Daulat Tuanku!

Daulat Tuanku!

Daulat Tuanku! || Selesai upacara yang penuh istiadat. Alhamdulillah. Daulat Tuanku! Terkini, DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-17. Semoga Allah melindungi Yang Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. Dan (KDYMM) Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah serta seisi negara Malaysia. Aamin! Semoga Malaysia terus makmur Dan diberkati Allah ❤️

Sultan Johor


Sultan Ibrahim

SULTAN IBRAHIM LAFAZ SUMPAH JAWATAN YANG DIPERTUAN AGONG KE-17

DYMM Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar hari ini melafaz sumpah memegang jawatan Yang di-Pertuan Agong Ke-17 dalam upacara yang berlangsung penuh adat istiadat di Istana Negara, Kuala Lumpur.

Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berlangsung dalam mesyuarat Majlis Raja-Raja Ke-264 (Khas), di Balairung Seri Istana Negara, hari ini (31 Januari).

Baginda turut berkenan menggunakan gelaran nama rasmi iaitu Kebawah Duli Yang Maha Mulia (KDYMM) Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

Manakala, gelaran nama rasmi bagi DYMM Permaisuri Johor ialah KDYMM Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah. 

DYMM Paduka Seri Sultan Perak Sultan Nazrin Muizuddin Shah Ibni Almarhum Sultan Azlan Muhibbuddin Shah turut melafaz sumpah memegang jawatan Timbalan Yang di-Pertuan Agong. 

Mesyuarat MRR Ke-264 (Khas) telah dipengerusikan KDYMM Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin Ibni Almarhum Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah. 

Surat Sumpah Jawatan kemudian ditandatangani oleh DYMM Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-Haj, dan DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, sebagai saksi.

Sultan Ibrahim turut menandatangani Surat-surat Perisytiharan Memegang Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong.

YAB Dato’ Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri kemudian membacakan kandungan 
surat perisytiharan bermulanya secara rasmi KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim sebagai Ketua Negara baharu Malaysia.

Berangkat hadir ke istiadat itu, DYAM Tunku Mahkota Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Pemangku Sultan Johor dan YAM Che’ Puan Mahkota Khaleeda Johor. 

Turut berangkat, YAM Tunku Idris Iskandar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Temenggong Johor; YAM Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Panglima Johor dan YAM Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Putera Johor, serta YAM Tunku Tun Aminah Binti Sultan Ibrahim dan suami, Dato’ Dennis Muhammad Abdullah serta Keluarga DiRaja Johor.




Johorean

Istana

Yang Dipertuan Agong ke-17

Aamin!

Biodata YDP Agong Sultan Ibrahim Sultan Iskandar Dan Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah


Biodata Sultan Ibrahim

Permaisuri Zarith Sofiah

Cantik Dan Segak ❤️


#YDPAgong
#AllahPeliharakanSultan
#IstanaNegara




Post a Comment

8 Comments

  1. Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Daulat Tuanku! Semoga Allah panjangkan umur Yang Dipertuan Agong 🤍

      Delete
  2. Daulat Tuanku.
    Moga rutin harian baginda berdua dipermudahkanNYA.

    ReplyDelete
  3. Daulat Tuanku!
    Excited nak mengikuti perkembangan YDPA yg baru ni pula :D

    ReplyDelete
  4. Setujuuu, handsome dan cantiiik raja dan ratu ini ❤️. Pastilah di saat muda dulu, memang segak sangat.

    Selamat untuk pelantikan dipertuan agung ke 17 Malaysia. Saya pun mendoakan bisa membawa banyak kebaikan untuk negara Malaysia dan warganya ❤️

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .