BERBUKA PUASA DAN SAMBUT BIRTHDAY DI THE ROCK STONE GRILL ECO GALLERIA, ISKANDAR PUTERI, JOHOR

BERBUKA PUASA DAN SAMBUT BIRTHDAY DI THE ROCK STONE GRILL ECO GALLERIA, ISKANDAR PUTERI, JOHOR

BERBUKA PUASA DAN SAMBUT BIRTHDAY DI THE ROCK STONE GRILL ECO GALLERIA, ISKANDAR PUTERI, JOHOR || Last week berbuka puasa dengan menu western di The Rock Stone Grill Eco Galleria, Iskandar Puteri, Johor. Menu western bukan biashe biashe punya tapi siap dimasak atas batu! Hehe.. Eh, bukan masak beria sampai berlama-lamaan, just kena balik balikkan makanan atas batu tuh. Actually sewaktu hidangan sampai, ianya sedang dipanggang di atas batu dengan tahap kepanasan mencecah sehingga 400C!!! Menarik bila tahu kewujudan The Rock Stone Grill, sanggup kuredah dari Pasir Gudang ke sini demi mencuba makanannya! Hampir sejam jugak perjalanan baru sampai.. 

Lebih menarik apabila kita sudah beli set main course (Menu utama), customer dibenarkan makan side dish berkali kali ikut suka dengan tambahan harga sebanyak RM6.90 aje! Ada apa dalam side dish tu? Ha, scroll lagi! Kita cerita semua!


The Rock Stone grill

Tersergam indah kelihatan dari luar.

The Rock Stone Grill

Suasana di dalam. Simple interior but so comfortable!

Menu yang kami makan pada hari tersebut:

  • Meat & Seafood Combo (2)
  • Stone Pot Noodle Seafood Tom Yam Soup
  • Salmon Garlic Tomato Pasta
  • Apple Mix Orange
  • Mango Yogurt
  • Apple Sparkler 
  • Mojito 
  • Kiwi Yogurt
  • Mix Fruit Yogurt Milk 


Seafood

This one, prawn and scallop 

Lamb skewer

This one ada fish, meat and lamb skewer

Menu di atas namanya Meat and Seafood Combo. 
Hidangan ini terdiri daripada ikan, scallop, udang dan lamb skewer! Wuhooo~ Ini masa sampai, so tugas kita ialah balik membalikkan makanan atas Batu tersebut.. Nampak agak garing, kasik angkat Dan Makan ler! Hihi.. Jangan lupa cicah kuah sosnya. Nak lagi mantap, Makan dengan nasi goreng lembut yang ada kat ruangan side dish!  (Side dish mempunyai caj berlainan)

Pop corn chicken

Fruit Mayo Pop Corn Chicken

My first time jumpa menu gini..Fuh, makan ayam sekali dengan buah mangga ek..Not bad!

Eco Galleria

Ours! Hehe! Nampak macam tak berapa banyak tapi bila telan semua, so full lah perut! Maybe sebab sedut air tu, lagi cepat kenyang rasa! Dan aku pun combine Makan nasi yang ada dalam main dish tu bersama sama seafood atas Batu ni..Aaa shedap! 

Bingsu

Mix Fruit Yogurt Mix

Menu yang menarik! Lama tak makan Bingsu! Berasap asap keluar! Kami amek yang ada mixed buah buahannya.. Boleh rasa rasa..Anak Fatin suka buah, memang ni la dia terjah dulu. Favorite Betul! 

The Rock Stone Grill

With them. Semoga dipermudahkan urusan. 

SIDE DISH with ADDITIONAL RM 6.90

Ye, inilah antara menu side dish yang boleh kita makan berulang-ulang kali dengan pembayaran tambahan selepas order menu main course.

Nasi Goreng

Sebelum menu utama sampai, kami ambil dulu side dish kat sini. Ada Nasi Goreng, Kentang Putar, Salad, Dan Sup Sayur. Kalau nak Koko Crunch pun ada! 

Jujur cakap, Sedap giler Nasi Goreng tu..Kentang hancur sebelah tu pun Sedap ui! Makan lah dengan Lepastu, bila Udang yang digrill atas Batu tu dah Siap dimasak,.Makan ler dengan nasi goreng ni, lagi padu rasa! Haha..

Lepastu kan...tiba tiba...

"HAPPPYYY BIRTHDAY TO YOUUUUU!!!"

Ferris Wheel

Keluarlah Ferris Wheel ni bersama sama sepanduk aka board elektrik 'Happy Birthday' tu.. Nice betul ada surprise! Tak sangkaaa! Hahaha.. 

Korang boleh request FREE Birthday Ferris Wheel kalau minggu tu adalah minggu birthday korang (Tunjuk IC) atau bawak kek ke sana. Nanti mereka keluarkan ini semua...Hehe..  

Kat dalam fun wheels tu ada Lima jenis makanan seperti Wedges, Fries, Sotong Ring, Tempura, and Pop Corn Chicken! Yummeh! Lembut sangat sotong ring tu..I loveee it! 

So kalau korang nak buat surprise birthday party ke, Makan berbuka Puasa atau lain lain celebration, bolehlah try datang sini Dan rasai pengalaman Makan Atas stone tu..hehe.. Just be careful semasa membalikkannya.. 

Info lain: 
  • Surau ada di dalam kawasan EKO GALLERIA ni..
  • More pictures kat FB Nona

Birthday surprise

Siap dapat throne lip lap! 😍 Wish me Happy Birthday Please! Ehek.. 


THE ROCK STONE GRILL

Lokasi

3, Eko Galleria, A0111, Blok A, Persiaran Eko Botani, 79100 Iskandar Puteri, Johor


⏩ OPEN DAILY. SETIAP HARI DIBUKA
⏩ JAM 1130AM- 10PM

Contact

+6075539899 atau +60187880929

Social Media



Post a Comment

8 Comments

  1. waahhhh ferris wheel! bestnyaaaa suprisee happy bday! hehehe

    ReplyDelete
  2. \cantik dr luar pintu masuk tu....menu2 nmpk menarik..siap ada ferries wheel..unik

    ReplyDelete
  3. mungkin boleh promote juga dengan adik saya yang kini ada di JB ...hehehe...tempat look nice

    ReplyDelete
  4. Menariknya resto ni. Happy Belated Birthday Nona. Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan, dilimpahi rezeki berpangan dengan segala keberkatan dan kecukupan serta diberikan kesihatan yang baik. Aamiin....

    ReplyDelete

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .