penting, haritu tak yah fikir pasal kerja at all.. Just enjoy yourself!

Kelebihan Mengadakan Sukaneka


1. Dapat Menyihatkan Minda Dan Badan
2. Memupuk Semangat Bekerjasama 
3. Merapatkan silaturrahim dalam Kalangan Semua Peserta antara Bos dengan Peerja Dan sebaliknya 
4. Melatih Minda untuk Berfikir secara Kreatif Dan Aktif
5. Mengembalikan memori semasa kecil dengan melakukan aktiviti yang pernah dilakukan sebelum zaman pekerjaan.
6. Menaikkan hormon Dan Mood Ceria
7. Mengembalikan Mood Bekerja di Tempat Bekerja.
7. Healing sebab dapat cuti kerja Dan enjoy kat sini bersama kawan kawan 😆

Desaru

Of course kena Tepek muka owner blog, baru real entri ni kan 😁

Cabutan Bertuah

Antara Hadiah Cabutan Bertuah! Wow! Mantap Nampaknya! Tapi tiada Rezekiku at all 😂 Banyak gila Tau hadiah, ada untuk foreign worker, and semuaa pekerja! Handphone, tablet, blender Dan banyakk lagi lah! I Nak Gold bar, tak dapat pulak 😆 Tahniah ye yang menang.. (Kalau ada yang baca lah ea 😆)

Lunch

Lunch time! Not bad la buffet nya cuma memang cepat habis, kadang terlambat sikit topup lauk..Biasa lah tu.. Kelaparan memasing.. Penat explorace round satu resort nih 😄

Lucky draw

Semua berdebar tunggu nombor naik! Kah kah! Seronok jugak tengok pemenang yang menang! Team aku, team biru tak banyak menang tapi ada ler sikit ..

Swimming pool

One of swimming pool there. Ada lagi swimming pool lain kat dalam tempat ni. Kena explore baru jumpa 😆

Desaru

Alhamdulillah cantik pantainya. Kolam renang dalam ni pun macam best lah! Sesuai sangat untuk semua..Banyak betul kolam renangnya..Sepanjang buat explorace, pelbagai swimming pool kami jumpa..Haha..Syok pulak nengok orang mandi manda 😍 Sesuai untuk seisi keluarga berehat Dan bersantai. Thanks ye company saya, Thanks yang organize Dan uruskan semuanya agar event berjalan dengan lancar. Semoga terus maju jaya, dipercayai, teguh Dan berani tempuh segala ujian Dan cabaran! Aamin! 



Notakaki: Diharapkan tahun 2024 ni ada Annual Dinner pulak lah 😃 




Post a Comment

6 Comments

  1. Takde rezeki nak dapat hadiahcabutan bertuah erk

    ReplyDelete
  2. bestnya meriah je. lama tak join sport. dah tua2 ni malas pulak nak join aktiviti sport ni. hihihih

    ReplyDelete
  3. best nyaaaa ada sukaneka
    sy suka sukaneka sbb boleh tgk perangai gila gila yg selama ni 'terpendam'

    lps bersukan mkn sedap2 mmg heaven ni👍👍

    ReplyDelete
  4. Bagus company nona ni, tak kira pekerja foreigner atau tempatan semua ajak join family day. Baru la betul2 family ni!

    ReplyDelete
  5. perghh meriah , banyak jugak ya aktiviti yang diadakan , rancak

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .