Bufet Ramadan 2024 Murah Ala Kenduri di Suasana Suites Hotel Johor Bahru

Bufet Ramadan 2024 Murah Ala Kenduri di Suasana Suites Hotel Johor Bahru

Bufet Ramadan 2024 Murah Ala Kenduri di Suasana Suites Hotel Johor Bahru || Dah jumpa buffet Ramadan Murah yang bakal dipergi time berbuka Puasa Tahun 2024 ni? Jom try buffet Ramadan Ala Kenduri di Suasana Suites Hotel Johor Bahru! Bukan sahaja makanannya sedap, tapi jugak harga yang berbaloi baloi dengan menu yang tersedia. Harga EARLY BIRDS di bawah RM90?! Ehhh, murah dah harga tu kat JB ni.. 

My first time jejak kaki ke sini and Nona can see the view yang cantik Dari kafe atas. Lokasi kafe di tingkat 33A. Jangan tekan tingkat 33, nanti keluar keluar lift nampak bilik bilik je 😂 Bila sampai level 33A, masuk kafe, terus nampak viewnya yang cantik! Bak kata sis Lin, kayangan gituh! 

Okay, kat sini, kebanyakan menu akan bertukar tukar setiap hari kecuali Empat menu utama yang dinyatakan (seperti dalam poster) memang akan ada setiap hari ye. Tempat duduk terhad kepada 70 sehingga 80 orang sahaja dalam satu masa (iftar time) untuk mengelakkan daripada kesesakan sebelum berbuka puasa. 

Kambing Kuzi

Kambing Kuzi 👍 

Alolo, lembut juicynya kambing Kuzi ni. Makan bersama kuahnya. Sedap! Kuahnya Nampak Macam sambal tapi rasanya ada lain sikit ye...Sedaplah bila dimakan bersama sama sambal Kuzi! 

Gearbox

Sup Tulang Merah ( Gearbox)

Padu! Jangan lupa amek straw, Sedut Isi di dalam! Hehe.. 

Asam pedas

Aneka Asam Pedas

Gulai Kawah

Gulai Kawah

Empat Menu Utama Yang Confirm Ada di Suasana Suites Hotel Setiap Hari dalam Buffet Ramadan 2024

1. Kambing Kuzi
2. Sup Tulang Merah
3. Aneka Asam Pedas
4. Gulai Kawah

Pisang lemak

Menggiurkan! 

Pelbagai lauk Pauk dihidangkan buat semua! Menu yang Menarik dan sedap sedap! Diulang, Cukup untuk 70 sehingga 80 orang Makan kat kafe ni 😃

Punten

Can you see? Ada Punten makanan viral haritu! Then ubi rebus.. Memang memuaskan hati!

Bubur dim sum


Bufet Ramadan 2024

Tengok, what I'm ate..Semua bersatu di dalam sebuah pinggan..

Antara Menu yang korang akan jumpa dalam seminggu tu (Rotation menu):

  • Mee Goreng
  • Daging Salai Masak Cili Api Berkentang
  • Udang Goreng Lada Hitam
  •  Ikan Tenggiri Gulai Nenas
  • Shawarma
  • Dan aneka Kerabu serta sambal.

Jangan dilupakan Shawarma, Otak Otak Dan Pepes kat sini! Apa? Nak Ais Kacang? Aiskrim? Of course ada. Buahan buahan Dan dessert pun semestinya ada. Pelbagai pilihan Minuman terpampang berhampiran pintu Masuk Cafe. I love it!! 

Suasana Cafe

Cantik Dan Bersih tempatnya.. Patutlah sesuai dijadikan tempat candle light dinner kat sini..Hehe.. 

Oh ya, sekiranya korang plan untuk sedikit ruang privasi, team mereka ada menyediakan bufet khas untuk tempahan 30 orang dan keatas di dalam sebuah dewan yang bertempat di level 35. And harga pun murah, RM68 nett seorang. Sebagai contoh, majlis berbuka puasa bersama sama atau dinner bersama company, memang digalakkan tempah bufet khas seperti ni. Harganya lebih murah dan berbaloi baloi lahh 🥰

Secara keseluruhannya, tak rugi bayar harga bufet Ramadan kt sini! Dahlah murah, makanan pun not bad, tempat selesa pulak tuh! Apa lagi, kena booking lahh 😁 Info lanjut, seperti dalam poster di bawah. 

Suasana Kenduri

Info tambahan:

⏩ Surau disediakan
⏩ Parking berbayar 

Mantap korang!! Kena try berbuka Puasa di Suasana Suites Hotel ni Tau! Thanks me later! Ihiks! More pictures at my FB



Nota kaki: Hari Selasa dah start Puasa 2024...















Post a Comment

1 Comments

Thank you for coming by.
Comments are your responsibility.
Any comments are subjected to the Act 588 MCMC 1988.
Comment wisely, and do it with pure intentions.

Happy Blogging .