Belanja Adik Ipar Baju Raya kat Butik KACAX, Johor Bahru || Hi! Korang dah ada baju raya ke? Tak lama lagi bulan Ramadan, lepastu berjumpa dengan hari Raya Aidilfitri . Baju raya antara benda penting yang kena ada time hari raya. Tu bagi aku la. Sunat juga memakai baju baru di pagi raya Pertama tu. Harini nak cerita Kisah minggu lepas, aku Dan adik survey survey baju raya kat Plaza Angsana. Awal awal beli, baru tak kalut! Singgah Butik KACAX, tengok tengok baju raya tuk adik ipar sekaligus belanja dia. Sebab birthday haritu tak bagi apa-apa, so ni kira hadiah lah. Sesekali belanja, apa salahnya. Ye tak? 😁
Kami pergi Butik KACAX yang berada di Plaza Angsana Mall, JB. Masuk Masuk je terus rambang mata. Banyak betul pilihan baju! Design Dan warna baju pun cantik cantik ek! Ada Baju Melayu (Cekak Musang dan Teluk Belanga). Then ternampak kurta (Plain Dan bercorak). Haaa, kurta menjadi pilihan adik ipar aku kalini sebab dia tengok Banyak yang lawa lawa! Adik ipar aku test test baju, kemain posing sakan! 😄 Kalau tengok video, lagi Kelako! Terhibur kak ipor!
Kelebihan Membeli Baju di Butik KACAX
- Banyak pilihan design yang cantik Dan terkini
- Banyak pilihan warna yang hot 2024 Dan yang sering menjadi pilihan (Tak lapuk dek zaman)
- Kain yang selesa Dan sedap dipakai
- Dari size S sehingga 5XL
- Ada Baju yang sedondon anak dan bapak
Ciri Ciri Baju Melayu KACAX
- Dua jenis: Cekak Musang dan Teluk Belanga
- Ada design yang boleh pair anak Dan bapak
Ciri Ciri Kurta KACAX
- Berzip di Bahagian Tepi Baju
- Ada design yang sedondon untuk pair bapak Dan anak
- Berpoket
- Dua jenis lengan (Lengan Pendek& Panjang)
- Bercorak jalur halus Dan besar
- Plain colour
- Pelbagai Warna yang In Trend
4 Comments
Untung adik ipar hehe....
ReplyDeleteNampak menarik semua koleksi pakaian kat butik ni 👍
Wah cantik juga yer . Leh usya-usya baju melayu Kacax la untuk adik CCL
ReplyDeleteIye, silakan..Hehe..Usyar ler..
DeleteCantiklah butang baju Melayu dia. Jahitan pun kemas. Berbaloi sangatlah kan shopping baju raya di KACAX ni. Auto KACAX!
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .