Beli Pistachio Butter Sujee Brand Loaf Adam || Semalam singgah Persada Johor, ada karnival Absolut Raya. Meriah! Aku bukan nak cari baju raya or kuih raya sangat pun sebab Sabtu sehari sebelum pergi sini, dah borong kerepek Dan kuih raya kat UTC Pasir Gudang. Sekadar nak tengok gelagat artis Dan tengok apa lagi yang Menarik. Lawa lawa baju, harga pun lawa! Hehe.. Tapi kalau ada offer lebih, boleh ler singgah booth nya.. Cuma tengok tengok, tak berniat beli baju pun..
Tiba tiba ternampak kuih raya brand Loaf Adam dijual kat sana.. Memula cakap tak nak la..round dulu..Tetiba rasa teringat ingat..pusing lagi, terus beli. Haha.. Sejak dah kenal Cromboloni Loaf Adam, teruslah aku rasa nak try kuih rayanya pulak. This is my first time nak Cuba kuih raya keluaran Loaf Adam. Apa lagi, moreh time.. Makan ler kuih raya ni..
Sedap! Tapi Macam terlajak Manis! Hihi~ Pistachionya terasa. Ngamm rasa cuma tuhlah..aku dah tak berapa kuat Manis Manis ni.. So tak leh Makan Banyak sangat. Kena stop lepas Makan tiga Empat ketul. Simpan tuk raya pulak.. Jangan perabih semua.. Ramai nak rasa jugak...Kan 😄 Selalunya, aku suka Makan kuih suji yang biasa bentuk bulat comel Putih Putih warnanya. Kalini lain daripada lain. Flavour Pistachio pula. Lepas ngidam!
Bukan kuih ni je ada tapi ada Banyak lagi flavour lain cuma dah pesan pada diri, jangan melebih. Cukuplah sebalang aje. RM35 dah tu..
And then ternampak Che Ta pulak..Laju nengok barang murah murah Che Ta jual. Beli ler lipmatte ngn sunblock... Semata nak bergambo je pun tapi Che Ta pakai mask, mak aku nak tengok dedekat mukanya tak pakai mask.. Hahaha.. Janji Ada sekeping gambar bersama. Cukup aih...
Segak Che Ta as usual! 👍 Then ada la bergambar dengan Tya Adnan jugak. Ramai je jumpa artis tapi tak Dan la nak bergambar semua.. Kadang mendekat sebab nak tengok how they treat their customer or fans.. Che Ta Macam tak Banyak cakap walaupun aku Tanya Tanya Dari tepi.. Rasanya beliau tengah kehausan la kot. Puasa kan. Hahahaa..
So apa apa, bila Tanya Zain Saidin, dia suh Tanya Pembantu dorang.. Sebelum beli lipmatte, saja nak tengok colour sebenar, then dia suh tengok kat tangannya sendiri yang dah dicalit dengan pelbagai Warna lipmatte 😄 Selamatlah warna yang kupilih tu lawa! Hahaha..
Syukur, setakat ni, macam dah cukup kuih raya kat rumah tapi memang ada yang sedang diorder belum dapat lagi...Kikiki...Tunggu dekat dekat nak raya mesti sampai! Lega! Korang punya kuih raya camana? Banyak jenis ke tu? Buat atauu tunjuk tunjuk jer Tahun 2024 ni??! Hiks..
Nota kaki: Teringin try buat kuih raya sendiri tapi oven takdak..
10 Comments
Teringin nak buat kuih raya sendiri tapi tak gheti
ReplyDeleteOk, leh belajo, Janji ada oven..huhu...
DeleteLevel retis dah Che Nona kita yaaa ..
ReplyDeleteHahaa.. Gituhh! 🤭
Deletewahhh Che Ta! haippp beli oven cepaaaat tgh sale kat tiktok tu! hehehe
ReplyDeleteHaha..baru nak order..dah Lambert jugak 😆
DeleteCuya kuih tunjuk jerlaa....... tak dan nak buat kuih sendiri
ReplyDeleteKan 😆😆
DeleteBanyak dah tu shopping raya. ye betul, baju sekarang lawa, harga pun lawa kemain. huhu...
ReplyDeleteAlamak, kalau manis sangat memang potong selera. kita pun dah kurang manis-manis ni. Mungkin kalau malam, ada tenaga sikit boleh banyak cakap kot. Berpuasa kena jaga percakapan gitu.
Saya beli tak sebanyak THN lalu kak , 🤣😂. Soalnya tahun ini nak vacation Ama kluarga semua kan, papa mama adik2, ke KL jadi dah laah, uangnya ditabung utk budget liburan. Lebaran hemat sikiiit 🤣
ReplyDeleteThank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.
Happy Blogging .