Aturcara Festival Layang Layang Sedunia Pasir Gudang 2024 Kali ke-26 || Festival terbesar dunia ini sedang bermula pada 24 Februari 2024 sehingga 3 Mac 2024 bertempat di Bukit Layang-Layang, Bandaraya Pasir Gudang, Johor dengan bertemakan “Budaya Dinamik”.
Yes, inilah acara atau festival yang dinanti-nantikan aku setiap Tahun 😂 Meskipun ramai orang sampaikan parking pun susah dapat Nanti... Tetaplah nak pergi sini ek 🤭
Majlis perasmian festival ini akan berlangsung pada 2 Mac 2024, di Astaka Tradisional, Bukit Layang-Layang, Pasir Gudang oleh YAB Datuk Onn Hafiz bin Ghazi, Menteri Besar Johor.
Pada tahun 2024, penglibatan seramai 130 peserta antarabangsa dari 39 buah negara dan lebih 400 orang peserta tempatan dari seluruh negeri!!
Pelbagai aktiviti yang telah disusun oleh pihak penganjur:
- Acara ‘Gema Festival’,
- Acara Pasir Gudang Berselawat
- Pertandingan Drone Bercahaya
- Pertandingan Silat,
- Malam Kenduri Kampung
- Persembahan Artis Jemputan
- Pertandingan Mewarna,
- Gerai pameran, gerai jualan
Dan pelbagai lagi aktiviti sampingan.
Untuk sebarang pertanyaan mengenai penganjuran Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG), 2024 Kali Ke-26, boleh rujuk ke Tourism Johor.
Ok, jommm pergi Festival Layang-Layang Sedunia Pasir Gudang (FLLSPG), 2024 buat Kali Ke-26!!!!
2 Comments
Kalau ada kesempatan dan kelapangan, bolehlah bawa keluarga ke sini
ReplyDeleteYe, betul..Sila Sila..hehehe
DeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .